Ayat

"Dan orang-orang yg beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagi yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf , mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana."
" Allah menjanjikan kepada org-org yg mukmin lelaki dan perempuan akan mendapat syurga yang dibawahnya mengalir sungai2 kekal mereka didalamnya, dan mendapat tempat2 yg bagus di syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar. Itu adalah keberuntungan yang besar"....surah At Taubah. Ayat 71 dan 72

24 September 2010

SINGGAH IFTAR DI DUA CHANGKAT

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya buat semua bloggers walaupun di mana berada. Dah lepas hari raya baru nak lapur satu program yang diadakan pada 5 September yang lalu bertempat di Changkat Legong dan Changkat Tualang. Dewan Muslimat PAS Kampar telah mengadakan satu program Singgah Iftar di Changkat Tualang dan Changkat Legong. Program ini yang diajdualkan di masjid Changkat Legong berubah tempat ke sebuah rumah ahli PAS Changkat Legong iaitu Encik Johari dan Puan Zariah. Program ini anjurkan oleh Lajnah Kebajikan Pas Kawasan dengan kerjasama Dewan Muslimat, Urusan Ulamak dan Dewan Pemuda. Seramai 45 orang dari kalangan mereka yang kurang bernasib baik sama ada ahli PAS atau bukan ahli dijemput bagi menerima sumbangan hari raya dan bersama-sama berbuka puasa. Pemangku Timbalan Yang di Pertua Pas Kawasan dan barisan AJK hadir termasuk Ketua Pemuda  dan AJK Muslimat. Beliau menyampaikan sedikit tazkirah berkaitan dengan keberkatan yang terkandung dalam bulan yang mulia ini. Ketua Muslimat Ustazah Asmidar juga diberi peluang menyampaikan sedikit tazkirah dan berkenalan dengan para muslimat khususnya yang hadir dalam majlis itu.

Majlis berkenaan bermula pada pukul 5.30 petang dan tamat pada pukul 8.30 malam. Selepas penyampaian sumbangan, semua saf kepimpinan  dan jemputan yang hadir sama- sama melaksanakan tahlil dan diikuti dengan majlis iftar. Selepas solat maghrib, semua tetamu yang hadir bersama-sama menikmati juadah yang disediakan oleh Dewan Muslimat. 

Apa yang menarik program singgah iftar ini,  julung-julung kali diadakan oleh Dewan Muslimat Kawasan. Sebelum ini Dewan Muslimat telah singgah iftar di cawangan Changkat Tin dan Bukit Pekan.  Alahmdulillah sambutan agak menggalakkan. 


Program ini pada asalnya akan diadakan di Masjid Changkat Legong. Pada pukul 2 petang, datang berita dari AJK masjid bahawa majlis itu tidak dibenarkan kerana ada sesi tazkirah dan sumbangan untuk fakir miskin. Katanya atas arahan puhak istana.

Alhamdulillah dengan izin Allah,  seorang ahli dari Changkat Legong, yang bertugas di Kajang balik untuk berhari raya di kampung. Maka rumahnyalah  dipilih sebagai ganti masjid. 

Begitulah keadaannya orang-orang UMNO dan AJK masjid yang memihak kepada UMNO ini. 
 

21 September 2010

Jamuan Raya Pas Kawasan Kampar


 Sambutan yang meriah dari setiap golongan tidak mengira bangsa dan kaum, tua dan muda, miskin dan kaya. Gandingan muslimat, pemuda dan kawasan, alhamdulillah program berjaya dilangsungkan.

02 September 2010

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar


Amalan terbalik orang kita, 10 malam pertama bulan Ramadhan masjid dan surau penuh manakala pasaraya kosong tetapi di 10 malam terakhir Ramadhan, masjid dan surau lengang di pasaraya penuh. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri dan memang diakui oleh semua orang.
Sedangkan di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan tersembunyinya satu malam yang sungguh berkah yang dikatakan malam itu lebih baik dari seribu bulan. Umat Islam wajib percaya dan seharusnya di cari malam Lailatul Qadar pada malam-malam terakhri bulan Ramadhan bukannya malam-malam itu kita shopping maut untuk persediaan Hari Raya.
Ini berdasarkan firman Allah Ta’ala: