KUALA LUMPUR, 15 Julai:
Biarpun dilihat seolah-olah lari dari isu Bersih 2.0 sehingga ke luar
negara, kehadiran Datuk Seri Najib Razak di United Kingdom hari ini
bagaimanapun tetap 'dikejar' gelombang kuning.
Puluhan
penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing
berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Perdana
Menteri Malaysia itu yang dijadual mengadakan pertemuan dengan tokoh
perniagaan Britain.
Mereka memakai baju kuning, dan membawa poster serta sepanduk
mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menangani peserta himpunan Bersih
2.0 di ibu negara 9 Julai lalu yang berhimpun secara aman menuntut
pembaharuan dalam sistem pilihan raya.
Dalam tulisan yang terpapar pada sepanduk yang dibawa itu, mereka
juga mendesak Najib supaya
membebaskan segera enam tahanan Parti
Sosialis (PSM) yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut
Ordinan Darurat.
Daripada
gambar-gambar yang disebar di internet, Najib dilihat sempat menoleh ke
arah kumpulan penunjuk perasaan itu yang hanya berjarak kira-kira 50
meter dari tempat turun kereta yang dinaikinya.
Sebuah van dan dua anggota polis juga dilihat berkawal di hadapan peserta himpunan itu.
Semalam, Ratu Elizabeth memakai gaun berwarna kuning ketika menerima mengadap Najib dan Rosmah di Istana Buckingham, London.
Setiausaha Pengangkutan Negeri, Philip Hammond bertali leher kuning ketika mengiringi Najib melawat Stesyen Kereta Api London.
Amnesty International sebelum ini mendesak Kerajaan UK agar memberi
signal protes terhadap layanan zalim Kerajaan Malaysia kepada peserta
perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Ayat
"Dan orang-orang yg beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagi yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf , mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana."
" Allah menjanjikan kepada org-org yg mukmin lelaki dan perempuan akan mendapat syurga yang dibawahnya mengalir sungai2 kekal mereka didalamnya, dan mendapat tempat2 yg bagus di syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar. Itu adalah keberuntungan yang besar"....surah At Taubah. Ayat 71 dan 72
" Allah menjanjikan kepada org-org yg mukmin lelaki dan perempuan akan mendapat syurga yang dibawahnya mengalir sungai2 kekal mereka didalamnya, dan mendapat tempat2 yg bagus di syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar. Itu adalah keberuntungan yang besar"....surah At Taubah. Ayat 71 dan 72
No comments:
Post a Comment