Ayat

"Dan orang-orang yg beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagi yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf , mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana."
" Allah menjanjikan kepada org-org yg mukmin lelaki dan perempuan akan mendapat syurga yang dibawahnya mengalir sungai2 kekal mereka didalamnya, dan mendapat tempat2 yg bagus di syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar. Itu adalah keberuntungan yang besar"....surah At Taubah. Ayat 71 dan 72

21 December 2010

Sajak berjudul : PAKATAN RAKYAT oleh : Ketua DPP Malaysia

Pakatan Rakyat Namanya hebat
Gelombangnya dahsyat
Pakatan Rakyat Pemimpinnya berbakat
Pendokongnya sepakat Berjuang membawa berkat
Pakatan Rakyat Mendokong negara berdaulat
Menentang pemimpin yang jahat
 Agar generasi kita selamat Pakatan Rakyat
Perjalanannya tidak dekat Walau mereka halang dan sekat Namun pejuangnya tidak pernah penat
Pakatan Rakyat Pemimpinnya bijak dan handal bersilat
Sekalipun difitnah dan diumpat
Mereka mendada bisa menyengat
Pakatan Rakyat Untuk sampai ke Putrajaya dengan cepat Saf – saf kita mesti rapat
Sedikit berkhilaf segera tangan berjabat
Jangan dibiarkan masaalah busuk berulat
Pakatan Rakyat Bersatu kita kerana hormat menghormat
Gagah kita kerana muafakat
Wibawa kita kerana tolak maksiat
Pakatan Rakyat Kini menjadi harapan masyarakat bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat bangkitlah , bangkitlah , bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat .
sekian. Nasrudin bin Hassan at Tantawi Dewan Millenium Kepala batas Pulau Pinang 19 dec 2010

16 December 2010

Fadhilat 10 Muharram

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram, bersamaan
Khamis 13 March 2003)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan
yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi
tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi
pahala
seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

12 December 2010

Tiga parah bas terbabas di Gua Tempurung


Anggota bomba dan penyelamat membantu mangsa-mangsa kemalangan sebuah bas di KM 304.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Gua Tempurung petang Sabtu. Dalam kejadian tersebut, bas yang membawa 41 penumpang dan dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Jasin, Melaka terhumban ke dalam longkang besar di tepi lebuhraya tersebut. Foto BERNAMA

IPOH 11 Dis 10. — Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Jasin, Melaka parah apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Km 304.5 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Gopeng hari ini.

Ketiga-tiga pelajar berusia antara 19 dan 23 tahun itu kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.

Kejadian pada pukul 6 petang itu membabitkan bas yang dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas menghadiri majlis makan tengah hari Jawatankuasa Perwakilan Pejalar (JPP) di Cameron Highlands.

Kenaikan 4-dalam-1: PROTES sedia berdemo

Pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat bersedia turun ke jalanan bagi menuntut kerajaan menarik balik kenaikan harga barangan 4-dalam-1 yang diumumkan minggu lalu.

Bagaimanapun, setakat hari ini, pihak-pihak berkenaan masih memantau kesan kenaikan itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Minggu lalu, harga petrol RON95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.

10 December 2010

Hasil Judi Negara mulai tahun 2000 hingga September 2010

Posted on by Pelapor

Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff (Rantau Panjang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan negara sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan terperinci yang telah digunakan dari hasil pendapatan lesen judi tersebut.
JAWAPAN BERTULIS:
Tuan Yang di-Pertua,
            Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut:
Tahun Jumlah (RM)
2000 1,958,380,415.89
2001 1,972,252,986.48
2002 1,922,115,807.36
2003 1,797,401,240.15
2004 1,849,176,119.10
2005 1,984,615,754.74
2006 2,266,814,152.52
2007 2,416,963,021.54
2008 2,561,892,892.66
2009 2,606,378,658.57
Sehingga 20 September 2010 1,952,406,090.08
 2.    Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja.

09 December 2010

Program Usrah terakhir bersama Ketua Lajnah Tarbiyah DMPK

Kenangan bersama Ketua Lajnah Tarbiyyah di rumah Pn Munirah
 DMPK merasa amat kehilangan seorang ilmuan yang banyak membantu kami di DMPK dalam urusan perkaderan dan pentarbiyahan DMPK dan masyarakat umumnya. Kami harapkan agar apa yang telah disalurkan kepada kami akan dijadikan sebagai suatu landasan bagi melahirkan jiwa seorang muslimat seperti Zainab Al-Ghazali. InsyaAllah kami di DMPK mendoakan agar mantan Ketua Lajnah Tarbiyyah, dapat meneruskan perjuangan dan menabur bakti dimana sahaja beliau berada. Perpisahan ini bukanlah kehendak kita, tetapi adalah ketentuan Ilahi. Walaubagaimanapun yakinlah bahawa kita akan bertemu suatu hari nanti kalau tidak didunia, disyurga 'Adni. Salam perjuangan dari kami DMPK. Allahhuakbar.....


Sumbangan ikhlas dari DMPK disampaikan oleh Pn Ketua Muslimat 





08 December 2010

Program tautan ukhwah cawangan Sentang Bt 1


 Alhamdulillah program dapat disempurnakan bermula jam 3.30 petang. Program dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis Pn Halimatun dan disempurnakan oleh Ketua Muslimat Pn Asmidar dengan ucapan membakar semangat muslimat supaya lebih kuat lagi dengan kerja buat untuk menempuh Pilihanraya umum yang sudah semakin hampir. Program ini diselitkan dengan aktiviti santai oleh tuan rumah Pn. Mazidah dengan tunjuk ajar beliau membuat puding istimewa. Sesungguhnya menuntut ilmu tidak mengira tempat, masa atau keadaan. Semoga muslimat yang hadir mendapat suntikan semangat dos tertinggi daripada Pn Ketua dan memanfaatkan ilmu resepi membuat puding yang enak untuk hidangan suami dan keluarga tersayang.

Muslimat Kampar bersama muslimat cawangan
Sebahagian daripada Muslimat Kampar yang hadir

Muslimat dengan santai belajar memasak



Pn Mazidah sedang menunjukkan cara membuat puding




06 December 2010

AWAL MUHARAM

Doa Menyambut Awal Muharam(Maal Hijrah)

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركات


Sempena menyambut Awal Muharam. marilah kita beramal sekadar
termampu..mudah-mudahan diterima Allah...

Doa akhir tahun.Dibaca pada akhir waktu asar (lebih kurang 2o min
sblm mghrib).
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan
berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

03 December 2010

Program Solat Sunat Dhuha dan Tasbih

Program solat sunat yang dianjurkan oleh Lajnah Tarbiyah DMPK berlangsung 3 Dec 2010 jam 9.00 pagi.
Tetamu sedang mendengar tazkirah selepas bersolat
Tazkirah disampaikan oleh Ketua Lajnah Tarbiyah DMPG


29 November 2010

Mengapa kita harus sertai Pas?

Jawapan

1) Setiap muslim/muslimah wajib menyertai Jamaah Islam
2) Tidak bersama jamaah adalah kesalahan besar disisi Allah
3) PAS adalah jamaah Islam
4) Dasar dan praktik PAS menepati ciri-ciri Jamaah ISlam seperti yang dijelaskan dalam Al-quran dan Hadith

" Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru ( berdakwah ) kepada kebajikan ( mengembangkan Islam dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah ( buruk dan keji ), dan mereka yang bersifat demikian itu adalah golongan yang berjaya"                                                                          ( Ali Imran : ayat 104 )


Keterangan Ayat :
 Ayat ini merupakan perintah utama tentang kewajipan membentuk atau menubuhkan Jamaah. Perkataan yang bererti : "( hendaklah ada satu ummah dikalangan kamu )" membawa maksud umat Islam mestilah atau wajiblah membentuk jamaah dimana sahaja mereka berada.
Perkataan "( ummah )" bermaksud jamaah. Definasi semua perkataan ini adalah satu organisasi yang jelas strukturnya seperti sebuah persatuan, pertubuhan atau parti yang wujud dimana-mana pun hari ini.

25 November 2010

Kenali Pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat

          Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat :Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Semasa kecil keluarga menggunakan panggilan Nora, manakala semasa belajar kawan-kawan panggil Nuri, bila berumahtangga, suami panggil Nur, walau apa jua panggilan sekali pun, saya adalah orang yang sama. Saya berasal dari Pekan, Pahang, ibu kepada 10 orang anak dan sekarang menetap di Taman Melewar, Gombak. Diamanahkan dengan jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS sejak tahun 2007 sehingga kini.
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat : YB. HJH SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF
Tempat Lahir : Rantau Panjang, Kelantan

Umur : 47 tahun

Nama suami : HJ.MAT RAZALI BIN MUHAMED

Bilangan anak : 11 ORANG

Alamat : A 241 Kg Banggol Jenerih,17500 Tanah Merah, Kelantan

E-mail : sitizailah@gmail.com

Pendidikan : UiTM, Shah Alam

Pengalaman :

1. Pengerusi Persatuan Pelajar (SMIP).
2. Ahli Dewan Negara (selama 6 tahun)
3. Pegawai Dakwah Halaqat, JAHEAIK (selama 5 tahun)
4. Ahli Lembaga Hakim Pelawat Depot Tahanan PATI, Jabatan Penjara Malaysia
5. Ahli Lembaga Pengarah KELKON SDN. BHD.
6. Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pusat
7. Ahli Jawatankuasa PURNAMA ( Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan
Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan )

8. Ahli Mesyuarat Majlis Daerah Tanah Merah
9. Setiausaha Dewan Muslimat Kawasan Kuala Krai
10. Ketua Dewan Muslimat Kawasan Tanah Merah
11. Timbalan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen dan DUN Muslimat Pusat
12. Pentazkirah Radio Manis FM
13. Timbalan Pengelola Halaqat Negeri Kelantan.
14. Naib Ketua Muslimat PAS Pusat

Jawatan di Dalam Parti :

1. Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.
2. Naqib Jabatan Pilihanraya PAS Pusat.
3. Ketua Muslimat Negeri Kelantan.
4. Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan
5. Timbalan Pengarah IV Jabatan Pilihanraya Negeri Kelantan (Ketua Halwa
Negeri Kelantan)

6. Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik dan Pilihanraya Negeri Kelantan.
7. Ahli Jawatankuasa Harian Dewan Perhubungan PAS Kelantan.
8. Pengerusi Jawatankuasa Lajnah Pemerkasaan Parti DMPP.

Jawatan Dalam Kerajaan :

1. Ahli Parlimen Rantau Panjang.
2. Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Negeri Kelantan.
3. Jawatakuasa Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri Kelantan.
4. Jawatankuasa Kebajikan Negeri Kelantan.
5. Lembaga Pengarah Ladang Sungai Terah Sdn. Bhd.
6. Ex-offico Ahli Mesyuarat Majlis Daerah Pasir Mas.
7. AJK Hal Ehwal Tanah Jajahan Daerah Pasir Mas.( Ahli JHETK )
8. Jawatankuasa Penggubal Dasar Keluarga Wanita Kelantan.
9. Jawatankuasa Pemantau Pusat Pemulihan Akhlak Negeri Kelantan.



 Naib Ketua
: YB Senator Hjh Mumtaz Md Nawi 

 Setiausaha: Puan Kartini Ahmad
 Bendahari: YB Wan Ubaidah Omar
 Ketua Penerangan: Puan Hjh Salbiah Abd Wahab
 Pengarah Pilihanraya: YB Dr. Siti Mariah Mahmud

                                                          YB Wan Ubaidah Omar



 Exco
 1. Puan Mastura Muhamad
 2. YB Dr. Halimah Ali Abdullah
 3. Al Ukht. Aiman Athirah Al Jundi
 4. To' Puan Fatimah @ Zainab Ibrahim
 5. Dr. Rosni Adam
 6. Dr. Najihatussalehah Ahmad
 7. Ustazah Azizah Khatib Mat
 8. Puan Nurul Huda Yusof Rawa
 9. Puan Wardatul Jannah As-Sofea
 10. Puan Khadijah Mahmud
 11. Dr. Asiah Ali
 12. Ustazah Fatimah Wan Teh
 13. Puan Hawa Yaakub
 14. Puan Nurwani Ahmat
 15. Ustazah Siti Marian Othman
 16. Puan Hajah Kintan Man
 17. Puan Hajah Wan Hasrina Wan Hassan 


















































20 November 2010

PERUTUSAN EIDUL ADHA KETUA DMPP : Hayati pengorbanan Siti Hajar laksana amanah Allah

TUESDAY, 16 NOVEMBER 2010 16:03 Seringkali kita dipaparkan dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. bersama anaknya Nabi Ismail a.s. apabila menjelang kedatangan Eidul Adha.

Peristiwa yang menggambarkan keimanan yang kental dan keyakinan yang jitu, ketaatan dan pengorbanaan diantara seorang ayah dan anak lelakinya terhadap perintah Allah s.w.t merupakan suatu kisah teladan yang unggul bagi panduan kita mengharungi kehidupan di dunia ini.
 
Sayangnya kita jarang sekali mendengar ataupun terlalu sedikit saja para penceramah yang telah menyentuh dengan huraian yang mendalam peranan dan pengorbanan Siti Hajar sebagai seorang isteri dan ibu dalam peristiwa tersebut.

Seharusnya kita hayati bagaimana ketabahan dan ketaatan seorang isteri bersama anak yang masih kecil ditinggalkan oleh suaminya di suatu lembah padang pasir yang kering kontang tanpa penduduk semata-mata untuk menyempurnakan perintah Allah s.w.t.

Sesungguhnya jika kita mengambil iktibar dari peristiwa tersebut di dalam konteks kegiatan dakwah haraki, peranan dan tanggungjawab Muslimat adalah amat besar serta tidaklah mudah tanpa pergantungan kepada pertolongan dari Allah s.w.t.

Peranan, sikap dan tindakan yang telah ditunjukkan oleh Siti Hajar itu sudah cukup untuk kita teladani. Tanpa keimanan yang penuh ikhlas, keyakinan yang jitu, kesetiaan kepada suami, dapat diragui bahawa Siti Hajar berjaya mengharungi segala cabaran yang terbentang di depan matanya.

Sebenarnya dari teladan yang ditunjukkan oleh Siti Hajar itu peranan besar Muslimat adalah sebagai pembantu dan pelengkap terhadap amanah dan tanggungjawab perjuangan Islam bukannya pesaing.

Firman Allah s.w.t , pada surah at-Taubah, ayat 71 yang bermaksud: "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang dari berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."

Jelaslah juga dari pengertian ayat tersebut bahawa Allah s.w.t mengiktiraf peranan besar yang mesti dilaksanakan oleh Muslimat walaupun bentuk tugas dan skop yang berlainan.

Bagi Muslimat PAS, kita yakini bahawa segala perancangan dan usaha-usaha yang telah dan akan kita laksanakan adalah selari dengan semangat ini. Natijahnya adalah bahawa tiada siapa yang boleh meragui kesetiaan dan sumbangan besar Muslimat terhadap perjuangan PAS dalam mengharungi segala cabaran yang mendatang.

Justeru itu, dalam kita perlu sedari juga bahawa di dalam usaha-usaha kita meneruskan perjuangan ini kita sentiasa memerlukan pertolongan dari Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t, pada surah Muhammad, ayat 7 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolong kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."

Pada pandangan jumhur ulama bahawa tindakan kita bergerak dalam jamaah Islam, isitiqamah dan bersungguh-sungguh melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita adalah satu manifestasi "menolong agama Allah".

Jika kita dapat menghayati dan berjaya melaksanakan tututan jamaah dengan ikhlas, maka layaklah kita mendapat pertolongan dari Allah s.w.t.

Oleh itu dalam era Pakatan Rakyat kini di mana PAS adalah komponen sebuah parti pemerintah di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, peranan Muslimat adalah berlainan daripada masa-masa lampau.

Kita perlu pastikan bahawa peranan kita didalam melaksanakan tugas selaku Ahli Parlimen, anggota Exco, ADUN atau Ahli Majlis Kerajaan Tempatan serta JKK selaras dengan matlamat parti kita dan tuntas dengan permuafakatan dalam tuntutan Pakatan Rakyat.

Peranan PAS adalah penting dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Tetapi perlu diingat bahawa didalam kegairahan kita melaksanakan tugas-tugas kepada rakyat semua aktiviti dan tuntutan jamaah kita juga perlu berjalan seiring dan tidak dikesampingkan.

Parti kita mesti diperkukuhkan agar ianya dapat berperanan dengan efektif pada permuafakatan kerajaan Pakatan Rakyat. Parti yang lemah akan mengakibatkan kerajaan jadi kucar kacir. Tiada kerajaan tanpa parti.

Akhir kata pada kesempatan ini saya bagi pihak Dewan Muslimat PAS Pusat ingin mengucapkan selamat menyambut Eidul Adha dan hayatilah pengorbanan serta ketabahan Siti Hajar dalam semua aspek kehidupan kita, kepada seluruh kepimpinan Dewan Muslimat di pelbagai peringkat, pendokong dan penyokong PAS di seluruh Malaysia.

Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat

16 November 2010

Khutbah Eidul Adha 1431

 Assalamaualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Kepada muslimin dan muslimat, mudah-mudahan diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Pihak Lajnah Penerbitan, Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) berbesar hati menyediakan teks khutbah untuk tujuan hari raya yang bakal menjelang.Teks-teks khutbah tersebut boleh dimuat turun di bawah ini:-
 
http://ulamak.pas.org.my/

 Khutbah ini akan disampaikan oleh S/U Urusan Ulamak Kampar di surau Padang Tembak. Kepada muslimin dan muslimat yang ingin mendengar isi kandungan khutbah ini sila berjemaah bersama-sama di surau Padang Tembak. Harap Maklum.

12 November 2010

LIQA' FIKRI AIR KUNING

Assalamualaikum buat sahabat yangdikasihi sekelian. Moga semuanya berada dalam rahmat Allah pemilik sekelian alam. 


Nak kongsi sikit dengan pembaca semua, Baru-baru ini iaitu pada 4 November yang lalu saya berserta keluarga dan muslimat menghadiri liqa' al fikri di Air Kuning. Peserta dalam kalangan muslimin memang ramai. Tapi 7 kawasan tidak hadir walaupun seorang wakil. Dari kalangan Muslimat amat sedikit. Hanya 13 orang sahaja. Yang hairan tu dimana AJK Muslimat Negeri dan AJK Muslimat Kawasan. Bukan semua kena datang. Hanya AJK Harian saja.  Dari sembang-sembang saya dengan muslimat, ada yang datang tu guru PASTI, hanya kerana ikut suami. Ada yang tidak ada jawatan dalam kawasan. Apa dah jadi dengan muslimat ni?? Dah semakin hangat PAKATAN RAKYAT nak bergerak ke Putra Jaya semakin lemah semangat. Yang berdekatan dengan Air Kuning dan sekitarnya pun tak nampak muka.

01 November 2010

Ziarah ke rumah Pn Rubiatun...Ajk DMPK

                                                           Pn Rubiatun di sebelah kanan.

  Tahniah kepada Pn Rubiatun yang telah selamat melahirkan seorang mujahid pembela Islam. Semoga anak dan ibu sihat dan dirahmati Allah.

28 October 2010

UMNO luluskan industri maksiat.......

Rabu, Oktober 27, 201

Tuesday, 26 October 2010

http://2.bp.blogspot.com/_G4UF_wN334k/S00j88DoK4I/AAAAAAAARi4/a17Vr7PFEDo/s800/umno-pertahan-kelab-malam.jpg

Kerajaan UMNGOK membenarkan 10 kelab malam pada 2014 untuk mendapatkan pendapatan negara sebanyak RM0.7 bilion dan hendak mewujudkan 5614 peluang pekerjaan. Pusat ini pula diberi kelonggaran daripada peraturan hiburan. Boleh dibuka sampai lewat pagi. Siapa yang menyokong UMNO jangan fikir anda tidak akan dipertanggungjawabkan, ketahuilah anda juga akan mendapat balasan ALLAH kerana menyokong kemungkaran...........


Komen Ustaz Zaharuddin

Mengapa Industri Nafsu Ingin Diperluas?

Perasaan merasa tidak puas hati dan kecewa dengan laporan akhbar yang disertakan di bawah. Terfikir, betapa menyelwengnya keputusan untuk menjadikannya tanahair kita sebagai pusat hiburan antarabangsa. Bilakah agaknya ingin kita mencontohi Brunei Darus Salam.?

22 October 2010

Festival busana: PAS berhimpun bantah Rosmah


Abdul Rahim Sabri
Okt 21, 10
10:17am
Dewan pemuda PAS pusat akan berhimpun secara aman bagi membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu.
"Saya akan mengetuai bantahan terhadap Rosmah di Masjid Sultan Ahmad Shah di Kuantan manakala di Masjid kampung Baru (di KualaLumpur) akan diketuai oleh Kamaruzaman Mohamad (exco pemuda PAS)," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan ketika dihubungi Malaysiakini, petang ini.
Menurut beliau, tindakan Rosmah selaku penganjur majlis itu sesuatu yang keterlaluan.
"Bantahan akan diadakan selepas solat Jumaat. Kami jangkakan tidak kurang seribu orang akan sertainya," katanya.
Sebelum ini, bercakap kepada Harakahdaily, Nasrudin berkata pemuda PAS mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka menulis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

16 October 2010

Bajet



Bajet PRU 13
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 15 Okt: Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang tadi disifatkan sebagai 'Bajet Pilihan Raya (PRU) ke-13’ oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Ini kerana bajet yang bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" itu memberikan 'gula-gula' kepada semua golongan namun tidak membantu mengatasi beban yang ditanggung mereka.
Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa yang juga ditemui di lobi Parlimen pula berkata, bajet yang dibentangkan Najib memerlukan semua pihak bersedia untuk menghadapi pilihan raya.

12 October 2010

Jangan Makan Coklat Crispy...!!!


Coklat jenama Crispy di dapati mengandungi Emulsifier (E476) iaitu kod untuk Lemak Babi.

Yang jelas....ianya Haram dimakan oleh Umat Islam.



Sila lihat gambar di bawah.







Ada logo halal lagi...heee

Nampak tak kod E476

Kalau tak berapa jelas, boleh belek sendiri di pasaraya-pasaraya dan kedai-kedai runcit.


Di bawah ini saya sertakan code-code makanan yang mengandungi lemak babi. Kalau boleh ”print lah” dan simpan ke dalam dompet. Sangattt bermanfat di zaman kita ini. Apabila membeli barang-barang makanan, boleh segera rujuk kepada code-code ini jika datang keraguan. Ini yang saya lakukan ketika keluar membeli barang keperluan harian dan snek untuk anak-anak.





Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz128iy4mzK

11 October 2010

MAKNA LOMPAT KATAK!!! YANG SEBENARNYA.......



Assalamualaikum…Gawat politik hari ini……semuanya pasal fuluus…ada masyuk maka banyaklah lagi lompatan. Lagi cepat lagi tinggi melompat. Cuma kurang bunyi sebab musim panas tapi herannya bersahutan macam musim hujan pula. Lepas satu, satu yang melompat. Ini adalah kerja orang2 yang terdesak. Membeli orang2 yang tak bermaruah. Guna duit rakyat untuk kepentingan politik yang semakin hancur dan semakin di benci rakyat bahkan dah dipandang rendah oleh seantero dunia.

24 September 2010

SINGGAH IFTAR DI DUA CHANGKAT

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya buat semua bloggers walaupun di mana berada. Dah lepas hari raya baru nak lapur satu program yang diadakan pada 5 September yang lalu bertempat di Changkat Legong dan Changkat Tualang. Dewan Muslimat PAS Kampar telah mengadakan satu program Singgah Iftar di Changkat Tualang dan Changkat Legong. Program ini yang diajdualkan di masjid Changkat Legong berubah tempat ke sebuah rumah ahli PAS Changkat Legong iaitu Encik Johari dan Puan Zariah. Program ini anjurkan oleh Lajnah Kebajikan Pas Kawasan dengan kerjasama Dewan Muslimat, Urusan Ulamak dan Dewan Pemuda. Seramai 45 orang dari kalangan mereka yang kurang bernasib baik sama ada ahli PAS atau bukan ahli dijemput bagi menerima sumbangan hari raya dan bersama-sama berbuka puasa. Pemangku Timbalan Yang di Pertua Pas Kawasan dan barisan AJK hadir termasuk Ketua Pemuda  dan AJK Muslimat. Beliau menyampaikan sedikit tazkirah berkaitan dengan keberkatan yang terkandung dalam bulan yang mulia ini. Ketua Muslimat Ustazah Asmidar juga diberi peluang menyampaikan sedikit tazkirah dan berkenalan dengan para muslimat khususnya yang hadir dalam majlis itu.

Majlis berkenaan bermula pada pukul 5.30 petang dan tamat pada pukul 8.30 malam. Selepas penyampaian sumbangan, semua saf kepimpinan  dan jemputan yang hadir sama- sama melaksanakan tahlil dan diikuti dengan majlis iftar. Selepas solat maghrib, semua tetamu yang hadir bersama-sama menikmati juadah yang disediakan oleh Dewan Muslimat. 

Apa yang menarik program singgah iftar ini,  julung-julung kali diadakan oleh Dewan Muslimat Kawasan. Sebelum ini Dewan Muslimat telah singgah iftar di cawangan Changkat Tin dan Bukit Pekan.  Alahmdulillah sambutan agak menggalakkan. 


Program ini pada asalnya akan diadakan di Masjid Changkat Legong. Pada pukul 2 petang, datang berita dari AJK masjid bahawa majlis itu tidak dibenarkan kerana ada sesi tazkirah dan sumbangan untuk fakir miskin. Katanya atas arahan puhak istana.

Alhamdulillah dengan izin Allah,  seorang ahli dari Changkat Legong, yang bertugas di Kajang balik untuk berhari raya di kampung. Maka rumahnyalah  dipilih sebagai ganti masjid. 

Begitulah keadaannya orang-orang UMNO dan AJK masjid yang memihak kepada UMNO ini. 
 

21 September 2010

Jamuan Raya Pas Kawasan Kampar


 Sambutan yang meriah dari setiap golongan tidak mengira bangsa dan kaum, tua dan muda, miskin dan kaya. Gandingan muslimat, pemuda dan kawasan, alhamdulillah program berjaya dilangsungkan.

02 September 2010

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar


Amalan terbalik orang kita, 10 malam pertama bulan Ramadhan masjid dan surau penuh manakala pasaraya kosong tetapi di 10 malam terakhir Ramadhan, masjid dan surau lengang di pasaraya penuh. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri dan memang diakui oleh semua orang.
Sedangkan di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan tersembunyinya satu malam yang sungguh berkah yang dikatakan malam itu lebih baik dari seribu bulan. Umat Islam wajib percaya dan seharusnya di cari malam Lailatul Qadar pada malam-malam terakhri bulan Ramadhan bukannya malam-malam itu kita shopping maut untuk persediaan Hari Raya.
Ini berdasarkan firman Allah Ta’ala:

31 August 2010

Program Singgah Ifttar Di Kg Bukit pekan

 Alhamdulillah program berjalan seperti yang dirancang. Beberapa sumbangan telah diberikan kepada yang berkenaan. Program bermula dengan tazkirah dan berakhir dengan penyampaian sumbangan kepada penduduk kampung.....Syabas Dewan Muslimat Pas Kampar

30 August 2010

Peringatan Program dewan Muslimat kampar

Program Singgah Sahur di Cawangan Bukit Pekan bertarikh HARI INI 30 OGOS 2010. Semua muslimat dijemput hadir. Program bermula dari jam 6.30 petang. Tazkirah di sampaikan oleh Al fadhil Ustaz Anuar Morat.

25 August 2010

Program siapa kah ini??? Perhatikan ejaan di banner tersebut...

SEKAMPIT BERAS SEKILO GULA



Sumbangan Ramadhan anjuran PAS cawangan Tualang Sekah bersama Pemuda dan Muslimat cawangan.Pada 12 Ramadhan 1413H aktiviti bermula pada 2.30 petang sehinga 4.30 petang.menyampaikan sumbangan berbentuk keperluan harian seperti beras,minyak ,gula kepada keluarga miskin dan ibu tunggal.