Ayat

"Dan orang-orang yg beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagi yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf , mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana."
" Allah menjanjikan kepada org-org yg mukmin lelaki dan perempuan akan mendapat syurga yang dibawahnya mengalir sungai2 kekal mereka didalamnya, dan mendapat tempat2 yg bagus di syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar. Itu adalah keberuntungan yang besar"....surah At Taubah. Ayat 71 dan 72

27 October 2011

JANGAN DI JEMPUT LAGI.....

Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak yang telah berlangsung di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak pada 14 Mei 2011 telah meluluskan salah satu dari dua usul sebulat suara iaitu Usul agar Ustaz Kazim Alias dipecat keanggotaannya dari PAS.

Ini kerana beliau telah bertindak sebagai duri dalam daging dengan menghentam PAS secara terang-terangan terutamanya dalam isu berkaitan penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Tindakan ini amat penting agar beliau tidak merosakkan fahaman Umat Islam termasuk sebahagian ahli PAS sendri yang terpengaruh dengan kepetahannya berpidato.

Muktamar bersetuju bahawa beliau telah menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambilkira dasar Tahalluf Siasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak.

Beliau juga sebelum ini pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tidak berdasarkan tafsiran ulamak mufassirin.

Adalah diharapkan agar semua Kawasan dan Cawangan PAS di seluruh Negeri Perak tidak lagi menggunakan khidmat beliau dalam semua program anjuran parti.
 

16 October 2011

DAP PERAK TIDAK BIMBANG SOAL HUDUD

Isu hudud yang menjadi kontroversi di media sekarang tidak menjadi faktor penentu dan membimbangkan DAP Perak untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

Ketua DAP Perak dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan Ngeh Koo Ham ketika dihubungi yakin pengundi Melayu lebih cenderung menyokong DAP yang sanggup berbincang dengan PAS meskipun berbeza pendirian.

“DAP sanggup mendengar penjelasan PAS cuma DAP berbeza pendirian atas dasar keadilan,” terang beliau yang juga ahli parlimen Beruas.

08 October 2011

Program edar risalah di Pekan Hari Malim Nawar

 Alhamdulillah Lajnah Penerangan DMPK dapat turun bersama dengan beberapa muslimat yang lain bergabung dengan Dewan Pemuda Pas Kampar untuk mengedar risalah di Pekan Hari Malim Nawar. Walaupun ramai muslimat yang tidak dapat hadir untuk bersama dalam program ini disebabkan oleh beberapa masalah namun perjuangan tetap diteruskan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Pemuda yang  banyak membantu Lajnah Penerangan DMPK untuk terus menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.






Mesyuarat atas motor..".kat mana lagi kita nak edar ni kak?"


Ketua Lajnah ICT juga tidak ketinggalan membantu dalam mengedar risalah walaupun wajahnya merah padam dipanah matahari pagi.

Ramah mesra muslimat dengan penduduk setempat

Semangat Timbalan DMPK untuk mengedar risalah walaupun ada juga yang tidak mengendahkan risalah yang kami berikan

Ketua Penerangan DMPK mengedar risalah bersama anak yang didukung.

04 October 2011

Bajet Pakatan Rakyat 2012 – KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA

Teks ucapan Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat oleh Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 4 Oktober 2011 di Bilik Taklimat, Parlimen Malaysia.
MUQADDIMAH
1. Terima kasih dan tahniah kepada pasukan belanjawan Pakatan Rakyat yang berjaya menghasilkan sebuah dokumen yang lengkap dan menyeluruh, walaupun mereka tidak dibantu oleh perunding dan firma media antarabangsa yang mahal.
2. Keupayaan Pakatan Rakyat menghasilkan sebuah belanjawan menyeluruh yang berlandaskan semangat reformasi rakyat adalah satu mercu tanda kematangan dan kesediaan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan yang baru. Belanjawan yang bertemakan “Kesejahteraan Untuk Semua” ini lengkap mencerakinkan dengan terperinci unjuran pendapatan, perbelanjaan dan peruntukan untuk program-program nasional yang meniupkan roh kebajikan seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.
3. Belanjawan ini akan menjadi penanda aras dan penimbal balik kepada belajawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober ini. Saya yakin rakyat yang serba matang dan mahir menilai akan membandingkan kedua-dua dokumen dan Insya Allah menguatkan lagi iltizam rakyat menuntut perubahan di negara yang kita cintai.
BAB 1: MAQASSID BELANJAWAN MENGANGKAT KEPERLUAN RAKYAT
4. Proses pembentangan dan meluluskan belanjawan setiap tahun hanya dijadikan rutin oleh Barisan Nasional hingga mengenepikan matlamat sebenar sebuah kerajaan merangka dan membentangkan belanjawan kepada rakyat.