Ayat

"Dan orang-orang yg beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagi yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf , mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana."
" Allah menjanjikan kepada org-org yg mukmin lelaki dan perempuan akan mendapat syurga yang dibawahnya mengalir sungai2 kekal mereka didalamnya, dan mendapat tempat2 yg bagus di syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar. Itu adalah keberuntungan yang besar"....surah At Taubah. Ayat 71 dan 72

27 October 2011

JANGAN DI JEMPUT LAGI.....

Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak yang telah berlangsung di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak pada 14 Mei 2011 telah meluluskan salah satu dari dua usul sebulat suara iaitu Usul agar Ustaz Kazim Alias dipecat keanggotaannya dari PAS.

Ini kerana beliau telah bertindak sebagai duri dalam daging dengan menghentam PAS secara terang-terangan terutamanya dalam isu berkaitan penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Tindakan ini amat penting agar beliau tidak merosakkan fahaman Umat Islam termasuk sebahagian ahli PAS sendri yang terpengaruh dengan kepetahannya berpidato.

Muktamar bersetuju bahawa beliau telah menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambilkira dasar Tahalluf Siasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak.

Beliau juga sebelum ini pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tidak berdasarkan tafsiran ulamak mufassirin.

Adalah diharapkan agar semua Kawasan dan Cawangan PAS di seluruh Negeri Perak tidak lagi menggunakan khidmat beliau dalam semua program anjuran parti.
 

16 October 2011

DAP PERAK TIDAK BIMBANG SOAL HUDUD

Isu hudud yang menjadi kontroversi di media sekarang tidak menjadi faktor penentu dan membimbangkan DAP Perak untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

Ketua DAP Perak dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan Ngeh Koo Ham ketika dihubungi yakin pengundi Melayu lebih cenderung menyokong DAP yang sanggup berbincang dengan PAS meskipun berbeza pendirian.

“DAP sanggup mendengar penjelasan PAS cuma DAP berbeza pendirian atas dasar keadilan,” terang beliau yang juga ahli parlimen Beruas.

08 October 2011

Program edar risalah di Pekan Hari Malim Nawar

 Alhamdulillah Lajnah Penerangan DMPK dapat turun bersama dengan beberapa muslimat yang lain bergabung dengan Dewan Pemuda Pas Kampar untuk mengedar risalah di Pekan Hari Malim Nawar. Walaupun ramai muslimat yang tidak dapat hadir untuk bersama dalam program ini disebabkan oleh beberapa masalah namun perjuangan tetap diteruskan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Pemuda yang  banyak membantu Lajnah Penerangan DMPK untuk terus menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.






Mesyuarat atas motor..".kat mana lagi kita nak edar ni kak?"


Ketua Lajnah ICT juga tidak ketinggalan membantu dalam mengedar risalah walaupun wajahnya merah padam dipanah matahari pagi.

Ramah mesra muslimat dengan penduduk setempat

Semangat Timbalan DMPK untuk mengedar risalah walaupun ada juga yang tidak mengendahkan risalah yang kami berikan

Ketua Penerangan DMPK mengedar risalah bersama anak yang didukung.

04 October 2011

Bajet Pakatan Rakyat 2012 – KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA

Teks ucapan Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat oleh Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 4 Oktober 2011 di Bilik Taklimat, Parlimen Malaysia.
MUQADDIMAH
1. Terima kasih dan tahniah kepada pasukan belanjawan Pakatan Rakyat yang berjaya menghasilkan sebuah dokumen yang lengkap dan menyeluruh, walaupun mereka tidak dibantu oleh perunding dan firma media antarabangsa yang mahal.
2. Keupayaan Pakatan Rakyat menghasilkan sebuah belanjawan menyeluruh yang berlandaskan semangat reformasi rakyat adalah satu mercu tanda kematangan dan kesediaan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan yang baru. Belanjawan yang bertemakan “Kesejahteraan Untuk Semua” ini lengkap mencerakinkan dengan terperinci unjuran pendapatan, perbelanjaan dan peruntukan untuk program-program nasional yang meniupkan roh kebajikan seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.
3. Belanjawan ini akan menjadi penanda aras dan penimbal balik kepada belajawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober ini. Saya yakin rakyat yang serba matang dan mahir menilai akan membandingkan kedua-dua dokumen dan Insya Allah menguatkan lagi iltizam rakyat menuntut perubahan di negara yang kita cintai.
BAB 1: MAQASSID BELANJAWAN MENGANGKAT KEPERLUAN RAKYAT
4. Proses pembentangan dan meluluskan belanjawan setiap tahun hanya dijadikan rutin oleh Barisan Nasional hingga mengenepikan matlamat sebenar sebuah kerajaan merangka dan membentangkan belanjawan kepada rakyat.

27 September 2011

Naik bas : Antara Najib dan Nik Aziz


Gambar kiri dirakamkan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak, Sabtu lalu.
Mereka berdua turut diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abd Kadir (kanan) dan isteri Datin Seri Sharifah Zulkifli (kiri) dalam perjalanan dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Kebangsaan Changkat Tin bagi menghadiri majlis perkahwinan iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan.

Namun, ramai yang tidak tahu, inilah bentuk dan rupa bas yang dinaiki Najib dan isterinya itu.
Gambar kanan pula dirakam sewaktu Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menaiki bas ke suatu program pada 29 Jun lalu.
 

26 September 2011

kartun utusan meloya hina hukum Allah..SUBHANALLAH






Rasulullah s.a.w. telah bersabda:  ”Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. ” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
.............................................................................................

 Memetik sebuah karikatur di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26/9/2011, menunjukkan seseorang berserban yang merujuk kepada Musyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz sedang mendengar lagu sambil berbaring. Karikatur tersebut juga menggambarkan irama yang keluar dari alat muzik tersebut dengan perkataan “ Hu..hu..hu..dudd..dudd..” .

Karikatur itu cuba menggambarkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz telah membangkitkan isu lama, iaitu isu Hudud yang menjadisebutan ramai pihak akhir-akhir ini.

Sikap akhbar Utusan Malaysia yang menjadikan isu Hudud ini sebagai bahan lawak dan jenaka.adalah keterlaluan Sedangkan mempermainkan-mainkan hukuman Allah merupakan suatu dosa besar.

Hudud adalah hukuman yang di syariat oleh Allah. Ianya bukan hukum buatan manusia tetapi ia datang dari Allah. Penghinaan terhadap sesuatu yang datang dari Allah itu adalah sama dengan penghinaan kepada Allah.

Hari ini hukum Hudud telah digambarkan dengan wajah yang begitu hodoh seolah-olah perlaksanaannya merupakan suatu jenayah. Akhbar arus perdana begitu hebat mempolemikkan isu ini dengan pelbagai tafsiran dan pandangan akal.

PAS selesai 80 peratus persiapan pilihan raya

GOMBAK, 26 Sept: PAS telah mempersiapkan kira-kira 80 peratus keperluan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS (JPP), Dr Hatta Ramli (gambar).

"Kita juga telah membuat count down (kiraan masa) kalau-kalau parlimen dibubarkan 11 November ini," kata beliau dalam wawancara khas dengan Harakahdaily.

Anggota Parlimen Kuala Krai itu diwawancara semasa majlis aidil fitri penduduk Kuala Krai di perantauan yang diadakan di pusat khidmat Parlimen Gombak Sabtu lepas.

Turut serta di majlis itu sebagai tuan rumah adalah semua Adun dalam kawasan Parlimen Kuala Krai, Kelantan.


Sabah, Sarawak dan Selangor selesai 100%
Menurut Dr Hatta, Pakatan Rakyat juga telah menyelesaikan 80 peratus perundingan pembahagian kerusi di kalangan parti dalam Pakatan iaitu PAS, PKR dan DAP.

24 September 2011

Najib naik bas dalam lawatan ke perak


Kata Najib "Dulu naik kereta kali ini kita naik bas jumpa rakyat, mesejnya nak rasa bagaimana tidak ada protokol antara pemimpin dan rakyat"
Agak-agaknya gambar bas di atas tu ke yang najib dan isterinya naik.

Tak sanggup rasanya anak seorang bangsawan dan isterinya yang menggalas beg tangan puluhan ribu ringgit harganya untuk menaiki bas macam tu..


Menurut seorang sahabat yang berada ditepi jalan ketika rombongan Najib melintas, Bas yang dinaiki oleh Najib dan rombongannya ialah bas ekspress yang baru dan diiringi oleh polis..



Satu lagi lakonan yang hebat oleh Najib..

najib dan muhyiddin perlu malu dengan kenyataan bishop ni...

AGAMA Islam Pas menjadi semakin popular. Hukum Hududnya diyakini sebagai hukum agama yang suci. Ulamanya pula ditaati seperti Allah dan rasul-Nya. Mengikuti satu syariat yang termaktub dalam Perintah daripada Allah - “Kemudian Kami membuat kamu di atas satu syariat daripada Perintah; maka ikutlah ia” (45:18) - dan dalam Perintah itu juga dinyatakan bahawa hanya Allah sahaja yang berhak mensyariatkan atau menetapkan hukum untuk agama-Nya. Tiada yang lain, selain daripada Dia, diizinkan berbuat demikian. Mereka yang ingkar dan yang memandai-mandai menggubal sendiri hukum agama dikategorikan-Nya pula sebagai sekutu Allah (42:21), dan dosa ini tidak diampun.
Namun manusia, kerana kefasiqan mereka, terus menggubal peraturan atau hukum agama. Lalu lahirlah pelbagai peraturan dan hukum yang berlainan daripada apa yang diwahyukan 
 ......................................................................................


Jika Najib dan Muhyiddin  berkata hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia kerana menurutnya hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.

Kenyataan yang secara tidak langsung mengakui bahawa memang tidak wujud keadilan dinegara ini..

Berlainan pula dengan pendapat seorang bukan Islam yang Majlis Ketua-Ketua Gereja Katholik Malaysia.
Dr Paul Tan Chee Ing, Presiden Majlis Ketua-Ketua Gereja Katholik Malaysia berkata Baginya adalah tidak betul bagi kerajaan menghalang Kelantan dan juga umat Islam di sana yang mahu melaksanakan suruhan agama mereka. Biarlah mereka laksanakan hudud jika itu yang mereka mahu kerana hukum tersebut hanya untuk umat Islam sahaja dan tidak melibatkan penganut agama lain.


Bishop Paul’s nuanced stance on Hudud
By Terence Netto

The reignited debate over the implementation of hudud law in Kelantan has drawn a nuanced response from what at first glance would be considered an unexpected quarter.

Catholic Bishop Dr Paul Tan Chee Ing, in his remarks made to Malaysiakini today, held forth on the subject and has come up with a stance he thinks is calibrated to meet the challenges the question of Islam poses to Malaysian society.

“One would think I should lack the presumption to weigh-in on the discussion, being non-Muslim and belonging to a religion that subscribes to the separation of the secular from the religious spheres,” being the titular head of Catholics in the Melaka-Johor diocese.

“But Islam is, above all, a political question and support for syariah, of which hudud is a part, is an obligation for the Muslim. Therefore a non-Muslim citizen such as me and a religious leader at that ought to have a say on this matter,” asserted the Jesuit-trained prelate.

“I say it’s time to allow Muslims in Kelantan, if they so desire, to implement syariah only for them and with that the hudud enactments provided non-Muslims are exempt from its implementation,” said the Bishop who is concurrently President of the Catholic Bishops’ Conference of Malaysia.

“Between the contention that the Federal Constitution is a colonial imposition and the obligation of Muslims to support syariah, I say the wiser non-Muslim stance would be to hold that if syariah is what Kelantan Muslims want and if we are given a cast-iron guarantee that it will not be implemented on us, we would not object to Muslims wanting it,” he argued.

“Bear in mind, this is not a question that is going to go away but it is not a question that will continue to be framed in the same terms as it is today in Malaysia,” continued the Bishop. “What do I mean by this?” asked the cleric who obtained his doctorate from Ecole ’Etude Science Social’ whose degree is from Sorbonne, the ‘Harvard of Europe’ in medieval times.

“You take the Arab Spring that has roiled nations in that arc from Tunisia to Syria. Do you see it as an Islamic uprising or a democratic insurgence? I hesitate to claim that it’s a democratic rising of peoples. You cannot tell for sure, but it is not specifically Islamic in character. I take the long view and see it all as part and parcel of the enduring debate between the Mutazilities and the Asharites in Islam.

“The former holds that you need reason to explain the world; the latter that God does not need reason and that He is all power and will. I pray the Mutazilites win the debate. I don’t know if that extraordinary man, the Menteri Besar of Kelantan, is a Mutazilite or an Asharite. Sometimes he sounds like a Mutazilite, sometimes like an Asharite.

“But that ambiguity is a good thing. It shows he is not dogmatic. I say let him and all who hold with him have their way so long as non-Muslims have iron-clad guarantees of their exemption.”

Bishop Paul Tan concluded his soliloquy this way: “I take the long view of history which is that the key question, in our times and in all times, is as the philosopher Nietzsche, incidentally an anti-Christian thinker, framed it: What is the fundamental constitution of reality?

“I claim that if your theological assumptions of reality are incorrect, you are headed for trouble in this world and that if they are correct, you will have the peace that surpasses all understanding. I am in favor of Kelantan Muslims having hudud implemented for them only.”

Malaysiakini

11 September 2011

Ucapan Raya Oleh Presiden Pas

Ucapan Hari Raya Aidilfitri 1432H

Assalamualaikum. Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia PAS, saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh umat Islam, dengan harapan kita telah menyempurnakan ibadah puasa dibulan ramadhan yang menjadi medah tarbiah untuk melahirkan manusia yang bertaqwa. Bukan sekadar kita dapat menunaikan kewajipan berpuasa dan mengisi ibadah lain di bulan ramadhan, tetapi dapat membentuk jatidiri kita bagi melaksanakan taggungjawab sebagai manusia di muka bumi ini.

Begitu juga dengan ibadah puasa yang telah kita laksanakan ini, dapat mendidik kita untuk dekat dengan Allah dengan mentaati Nya laksana malaikat yang taat, seterusnya menjadi manusia yang memiliki kekuatan roh dan jasad yang berbeza dengan binatang.
Apabila berjaya ditarbiah di bulan ramadhan, dengan sendirinya kita akan menjunjung tinggi agama yang membezakan hak dan batil dan yang menjadi pertarungan dunia sejak dahulu hingga kini.

23 August 2011

Lailatulqadar


Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "
 
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta

mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada

dosa-dosa yang telah lalu "

19 August 2011

MEKAR SEKUNTUM BUNGA DI GURUN SAHARA

Pernah sekali guru berkata: "Andai di dataran sahara yang kering kontang tanahnya, yang panas terik mentarinya, tiba-tiba ada pokok yang dapat mengeluarkan bunga yang mekar. Maka bagaimana pendapatmu dengan pemandangan itu?" soal sang guru. "Sudah tentu ia menjadi sesuatu yang amat mengujakan dan amat memukau." jawab si murid tanpa berlengah. "maka apa pendapatmu tentang kewujudan bunga yang mekar itu di tengah-tengah sahara itu?" soal sang guru lagi." ia merupakan sesuatu yang hebat. Ternyata kontangnya sahara tidak melayu-longlainya. bahkan ia tetap berkembang mekar secantiknya." jawab murid lagi sambil petah berhujah. Lantas sang guru tersenyum.

Kata sang guru lagi: "Bukan senang untuk lahirkan bunga secantik itu dalam suasana sekontang itu. jika bunga yang mekar wujud di tempat yang subur, maka ia bukanlah sesuatu yang menghairankan. Namun sebaliknya, jika bunga yang berkembang mekar wujud di daerah kering kontang, semestinya ia merupakan sesuatu yang istimewa." si murid cuba menangkap maksud gurunya. namun ia gagal.. lantas si murid menundukkan kepala..

Sang guru tersenyum sambil menyambung bicara: "Lantas, bagaimana pendapatmu sekiranya seorang itu tegar bersolat terawih, bertadarrus al-Quran, menghidupkan malam, bersolat witir, sedangkan di siangnya dia menahan diri dari makanan dan minuman?" mekarkah ia? secantik bunga di gurun sahara kah ia?

Si murid mula mendongak kepala.. ohh! ke situ rupanya bicara sang murabbinya.. amat jauh firasatnya dan amat dalam kalimatnya.. lantas si murid mengangguk mengiyakan sekala tutur kata sang guru...

Sang guru menambah lagi: "ketahuilah anakku.. inilah bulan untuk melihat sejauh mana mekarnya sekuntum bunga. adakah mekarnya sama seperti mekarnya di bulan-bulan yang sudah. atau mekarnya itu tidak mampu untuk bertahan lama.. lantas apabila tiba bulan ini, maka kembangnya pula sudah tiada lagi.. alangkah malangnya andai kembangnya sekuntum bunga hanya kembang seketika jua.."

dan amat beruntung, andai kekeringan dan kekontangan bulan ini makin menyerlahkan lagi mekar kembangnya.. dari jauh sudah disanjung.. "oh alangkah indahnya si bunga itu, mekar kembangnya walaupun ujian getir melanda.."

Si murid terus tertunduk.. lama sekali tafakkurnya.. sambil menarik nafas yang amat dalam dia bertanya dirinya : Secantik bunga yang berkembang mekar di gurun sahara itukah dirinya?...

17 August 2011

Suara Demokrasi sudah hilang…

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) bertindak keluar dewan setelah mendakwa hak mereka untuk bersuara disekat kira-kira jam 12.20 tengah hari pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Ke-12, di sini, semalam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, bergerak keluar bersama Adun PR yang lain sebelum mengadakan sidang media di tingkat dua Bangunan Perak Darul Ridzuan.


Menurutnya, mereka mengambil keputusan untuk keluar dewan apabila pembesar suara yang dipasang di dalam dewan seperti dikawal kerana setiap kali pembangkang mahu bersuara ia (pembesar suara) akan ditutup.

“Adun kami terpaksa menjerit tetapi apabila Barisan Nasional (BN) bangun untuk bersuara pada bila-bila masa masalah pembesar suara tidak timbul.

“Kami (PR) datang secara baik untuk berbahas pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) dengan menyuarakan soalan yang dikemukakan rakyat namun dihalang untuk berbuat demikian,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohammad Nizar kecewa sidang Dun yang sepatutnya diadakan selama dua hari hanya berlangsung tiga jam sahaja.

“Bagaimana soalan 59 Adun dapat dijawab dalam masa yang singkat. Oleh itu, masalah rakyat gagal untuk diselesaikan,” katanya.

Katanya, persidangan pada kali ini bertujuan untuk menceritakan prestasi dan pencapaian Kerajaan Negeri sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.

“Namun bukan itu yang terjadi malahan soalan bertulis yang dikemukakan turut ditolak. Sebagai contoh perbelanjaan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di luar negara tidak dijawab, sebaliknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jawab soalan itu di Parlimen.

“Perkara ini perlu diberitahu kepada rakyat supaya mereka tahu ke mana wang dibelanjakan,” katanya.

Beliau berkata, persidangan kali ini lebih kepada keputusan speaker Dun, Datuk R Ganesan yang bersifat seperti diktator.

“Suara demokrasi hilang, pembesar suara kami ditutup menyebabkan kami mengambil keputusan untuk keluar dewan kerana keadilan tidak menyebelahi kami,” katanya

16 August 2011

Pakatan tuntut ketuai JK reformasi p'raya

Pakatan Rakyat mengemukakan tujuh syarat sebelum menyokong penubuhan jawatankuasa khas parlimen untuk reformasi sistem pilihan raya, termasuk melantik pemimpin pembangkang untuk mengetuainya.

NONEDalam kenyataan Pakatan yang dibaca oleh naib presiden PKR, Nurul Izzah, di satu sidang akhbar di pejabat agung PAS tengahari tadi, enam lagi syarat yang dituntut gabungan tersebut ialah:

1. Ia harus mempunyai kuasa menyiasat, mengesah, dan mencadangkan perubahan yang menyeluruh. Jawatankuasa mesti diberikan kuasa dan kewangan yang secukupnya.

2. Siasatan ke atas proses dan sistem pilihanraya sedia ada harus melibatkan badan audit bebas yang diiktiraf di peringkat antarabangsa PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young, dsb).

10 August 2011

Remaja hilang........

BUDAK HILANG

DIPERCAYAI DICULIK

Pada 04/08/11 di Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak

Nama : Seri Najwa Ferda Bt. Hassan
Umur : 17 Tahun
Tinggi : 156

Kepada sesiapa yg ternampak atau memiliki info sila hubung

Puan Seri Wangi (Ibu) - 017-5999137
Ameerul (Abang) - 017-5351451
Sarjan Norhisham - 019-5162896
Adzam Anuar (Bapa Saudara) - http://www.facebook.com/pr​ofile.php?id=811746307

Atau hubungi mana2 balai polis yg terhampir.

Kerjasama dari semua pihak sangat di harapkan

Terima Kasih

..

TOLONG SEBARKAN2 & SHARE DI WALL ANDA.

06 August 2011

4 KEBURUKAN DISEBALIK WI-FI PERCUMA!!!

4 Keburukan disebalik Wi-Fi Free:


Kafe, kampus, dan berbagai tempat awam kini sudah banyak yang dilengkapi dengan fasiliti Wi-Fi. Menyenangkan untuk berinternet di tempat umum, percuma pula tu. Namun disebaliknya ada sejumlah ancaman .

Berikut adalah 4 keburukan Wi-Fi Free di antaranya yang dikutip dari detikINET berdasarkan laporan perusahaan keselamatan ESET:

1. Evil twin login interception
Ini merupakan jaringan yang diset-up oleh hacker untuk menyamar sebagai WiFi hot spot yang rasmi.

2. 0-day OS/app attack attempts
Disebut juga sebagai serangan threat melalui exploit yang tidak dikenal.

3. Sniffing
Upaya intercept untuk mencapai baik software mahupun hardware komputer dan melakukan log terhadap lalu lintas dalam sebuah jaringan.

4. Data leakage (man-in-the-middle attack)
Penjenayah dunia maya mampu memodifikasi lalu lintas jaringan dan membuat user tidak menyedari seakan-akan ia sedang melakukan transaksi dengan bank. Padahal kenyataannya, data yang dikirim oleh user terkirim ke komputer penjenayah siber tersebut

01 August 2011

"Kami dari Dewan Muslimat Pas Kampar ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Marilah kita bersama-sama mengimarahkan bulan seribu bulan ini dengan amal kebajikan yang tidak putus. Semoga ianya akan berkekalan untuk bulan-bulan yang lain. "

25 July 2011

ISU BIOMETRIK VS DAKWAT KEKAL:Bolehkah Aku Kata Kerajaan Malaysia Sekarang Bodoh Dan Kuat Membazir???




SHAH ALAM 24 JULAI : Jika ada yang lebih mudah dan murah mengapa perlu memperuntukkan kos yang tinggi walaupun kesannya boleh dipertikai.

Itu persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan ekoran tindakan kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tujuan mewujudkan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini.

" Ada cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan masalah tetapi kita pula mencari jalan yang rumit dan amat mahal.

" Saya pun tidak faham kenapa bila kita ada yang lebih murah dan lebuh mudah iaitu pakai dakwat kekal, yang jauh lebih murah daripada biometrik, kita hendak guna teknologi yang harganya berkali ganda dan kesannya masih boleh dipertikaikan,"katanya kepada Tv Selangor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan sejumlah dana bagi membiayai sistem biometrik yang mungkin dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-13.

Namun seperti mahu menyindir tuntutan rakyat dan gagasan pembangkang yang mendokong perjuangan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini, Najib mendakwa Malaysia terpaksa mendahului negara maju dalam menyediakan sistem ini untuk kepuasan rakyat.

"Kalau nak buat penambahbaikan kita akan buat. Kita akan buat yang terbaik(menggunakan biometrik bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih)walaupun negara-negara maju pun tak buat," Najib dipetik sebagai berkata.

Malah Najib juga mendakwa bahawa Pakatan Rakyat sengaja membangkitkan isu pilihan raya yang bersih di negara ini ekoran kekalahan parti itu dalam beberapa pilihan raya kecil mutakhir ini di tangan kerajaan.

"Di peringkat nasional, kita (Barisan Nasional-BN) ada masa dapat undi banyak ada masa undi sikit. Tetapi majoriti masih di tangan kita. Kalau kita boleh jamin kita boleh menang, takdelah menteri kalah (pilihan raya) dan ada negeri kalah," katanya lagi.

Hakikatnya menurut Wan Saiful, tuntutan untuk sebuah pilihan raya yang adil bukanlah satu perkara baru. Malah ia adalah tuntutan tidak berkesudahan rakyat yang terus dinafikan sehingga ke hari ini.

" Saya rasa ada manfaat jelas kepada kerajaan kalau mereka mendakwa isu ini baru ditimbulkan supaya kita terlupa bahawa isu ini telah lama ditimbulkan pada awal 90-an dan mungkin awal daripada itu. Malah ketika Umno dibubarkan dulu pun, ia berpunca daripada sistem pengundian,"tegas Wan Saiful.

" Tapi saya boleh faham sekiranya saya berada di dalam kasut ahli-ahli politik di sebelah pemerintah sekarang, pasti yang saya hendak buat ialah mendakwa ini perkara yang sengaja ditimbulkan oleh pembangkang. Saya akan kata pembangkang cuba mengeksploitasi perkara yang ditimbulkan,"katanya lagi.

Kenyataan Najib itu senada dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang selama ini bermati-matian mendakwa mereka sebagai badan bebas dan telus dalam menjalankan tanggungjawab walaupun terdapat bukti berlakunya masalah seperti pengundi hantu, rasuah berleluasa dan sebagainya.

Tambah menghairankan, apabila sebuah agensi yang mendakwa mereka menjalankan amanah dengan baik menolak apabila rakyat memberi cadangan penambahbaikan seperti yang diutarakan oleh gabungan 62 badan bukan kerajaan dalam Bersih.

Sebaliknya SPR melabelkan pembangkang dan Bersih 2.0 mempunyai agenda tertentu di sebalik tuntutan yang dibuat. -TVSelangor


N'N:Bolehkah???Sebab bagi aku tindakan BN memang nampak bodoh & sangat membazir. Duit siapa? Duit aku dan korang semualah!!!

24 July 2011

Muslimah Harapan

Persismu permata berlian menjadi rebutan pejuang
keutuhan yang tersimpan di balik tabir yang tenang
        Keayuan yang terpancar disinar cahaya iman
        itulah muslimah harapan muslimah harapan... harapan
Gerak langkahnya yang sopan disulam zikir di ingatan
keyakinan yang mendalam menjadi tangan perjuangan
        Jasad hayatnya diserahkan untuk sebuah perjuangan
        itulah muslimah haraapan
Muslimah puteri harapan
dikaulah harapan membela Islam yang mulia
muslimah puteri harapan dikaulah cahaya
menjadi lambang Islam yang gemilang...
        Puteri harapan serikandi Islam
        tetaplah kau dalam perjuangan
        menjadi sayap kiri di medan
        meneguhkan benteng pertahanan Islam
Gamitan leka duniawi tersungkur jauh di hatimu
kau sematkan kecintaan yang mendalam
terhadap Tuhanmu...jaga untuk suami tersayang
        kau didik generasi mendatang
        untuk agama tercinta.....

20 July 2011

Perjalanan terakhir Dr Lo' Lo'


"IBU berpesan kepada kami adik-beradik, jangan sesekali dia dilupakan selepas ibu kembali ke rahmatullah.
"Ibu suruh ingat dia, kenang dia, terlalu banyak saat-saat bahagia kami bersama ibu, namun sekarang semua sudah tiada," kata Fawwaz, anak kedua Allahyarhamah Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa yang meninggalkan kita semua 10.13 malam 17 Julai 2011, selepas bertarung dengan penyakit kanser paru-paru selama dua tahun.
Dr Lo'Lo' pergi menghadap Allah Rabbul Jalil, meninggalkan suami Dr Aminuddin Hamid Karim dan empat anak. Dua lelaki dua perempuan.
Anak sulung, Mawaddah, 30, Fawwaz, 28, Sakinah, 26 dan yang bongsu Farhan, 25.
"Semalam ayah agak terkesan selepas ibu pergi, tetapi alhamdulillah, pagi ini sudah boleh terima," Fawwaz meneruskan ceritanya kepada penulis sewaktu bertemu dengannya di Masjid al-Akram, Kampung Datuk Keramat.
Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. Di sebalik kesedihan, Fawwaz meneruskan ceritanya. Sesekali beliau mengetab bibir. kelihatan air mata bergenang di kelopak mata, namun beliau cuba menahan kesedihan.
Menurutnya, sebagai ibu, Dr Lo'Lo' banyak berhabis untuk anak-anak. Habis semua wang gajinya digunakan untuk membentuk keperibadian anak-anak supaya menjadi seorang yang unggul dari sudut akhlak dan peribadi.
"Hidup kami padat dengan tarbiyah, belajar, kem motivasi dan sebagainya," katanya sambil tersenyum terkenangkan kisah silam sewaktu di bangku sekolah.
Namun semua kebahagian itu sudah tiada. Ibunya pergi selepas terlantar di Hospital Selayang selama dua minggu.
"Kali terakhir kami bercakap dengan ibu pada Khamis lepas (14 Julai), selepas itu ibu tidak sedarkan diri," kata Fawwaz.
Sebelum dirujuk ke Hospital Selayang, Dr Lo'Lo' dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selama 10 hari. Kemudian dibawa pulang beberapa hari ke rumah.
Namun menurut Fawwaz, keadaan ibunya tidak berapa stabil sewaktu berada di rumah.
"Ibu kelihatan terlalu sakit, lalu kami bawa ke Hospital Selayang kerana beliau perlu diberikan sedatif (untuk mengurangkan kesakitan," katanya.
Katanya, Dr Lo'Lo' dikesan mengalami kanser sejak 2009.
"Pada waktu itu, mula-mula ibu batuk berdarah, kami sangkakan beliau jadi begitu kerana terlalu kuat bekerja. Ibu tidak pernah rehat sejak dipilih menjadi Ahli Parlimen Titiwangsa.
"Namun selepas dibawa menjalani pemeriksaan, beliau disahkan mengidap kanser paru-paru pada stage tiga," ceritanya.
Selepas disahkan mengalami kanser, lalu dibuat pembedahan segera membuang kanser tersebut.
"Selepas itu ibu menjalani kimoterapi, saya dapat rasakan ibu begitu sakit ketika menjalani kimoterapi. Kemudian kami dimaklumkan oleh para doktor bahawa, selepas menjalani beberapa ujian, ibu sudah bebas daripada kanser.

Dr Lo'lo tokoh pejuang wanita dalam PAS

PDF Cetak Emel
Ditulis oleh http://siasahdaily.blogspot.com   
MONDAY, 18 JULY 2011 14:42
Dr Lo'lo' Mohamad Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa dan aktivis Dewan Muslimat PAS meninggal dunia akibat kanser malam semalam, selepas bertahun bertarung melawan penyakit itu.

Pagi tadi, lebih 2,000 hadir ke solat jenazah dan pengkebumiannya di Datuk Keramat, daripada kalangan rakyat, aktivis dan pemimpin-pemimpin politik.

Lo'lo' dikenali sebagai aktivis muslimat yang lantang bersuara dalam isu-isu wanita, sama ada dalam mahupun luar parti.
Allahyarhamah mula dikenali dan menjadi tumpuan media pada awal dekad 2000, ketika masih agak baru terlibat aktif dalam PAS di peringkat pusat.

Lo'lo' pada masa itu bersuara menuntut pemimpin-pemimpin muslimat diletakkan pada kedudukan sama di atas pentas dengan pemimpin-pemimpin lelaki yang merupakan majoriti pimpinan PAS.

15 July 2011

Gelombang kuning 'kejar' Najib di UK

KUALA LUMPUR, 15 Julai: Biarpun dilihat seolah-olah lari dari isu Bersih 2.0 sehingga ke luar negara, kehadiran Datuk Seri Najib Razak di United Kingdom hari ini bagaimanapun tetap 'dikejar' gelombang kuning.
Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Perdana Menteri Malaysia itu yang dijadual mengadakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.
Mereka memakai baju kuning, dan membawa poster serta sepanduk mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menangani peserta himpunan Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu yang berhimpun secara aman menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya.
Dalam tulisan yang terpapar pada sepanduk yang dibawa itu, mereka juga mendesak Najib supaya

10 July 2011

Iktibar untuk Najib

Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai BERSIH 2.0 memperlihatkan ketokohan dan kepemimpinan yang didahagakan oleh rakyat sekian lama.

Kematangan Seri Paduka Baginda dalam menyampaikan pendirian berhubung perhimpunan aman itu sekaligus mendinginkan hati rakyat dan menyejukkan keadaan yang semakin panas akibat kenyataan-kenyataan Perdana Menteri dan tangkapan-tangkapan polis terhadap penyokong BERSIH 2.0.

NONEDalam kenyataan yang ringkas tetapi padat, Tuanku Mizan menintahkan supaya adalah lebih elok perhimpunan BERSIH 2.0 dibatalkan kerana ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan, walaupun niatnya baik.

Pada masa sama, Seri Paduka Baginda mengingati Najib dan kerajaan pimpinan beliau terhadap keperluan menggalas amanah yang diberikan oleh rakyat secara adil dan bertanggungjawab.

Titah baginda: “Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasanpun.

2,000 hadiri pengkebumian penyokong BERSIH

Jenazah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia sewaktu menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat di Taman Seri Keramat Tengah, Kuala Lumpur jam 12.55 tengah hari ini.

funeral baharudin crowdSemalam dilaporkan Baharudin, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC, terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Kira-kira 2,000 hadir, termasuk pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengiringi jenazah ke tanah perkuburan itu.

Kumpulan tersebut berjalan dari Surau Al-Muqarrabin - tempat jenazah Baharudin disembahyangkan - sejauh kira-kira tiga kilometer dengan mengiringi van jenazah yang membawa jenazahnya.

funeral baharudin bersih protesterTurut menyertai kumpulan tersebut beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO antaranya Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ADUN Hulu Kelang Shaari Sungib dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin.

Sambil mengiringi, mereka membaca tahlil dan bertakbir sepanjang jalan tanpa henti.

Sepanjang perjalanan menuju ke tanah perkuburan itu, kumpulan tersebut berselisih dengan tiga kereta peronda polis secara berasingan menyebabkan mereka bertakbir kepada polis.

Bersih 2.0 anggap perarakan hari ini berjaya

BERSIH 2.0 menganggap perarakan hari ini sebagai satu kemenangan kepada pergerakan itu dan rakyat Malaysia, dengan mendakwa sehingga 50,000 orang telah menyertainya, bagi menyokong tuntutannya untuk pilihan raya bersih dan adil.

NONEAhli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Subramaniam Pillay berkata pihaknya menganggap ia satu kejayaan besar kerana menurutnya, perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil, bukanlah boleh dilakukan dalam perarakan satu hari sahaja.

Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar selepas perhimpunan tersebut.

NONESasterawan Negara Datuk A Samad Said (kanan) - seorang lagi ahli
jawatankuasa tersebut - berkata jumlah kehadiran yang besar sangat penting kerana ia berlaku walaupun banyak halangan dari pihak berkuasa.

Beliau menyifatkannya sebagai sangat berjaya kerana walaupun dua minggu berdepan dengan halangan, "saya terkejut melihat ribuan orang (menyertainya)".

"Dari perspektif ini, rakyat sesungguhnya telah berjaya," kata sasterawan berusia tujuh tahun, yang memakai baju-T BERSIH 2.0 di luar baju lengan panjangnya.

NONEBERSIH 2.0 berkata oleh kerana polis dihalang mereka menyerahkan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, maka gabungan itu akan mengemukakan permohonan untuk buat demikian.

"Kami akan buat temujanji berasingan untuk menyerahkannya, bila pihak polis kembali tenang," kata seorang lagi anggota jawatankuasa tersebut, Arumugam sambil menambah tidak perlu untuk satu lagi perhimpunan.

Ditanya sama ada BERSIH 2.0 akan mengadakan satu lagi perhimpunan jika tuntutan pembaharuan pilihan raya itu tidak dipenuhi, Subramaniam berkata, jawatankuasanya akan membincangkan perkara itu apabila tiba masanya.

06 July 2011

Takziah diucapkan kepada Ustazah Nuridah

KUALA LUMPUR, 4 Julai: PAS mengucapkan takziah  kepada bekas Ketua Muslimatnya, Ustazah Nuridah Salleh di atas kematian anaknya, Abdul Aziz Mohd Azmi, 13 tahun, yang kembali kerahmatullah pada 12.00 tengah malam semalam.

Abdul Aziz yang mula belajar di Cape Town, Afrika Selatan tahun lepas meninggal dunia selepas beberapa hari menjalani pembedahan kerana ketumbohan pada tulang belakangnya.

Sebelum itu, beliau demam tetapi tidak dapat bangun dan menggerakkan badannya. Beliau menjalani pembedahan dengan ditemani bapanya, Haji Azmi.
Jenazah beliau dijangka akan tiba di rumahnya di Taman Melewar, Kuala Lumpur pagi esok, 5 Julai.

PAS cadang Najib hadir himpunan Bersih 2.0

SHAH ALAM, 6 Julai: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak disaran hadir ke Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Dengan kehadirannya, sudah pasti beliau dapat mendengar sendiri semua ucapan pimpinan Bersih dan jemputan mereka terutama huraian lapan tuntutan berkaitan pilihan raya bersih dan telus dalam negara. 
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bersetuju penuh dengan saranan agar Najib hadir sendiri di Stadium Merdeka, Sabtu ini untuk mendengar dengan lebih dekat lagi isu yang dibangkitkan Bersih mewakili lebih 60 NGO.
"Ya elok sangat jika perdana menteri dapat hadir dalam Himpunan Bersih ini," jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

29 June 2011

HIMPUNAN BERSIH 2.0 : BUKTI RAKYAT MAHUKAN KEADILAN

IPOH,Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 sebagai medium untuk rakyat turun dan menyampaikan hasrat mereka.
Beliau berkata demikian selepas mengulas tentang sikap pemuda UMNO Malaysia yang juga mahu menjadi jaguan dengan turut serta mengadakan perhimpunan pada 9 Julai 2011.
Ustaz Abu Bakar Hussein menegaskan bahawa himpunan bersin 2.0 merupakan satu perhimpunan damai yang dilakukan setelah beberapa usaha dan diskusi bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menemui jalan buntu.

UTUSAN MALAYSIA BIADAP MENYIARKAN KARIKATUR MENGHINA ISLAM

Ipoh, 17 Jun, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini mengecam karikatur terbaru yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia berjudul “Kekeliruan Kes Rogol” pada 15 Jun lalu yang disifatkan menghina syariat Islam.
Beliau kesal atas karikatur sebegitu yang dianggap langsung tidak bertanggungjawab dan menidakkan sensitiviti masyarakat beragama Islam di Malaysia. Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.
Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video. Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

12 June 2011

USRAH PERDANA DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN KAMPAR

Assalamualaikum semua, dah lama saya tidak menulis di sini. Apa khabar semua? Mudah-mudahan semua dalam inayah dan taufik Allah Taala. 

Untuk pengetahuan muslimat semua, sama ada ahli PAS yang baru atau yang dah kutai, setiap minggua ada pengajian di Pusat Khidmat Masyarakat Tualang Sekah. Semau ustaz yang muktabar dijemput untuk menyampaikan kuliah mereka berkaitan tajuk-tajuk yang ada hubungkaitnya dengan jamaah kita iaitu PAS. 
Jadi kepada semua ahli, moh le kita ke sana. 

Hari Jumaat lepas iaitu 10 Jun saya sempat menghadiri Liqa' al Fikri di Markaz Tarbiah Air Kuning. Ustaz Siddiq Nor diamanahkan untuk menyampaikan kuliah maghrib. Antara intisari kuliah beliau ialah berkaitan perjuangan kita untuk memartabatkan ketuanan Islam di bumi Malaysia. Untuk pengetahuan AJK Muslimat Kawasan seramai 18 orang AJK dijemput hadir  bagi setiap Dewan. Kata beliau dalam kuliahnya jihad yang paling tinggi ialah jihad dalam pilihanraya untuk mendapatkan kuasa kerana dengan kuasa kita dapat melaksanakan amar makruf dan nahi muingkar. 

Jadi, perkara-perkara lain juga penting sebagai aksesori dalam merealisasikan hasrat itu. Jadi janganlah perlekehkan kumpulan marhaban, kelas masak, baca Yasin, ziarah kebajikan dan lain-lain kerana semua ini untuk memperkasakan jamaah PAS khususnya Muslimat.

IKLAN PENTING :

Lajnah Tarbiah dan Perkaderan Dewan Muslimat PAS Kampar  akan mengadakan USRAH PERDANA seperti ketentuan di bawah :

Tarikh                      :   3 Julai, 2011 / 1 Shaaban 1432
Tempat                    :    Markaz Tarbiah Taman Melayu Jaya
Masa                        :   9 pagi
Sasaran                    :   Semau AJK Muslimat Kawasan
                                     Semua JK Muslimat Cawangan
                                     Ahli-ahli Muslimat PAS cawangan 
Murabbi jemputan  :   Al Fadhil Ustaz Hisham Mohd Ali

Semoga program ini berupaya menyatuakn fikrah dan menjana kekuatan Muslimat di semua peringkat bag
menghadapi PRU 13 yang bakal tiba tidak berapa bulan lagi.

18 May 2011

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK KE-48


DI RASMIKAN OLEH
YB DR. MARIAH BT. MAHMUD
(Pengarah p/raya DMPP) 

PADA HARI SELASA 
17MEI 2011(13 J/AKHIR 1432)
DI HOTEL HILLCITY,IPOH
 UCAPAN YDP PAS KAMPAR-IR HJ MUHAMMAD NIZAR B. JAMALUDDIN


 TETAMU KEHORMAT
AHLI JAWATANKUASA DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK
2011-2013
PERWAKILAN DARI KAWASAN KAMPAR
ANTARA PEMERHATI YANG SETIA HADIR

05 May 2011

BN Jangan perah poket rakyat untuk dapat wang

PARIT BUNTAR, 5 Mei: Sepatutnya kerajaan BN mencari jalan lain untuk mendapat wang, bukannya memerah poket rakyat sewenang-wenangnya dengan menaikkan harga minyak.
Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) menyatakan demikian sebagai respons kenaikan harga RON97 yang diumumkan lewat tengah malam tadi.
Katanya, kenaikan itu menjadikan kenaikan kali ketujuh atas alasan harga minyak mentah di pasaran dunia mengalami kenaikan.
 “Nampaknya BN terus memperbodohklan rakyat dengan alasan yang sama dan tidak masuk akal setiap kali harga minyak negara dinaikkan,” katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, Malaysia merupakan negara pengeluar minyak di mana jika harga minyak di pasaran dunia naik, secara automatik negara mendapat kenaikan berlipat kali ganda.
“Mengapa kita ikut sama naik harga minyak dan rakyat menerima bebannya?” soalnya.
Selain itu, beliau menjelaskan jenama minyak nasional Petronas, diketahui kualitinya terbaik sehingga diguna untuk jentera formula satu Mercedes GP Petronas.

25 February 2011

Himpunan PTPTN dan MARA : 26 Feb 11



Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan satu majlis pertemuan dengan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mengalami masalah pembayaran balik pinjaman mereka.

Himpunan tersebut dijadualkan pada hari Sabtu ini, 26hb Februari 2011 \ jam 2 petang di Dewan Semantan Perdana, Hotel Sri Malaysia, Temerloh, Pahang. 

Menurut Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiat, Pemuda PAS mengambil inisiatif tersebut kerana perihatin dengan nasib mereka yang tidak mampu membayar balik pinjaman kerana faktor kekangan ekonomi negara.

"Mereka dalam keadaan tertekan kerana mereka tidak mampu membuat bayaran. "Faktor utama adalah kerana tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan kos hidup yang meningkat setiap tahun khususnya di bandar," katanya.

Menurutnya sehingga kini terdapat 1.7 juta peminjam PTPTN yang mengalami masalah tersebut. Dari Jumlah itu terdapat 191,262 orang peminjam yang langsung tidak mampu membuat bayaran balik pinjaman. PTPTN telah membelanjakan sebanyak RM 37 bilion sejak 13 tahun yang lalu.

Agensi itu juga telah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% kepada peminjam dan ianya didakwa membebankan. Masalah yang dihadi peminjam ketika ini katanya berkaitan jumlah pinjaman mereka yang meningkat setiap tahun jika mereka tidak membuat pembayaran. Mereka juga tidak dibenarkan pergi ke luar negara jika tidak membuat pembayaran yang ditetapkan oleh PTPTN.

Sebahagian mereka menghadapi kesukaran untuk mendapat pinjaman lain khususnya pinjaman perniagaan. Selain PTPTN, masalah sama turut menimpa peminjam MARA yang ada diantara mereka terpaksa membayar balik jumlah pinjaman terlalu besar sehingga RM80 ribu.

"Pihak PTPTN pula sedang berusaha untuk membuat pindaan terhadap akta PTPTN  yang  berkemungkinan pada sidang parlimen akan datang bagi mengetatkan lagi kawalan pembayaran balik pinjaman. Tindakan ini sudah semestinya  akan memberikan lebih tekanan kepada mereka.

"Dalam usia mereka yang masih muda mereka telah dibebankan dengan hutang yang banyak. Hidup mereka menjadi tidak tenteram dengan hutang tersebut," tambahnya lagi. Menurutnya juga, pertemuan itu turut akan dihadiri ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang akan sama-sama mendengar rintihan mereka.

Semua pandangan mereka akan dirumuskan dalam persidangan meja bulat dan akan diserahkan kepada pihak kerajaan dalam sidang parlimen akan datang. Sehubungan itu, beliau menjemput semua peminjam PTPTN dan MARA untuk hadir ke program itu.

-/ harakahdaily

17 February 2011

Kompaun makin lewat makin tinggi bayaran.

PUTRAJAYA, 16 Feb — Mulai 1 Mac ini, pengguna jalan raya akan berhadapan dengan kadar kompaun baru saman kesalahan lalu lintas berikutan penyusunan semula kesalahan lalu lintas, yang dipersetujui Kabinet hari ini.
Kadar kompaun baru itu akan dikenakan kepada empat kategori kesalahan berbanding tiga kategori sebelum ini dengan kompaun minimum sebanyak RM40 dan maksimum RM300 bagi kelas kenderaan jenis motosikal 250cc dan ke bawah; dan kelas semua jenis kenderaan lain.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha (gambar) berkata kadar kompaun baru itu ditetapkan mengikut kelas kenderaan; tahap keseriusan dan jenis kesalahan.
“Ia juga akan menyaksikan nilai kompaun bertambah mengikut tempoh pembayaran kompaun berdasarkan kepada prinsip ‘The More You Delay, The More You Pay’ (Makin Lewat, Makin Banyak Perlu Dibayar)”, katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina di kementeriannya di sini.
Tempoh pembayaran dibahagi kepada tiga peringkat iaitu pembayaran pada hari pertama hingga hari ke-15, pada hari 16 hingga hari ke-30 dan pada hari ke-31 hingga hari ke-60.
Bagi saman-saman yang tidak diselesaikan selepas hari ke-60, saman-saman itu akan didaftarkan sebagai kes di mahkamah.
Kong berkata kompaun berganda akan dikenakan terhadap pemandu yang melakukan mana-mana kesalahan lalu lintas secara berulang.
“Kompaun berganda itu melibatkan kesalahan dalam kategori pertama, kedua dan ketiga atau kombinasi daripada mana-mana kesalahan daripada kategori tersebut sebanyak tiga kali atau lebih dalam tempoh dua bulan daripada tarikh melakukan kesalahan pertama,” jelasnya.
Kong berkata kadar kompaun bagi kategori pertama dikekalkan maksimum RM300 kerana ia melibatkan kesalahan-kesalahan yang menyumbang kepada kadar kemalangan jalan raya, kesesakan lalu lintas dan kesalahan berkaitan dengan perkhidmatan teksi.
Kadar sama dikenakan kepada kesalahan memandu melebihi daripada had laju, gagal mematuhi peraturan lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, mengekori kenderaan dengan rapat, memotong barisan, memandu di lorong kecemasan dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
“Kesalahan tersebut adalah serius dan perlu dikenakan kompaun yang lebih tinggi, berbanding dengan kesalahan-kesalahan kecil lain dan ia melibatkan semua jenis kenderaan termasuk motosikal,” kata menteri itu.
Bagi kategori-kategori yang lain, kadar kompaun adalah berdasarkan tempoh pembayaran dan mengikut tahap keseriusan sesuatu kesalahan.
Kong berkata kerajaan memberi pertimbangan kepada penunggang motosikal di bawah 250cc di mana mereka diberi kadar kompaun lebih rendah berbanding dengan lain-lain kenderaan kecuali bagi kesalahan kategori pertama.
Antara lain, Kong berkata Orang Kena Saman (OKS) tidak dikenakan mata demerit di bawah Sistem KEJARA sekiranya mereka menyelesaikan saman tertunggak dalam tiga bulan.
Kong berkata kadar kompaun baru dipersetujui oleh semua pihak berkepentingan termasuklah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan agensi-agensi berkaitan.
“Ia akan diselaraskan oleh semua agensi penguatkuasa termasuk Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya.
Mesyuarat yang diadakan bagi penyusunan semula kesalahan-kesalahan lalu lintas turut melibatkan Badan-badan Bukan Kerajaaan (NGO) dan syarikat insurans, katanya. — Bernama

06 January 2011

Minyak naik untuk bela korporat, rakyat melarat

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak RON 97 sebanyak 10 sen bermula tengah malam tadi dilihat untuk membela korporat dengan membiarkan rakyat hidup semakin melarat.
Sehubungan itu, PAS merakamkan perasaan sedih yang menimpa kepada rakyat Malaysia kerana terpaksa membayar kos hidup yang mahal dengan kenaikan harga minyak RON 97 sebanyak sepuluh sen menjadikan sekarang harga RM2.40 sen seliter bermula tengah malam 4 Januari 2011.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, sebelum pilihan raya kecil (PRK) Galas, minyak RON 97 naik 15 sen, selepas BN menang pilihanraya kecil RON 95 pula naik 5 sen.
Katanya, senario yang sama juga akan berlaku sebelum dan selepas PRK Tenang pada 30 Januari 2011 jika BN menang.