Ayat

"Dan orang-orang yg beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagi yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf , mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana."
" Allah menjanjikan kepada org-org yg mukmin lelaki dan perempuan akan mendapat syurga yang dibawahnya mengalir sungai2 kekal mereka didalamnya, dan mendapat tempat2 yg bagus di syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar. Itu adalah keberuntungan yang besar"....surah At Taubah. Ayat 71 dan 72

25 July 2010

Kenyataan Hassan: Harussani wajar mohon maaf

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menuntut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memohon maaf secara terbuka kepada PAS dan seluruh orang Melayu Islam berikutan penjelasan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang menunjukkan mufti itu mwngeluarkan kenyataan yang mengelirukan.
Sambil menyifatkan Harussani melakukan pembohongan yang memalukan, Mahfuz berkata, pengakuan Dr Hassan yang menjelaskan bahawa pertemuannya dengan Harussani tidak ada agenda khusus membincangkan penyatuan Umno dan PAS sekaligus mendedahkan kedudukan dan peranan Harussani sebagai alat dan pencacai Umno.
"Kenyataan Dr Hassan jelas mendedahkan penyelewengan fakta seorang mufti seperti Harussani. Kekeliruan yang ditimbulkan Harussani serta kesediaan beliau menjadi pencacai Umno sangat memalukan ulama khususnya para mufti yang ada di Malaysia.
"Harussani sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan, sebagai mufti beliau tidak membuat kenyataan yang mengelirukan itu, sedangkan pendedahan Dr Hassan memperjelaskan apa yang dikatakan Harussani adalah tidak benar," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menggesa Harussani tidak membiarkan dirinya terus menjadi pecacai Umno yang sedang tenat dan nazak.
Menurut Mahfuz, berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Dr Hassan, amat jelas bahawa pertemuan tersebut langsung tidak menyentuh soal kerjasama PAS dan Umno.
"Pertemuan tersebut sempena mesyuarat kebangsaan hal ehwal Islam. Dr Hassan juga menyatakan beliau tidak pernah dimandatkan oleh PAS untuk membincangkan dengan Harussani isu kerjasama PAS dan Umno," kata Mahfuz.
Harakahdaily

Naik Harga: Lawak la BN punya alasan



Alasan barang naik BN melucukan

Senator pembangkang hari ini mendapati alasan yang diberikan untuk kenaikan 5-dalam-1 membabitkan petrol, diesel, gula dan petroleum gas cecair (LPG) berkuatkuasa Jumaat lalu sebagai 'melucukan'.

Apa sekalipun nama yang diberikan, kenyataan ialah harga telah naik,” kata Senator Syed Husin Ali dari PKR.

Antara alasan yang diberikan olek kerajaan untuk mengurangkan subsidi gula ialah sebab kesihatan - yang dianggap Syed Husin sebagai tidak masuk akal.

14 July 2010

Isteri Sebagai Pendakwah.....

  Hukum dakwah pada asalnya adalah fardhu kifayah. Menjadi fardhu ‘ain dalam keadaan tertentu. Tuntutan dakwah ini menjadi tanggungjawab kepada semua tidak kira suami atau isteri.
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada ALLAH. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah: 71)
Allah SWT telah menetapkan di atas bahu kita sebagai salah seorang anggota masyarakat ini, melaksanakan tugas yang mulia iaitu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Seoarang muslimat yang bergelar ISTERI harus memahami keadaannya di dalam masyarakat selaku sebagai seorang yang memikul tanggungjawab bukan sahaja memenuhi hak-hak suami tetapi juga sebagai pendakwah.

13 July 2010

Sejarah Perjuangan Muslimat

Penglibatan muslimat dalam gerakan dakwah dan perjuangan menegakkan kalimatul haq di atas muka bumi ini bukan perkara baru. Malah ia berlaku sejak zaman Rasulullah SAW lagi.

Contoh yang ditunjukkan oleh muslimat terdahulu seperti isteri pertama Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah menjadi wanita pertama yang menyahut seruan Iman. Seorang yang cukup setia menemani baginda dalam susah dan senang , tidak pernah berhenti berusaha menenangkan hati baginda, menjadi penyokong dan sumber kekuatan yang kuat kepada baginda. Saidatina Khadijah.......

12 July 2010

Alfatihah.....

 Tanggal 4 Julai 2010 kira-kira jam 10 malam satu kejadian kemalangan berlaku di sebuah jalan raya berdekatan masjid Jeram. Kemalangan adalah diantara sebuah motor dan kereta....Namun amat menyedihkan pembonceng motosikal meninggal di tempat kejadian beliau adalah Ketua Pemuda Cawangan Jeram dan anak kepada Ajk Dewan Muslimat Pas Kampar.......Pn Ramuna...Arwah adalah anak lelaki sulong beliau...Namun Pn Ramuna redha dengan pemergian anak sulong nya.....dan begitu tabah dengan ujian yang di beri Allah....Takziah kami ucapkan dari Muslimat Kampar semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah yang Maha Esa......Alfatihah.....

Alfatihah......

  Assalamualaikum khususnya untuk semua muslimat Kampar dan umumnya kepada semua muslimat yang singgah sebentar ke blog ini. Telah lama ana tidak meng'update' blog ini disebabkan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.
 Walaupun sudah hampir 2 minggu arwah Ustaz Shuib TYDP Pas Kampar meninggalkan alam dunia ini dan meninggalkan segala kenangan pahit manis bersama muslimat Kampar khususnya....namun ana masih terbayang-bayang wajahnya yg redup-redup tua....walaupun keadaan seperti sudah tidak mampu untuk melakukan tugas namun semangat yg kental untuk kemenangan Islam membuatkan dirinya kental untuk meneruskan segala yg diamanahkan....
 Ustaz Shuib dikenali sebagai seorang yg "friendly" di kalangan Muslimat.......menegur kami seperti seorang ayah...memberi nasihat seperti seorang kawan dimana kami boleh menceritakan pelbagai masalah dengan terbuka bersamanya.....Semoga arwah aman sejahtera disana....aminnn..Alfatihah