Ayat

"Dan orang-orang yg beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagi yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf , mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana."
" Allah menjanjikan kepada org-org yg mukmin lelaki dan perempuan akan mendapat syurga yang dibawahnya mengalir sungai2 kekal mereka didalamnya, dan mendapat tempat2 yg bagus di syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar. Itu adalah keberuntungan yang besar"....surah At Taubah. Ayat 71 dan 72

13 October 2009

Gambar Sekitar PRK Bagan Pinang 11/10/2009


SU Pemuda, Timb. KP dan P/SU kawasan sedang berbincang sesuatu.. Mungkin melihat aksi Puteri UMNO di depan sana.
Apa agak nak jadi dengan puak-puak BN ni.. Mungkin itu yang difikirkan oleh Ust Tadri
P/SU sempat juga berposing dengan Abang Mat Sabu
Tak habis berbincang lagi?... Atau bincang kat mana nak cari makan yang sedap-sedap kat sini.

Jalan nak menuju ke tempat pembuangan undi
P/SU dan salah seorang AJK PAS Kampar sedang membandingkan perut siapa yang besar dan dimarkahi oleh SU Pemuda kawasan.

Bersama Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Hassan Ali

Petugas-petugas dari kawasan Kampar telah menyertai kempen PRK Bagan Pinang pada 11/10/2009 dan hari mengundi kami diarahkan menjaga UPU Seliau di mana pengundi-pengundi di sini majoritinya kaum India. Walaupun PAS tewas dalam PRK kali ini tapi semangat kami tetap membara untuk menyertai mana-mana kempen PRK yang akan datang.

Walaupun Parti Islam kalah tapi kami sekali-kali tidak putus asa, kami tetap teruskan perjuangan murni ini sehingga titisan darah terakhir.

"KEMENANGAN DI DUNIA TIDAK BERMAKNA SEKIRANYA DISERTAI DENGAN KEMUNGKARAN,KEMAKSIATAN DAN KEZALIMAN,ORANG BERIMAN MENGHARAPKAN KEMENANGAN DI AKHIRAT YANG KEKAL ABADI...TAHNIAH KEPADA PEMUDA PAS KAMPAR YANG TERLIBAT DALAM PRK INI".
0 ulasan

05 October 2009

Suami Ketua Muslimat PAS Kampar Masuk hospital

by:Rajasedaka

Setelah 2 hari di maklumkan, baru petang tadi saya berkesempatan menziarahi Sdr Rosli Jamil yang terlantar di Wad Hospital Kampar. Beliau dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman akibat luka di tapak kaki. Walaupun tapak kaki beliau di balut, saya dapat melihat kakinya membengkak.

"Ini sudah surut bengkaknya!" beritahu Sdr Rosli.

Ketika saya sampai beliau sedang menggigil kesejukan kerana demam panas. Tidak lama saya berbual, jururawat datang untuk memberi rawatan.

Walaupun lawatan singkat saya bersama seorang teman hanya seketika, saya lihat sdr Rosli begitu bersemangat menerima tetamu. Saya menggunakan peluang yang ada melawat pesakit lain di wad tersebut. Ada yang diserang denggi, mengidap TB, pesakit Tekanan darah rendah dan sebagainya.

Saya memahami toleransi yang diberikan pihak hospital yang membenarkan lawatan waris pesakit di luar waktu lawatan jika tidak mengganggu pesakit dan petugas hospital. Saya mengucapkan tahniah kepada kakitangan hospital yang mesra pelawat itu.

30 September 2009

PRK Bagan Pinang: UMNO pilih calon korup!

Apabila desakan kuat penyokong akar umbi di Teluk Kemang, akhirnya UMNO tunduk untuk meletakkan Tan Sri Isa Samad sebagai Calon BN di PRK Bagan Pinang. UMNO tidak lagi menghormati pandangan dan nasihat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Segala nasihatnya dihumban jauh hingga Tun merajuk tidak mahu berkempen di Bagan Pinang.

Dengan sayu beliau berkata, "Beliau adalah calon parti, saya sokong. Pendapat peribadi saya tidak perlu diambil kira". Sedih mendengar rintihan Tun itu.

Mungkin orang luar tidak tahu kelebihan Isa Samad. Disamping auranya yang menggetarkan ramai, ia juga popular kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan kerana jasanya menjadi MB selama 25 tahun. Malah Teluk Kemang adalah kubu kuat beliau.

Walaupun ramai melihat najis politik wang yang terpalit di muka Isa Samad dengan pandangan yang jijik, UMNO tetap memilihnya.
Pemilihan Isa ini juga membuktikan bahawa transformasi yang mahu dilakukan oleh PM itu adalah janji palsu dan sekadar retorik untuk menyedapkan halwa telinga sahaja.

Ini bermakna, Umno masih lagi mahu membela dan memeliharan pemimpin-pemimpin yang korup dan tidak beramanah.
Ketika didapati bersalah kerana melanggar kod etika UMNO, beliau hanya menerima hukuman digantung selama 3 tahun dari UMNO. Beliau hanya berehat menikmati segala emolumen, pencen, dan faedah lain semasa khidmatnya dengan kerajaan. Beliau juga tidak dirujuk kepada BPR atau kini SPRM kerana mengamalkan rasuah.

Betullah, UMNO dulu , kini dan selamanya rasuah!

Terserahlah kepada pengundi pos yang terdiri daripada anggota tentera dan Polis untuk menentukan nasib Isa.

Mungkin ramai yang sudah melupakan kes rasuah beliau .

Di bawah diturunkan kisah itu.

Lembaga Disiplin Umno menggantung keahliannya selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) berhubung amalan politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004 selepas menangi jawatan naib presiden. Lembaga Disiplin UMNO dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau bersalah terhadap lima daripada sembilan pertuduhan politik wang .Antaranya membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.





20 September 2009

DURI DALAM DAGING

Semalam semasa suami balik dari surau, salah seorang AJK surau TAman Sentosa memberikan suami sampul surat yabg berisi satu set khutbah hari raya Idilfitri. Tengok-tengok cerita dia sama dengan slogan Hizbut Tahrir iaitu menegakkan Syariah dan Khilafah di Malaysia. Sebelum daripada ini, AJK Pas Kawasan dah menerima satu sampul surat berisi maklumat penubuhan Hazbut Tahrir. Minta berhati-hati kerana mereka pada asalnya adalah ahli PAS. Bezanya mereka ahli PAS yang sibuk sangat antaranya dengan business sehingga tidak pernah untuk hadir usrah khasnya di cawangan. Inilah bahananya jika bersama jamaah tetapi tak mahu ditarbiah. Ambil Islam dan tafsir ayat Quran ikut akal sahaja. Tetapi mereka ke kawasan yang tidak kuat PASnya dan mula ganggu dari dalam.

Quran menyebut:" mereka yang Allah kukuhkan kedudukan di muka bumi, mengajak manusia mendirikan solat, mengeluarkan zakat, suruh kebaikan dan cegah mungkar." Kalau nak memerintah kena ada kuasa, tak ada kuasa bagaimana nak buat? Apakah medium yang nak diguna pakai untuk mendapat kuasa? Nabi Muhammad pun berpolitik dan memilih pimpinan untuk memerintah bahkan Baginda seorang negarawan yang ulung. Jadi berhati-hati dengan mereka. Duri dalam daging ini cukup bahaya.

HARI KEMENANGAN

Salam idilfitri buat semua umat Islam di mana juga mereka berada. Dalam kemeriahan kita menyambut Syawal jangan kita lupakan sanak saudara, jiran tetangga kita yang memerlukan. Bayangkan ya, kita seorang dua tiga pasang baju baru, makan pelbagai jenis makanan, ayam, daging, kuih muih, biskut dan macam-macam ada. Kenangkanlah mereka yang tidak upaya, tidak mampu mengadakan semua ini kecuali yang asas sahaja. Itupun tidak mencukupi. Bersedekahlah semasa ada orang boleh menerima sedekah kita, berinfaqlah fi sabilillah semasa ada orang masih berjuang menegakkan agama Allah di muka bumi ini.

Kepada semua sahabat handai yang mengenali diri ini dan para blogger yang cukup aktif di Perak ini, Selamat Menyambut Hari Lebaran. Maaf jika ada kekasaran bahasa. Jihad Bagan Pinang menunggu kita. Masih ada ruang dan peluang untuk berinfaq !

14 September 2009

MDKS Pening

Foto dari Blog sendiri mau ingat

Beberapa banner dari Pakatan rakyat meraikan Ramadhan dan Ucapan Selamat Hari Raya yang dinaikkan di sekitar Kampar dan Gopeng telah diturunkan oleh Majlis Daerah Kinta Selatan (MDKS). Antara tempat yang didapati Banner Pas hilang ialah di simpang Malim Nawar, Jeram, Gopeng dan Pekan Kampar.

Apa pun alasannya, yang peliknya ialah banner Puteri UMNO pula dinaikkan menggantikan Banner PAS di Gopeng.

Sumbangan Aidil Fitri

Pimpinan Pakatan Rakyat bersama Pengarah Program, Tn Hj Supian

Pn Fatehah menyampaikan sumbangan

Antara yang hadir

Pada 13 September 2009, Dewan Muslimat dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Pas Kawasan Kampar dan DPP Kampar telah mengadakan program penyampaian sumbangan Hari Raya kepada orang miskin dan anak-anak yatim di Pusat Khidmat Masyarakat Tualang Sekah.

Sebanyak 110 beg beras dan RM 6000 telah diagih-agih kan kepada golongan ini. Selain itu, beberapa kotak pakaian terpakai juga disediakan untuk dipilih sendiri oleh mereka yang berkenan. Sumbangan telah disempurnakan oleh Pn Fatehah Datuk Seri Nizar yang mewakili ibunya yang tidak dapat hadir. Majlis juga diserikan dengan kehadiran pimpinan Pakatan Rakyat seperti Timbalan YDP PAS Kawasan, Ust Shuib Hussien, Adun Malim Nawar, YB Kasvinder dan Adun Simpang Pulai, YB Chan Min Kai.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka yang menerima sumbangan. Seorang penerima dari Ayer Hitam Labu yang dikenali dengan MakCik Konit dengan terharu menyatakan rasa syukur dengan sumbangan itu. Beliau yang telah tua dan sering uzur tinggal seorang diri memberitahu, dulu semasa masih kuat, beliau selalu pergi memancing tilapia di lombong untuk menyara diri. Kini beliau hanya mengharapkan bantuan anak-anak yang juga hidup susah.

13 September 2009

Rakyat Tolak BN



Oleh Rajasedaka

Samy Vellu yang masih kuat pengaruhnya pada MIC mengeluarkan kenyataan, rakyat tidak menolak MIC tetapi menolak BN pada PRU yang lalu. Kenyataan itu terbit ekoran kemenangan kem yang di sokong Tok Samy dalam pemilihan MIC.

Jawapan Tok Samy itu sama seperti jawapan Juha, si abu Nawas yang jatuh terguling. Bila ditanya kenapa awak jatuh, Juha menjawab baju dia yang jatuh. Habis kenapa awak yang terguling? Jawab Juha, sebab dia masih dalam baju itu!!.

Kalau betul Tok Samy tidak mahu ditolak rakyat pada PRU yang akan datang, cepat-cepatlah keluar dari BN. Mantan PM Tun Dr M juga menolak Tok Samy secara terang. Beliau menyokong kem Subramaniam yang menentang Tok Samy. PM 1Malaysia juga memberi amaran kepada Tok Samy supaya jangan sombong dan menunjukkan kekayaan, nanti ditolak rakyat...

Jika lambat bertindak, Tok Samy akan jatuh terguling dan tak akan mampu bangun balik....Masa itu, tiada alasan yang dapat membantu!

27 August 2009

Jangan gopoh laksana hukuman sebat - Presiden PAS

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.

Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.

Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.

Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.

"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.

Mengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.

Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya � kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 � 80 rotan jumlahnya, kata beliau.

Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat � samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya � adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

Sumber: Harakahdaily.net


26 August 2009

TAZKIRAH RAMADAN

Selamat berpuasa diucapkan kepada semua blogger di mana sahaja mereka berada. Moga puasa ini dapat menjana amal ibadat yang berlipat ganda. Golongan Muslimin muslimatlah yang paling bertuah atas dunia ini apabila tibanya bulan Ramadan. Bulan yang menjanjikan pelbagai 'bonus dan jualan murah' dan 'mega sale' di mana-mana tempat sama ada di rumah sendiri, surau, masjid dan lain-lain. Bulan inilah bulan yang dapat melatih dan mnertarbiah mental, fizikal dan rohani agar patuh kepada Allah dalam semua keadaan. Bagi yang baru balik dari 'jihad' di Permatang Pasir tahuniah diucapkan. Berjaya atau tidak bukanlah ukuran, tetapi kerja kuat semua peringkat dari semua parti komponen PR telah membuahkan kejayaan yang amat bermakna kepada kita para pendokong Jamaah Islam. Masing-masing punya habuan yang tersendiri mengikut niat dan berat ringan kerja yang dilaksanakan.

Teringat saya tentang tazkirah yang disampaikan oleh SU Lajnah Tarbiah Negeri Perak Ustaz Dahlan pada malam kedua Ramadan minggu lepas. Cukup sedap kupasan mengenai mereka yang tidak mahu mendengar tazkirah di bulan mulia ini. Mereka ini disifatkan Allah akan menghadapi kehidupan yang kacau bilau. Semua perkara yang dilakukan tidak mendatangkan kebaikan atau nilai mata di akhirat. Nampak di atas dunia tidak ada masalah anak-anak menjadi, kehidupan mewah dengan rumah dan kereta besar. Tidak pernah pula diuji dengan sakit demam yang kritikal. Jadi tidak ada petanda apa yang mereka lakukan, sebagai balasan atau amaran Allah.

Kumpulan yang berpaling dari mengingati Allah ini akan Allah dibangkitkan dalam keadaan buta. Berhujahlah kumpulan ini di hadapan Allah dengan soalan : kenapa kamu bangkitkan kami dalam keadaan buta sedangkan kami semasa di dunia dulu dalam keadaan celik ?

Mereka inilah orang-orang yang tidak percaya ayat-ayat Allah dan mendustakannya. Para mufassirin menyebut bahawa mereka dusta dengan apa yang diturunkan itu bermaksud tidak yakin dengan aqidah dan syariah Allah.

Allah SWT. juga telah melabelkan orang yang engkar dengan undang-undang dan peraturan Allah sebagai binatang ternakan iaitu seperti babi, lembu, kerbau dll. Siapakah mereka itu?
Mereka itu ialah orang mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti tentang kebenaran ayat-ayat Allah, ada telinga tetapi tidak mendengar kebenaran yang disampaikan, ada mata tetapi tidak mahu melihat tanda-tanda kekuasaan Allah di muka bumi, mereka ini adalah seperti binatang ternakan bahkan lebih sesat.

Oleh itu kata Ustaz lagi, bagi penghuni Taman Sentosa dan yang berdekatan, dengarlah seruan dakwah ini kerana beliau telah menyampaikan. AJK Surau pun telah menjalankan amanah dengan menganjurkan tazkirah agar muslimin muslimat setempat memahami tuntutan Islam ke atas mereka khususnya sepanjang bulan Ramadan ini.

Banyakkan ibadat sunat disamping menjaga ibadat khusus. Pahalanya sangat banyak. Bonus berlipat ganda. Bagi kaum HAWA pula jangan nampak bonus jualan murah di Super Market dan gedung kain juga kedai intan berlian sahaja. Belilah jika diperlukan ala kadar. Ingatlah tanggungjawab kita amat berat dalam melaksanakan tugas dan tuntutan Allah. SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA!

PAS Menang Lagi

Keputusan rasmi yang dikeluarkan SPR pada pukul 7.30 malam tadi memang sudah dijangka. Rakyat telah menolak BN walaupun diwar-warkan Permatang Pasir sebagai Anak Emas kerajaan BN. Kemenangan bergaya PAS kali ini sangat bermakna selepas menang tipis di Manek Urai dan kempen UMNO yang memperalatkan media, polis, askar dan kemudahan kerajaan seperti sekolah, hospital dan kenderaan kerajaan.


Keputusan Rasmi Prk N11 Permatang Pasir

Mohd Salleh Man (PAS) : 9618
Rohaizat Othman (BN) : 5067
Majoriti : 4551
Undi Rosak : 83
Jumlah keluar Mengundi ; 14,832 (73.1 %)

Peratus keluar mengundi boleh ditingkatkan jika SPR memilih hari mengundi pada hari cuti. Tahniah kepada semua petugas, pengundi dan pimpinan Parti Pakatan Rakyat.

18 August 2009

ULAMA VS ULAMA

Baru semalam saya berbincang dengan suami apa yang bakal dijawab oleh mereka yang pro UMNO. Hari ini hampir 5 minit berita jam 8 malam memaparkan jawapan-jawapan mereka berkaitan kata-kata Tok Guru tentang penyokong UMNO. Tok Guru kata para penyokong fahaman UMNO yang memisahkan urusan ugama dan pemerintahan . Beliau tidak menyebut tentang ahli UMNO. Hal berkaitan masuk syurga dan neraka bukan urusan manusia, tetapi urusan Allah Taala. Tetapi sebagai manusia yang bergelar ulama walaupun Tok Guru tidak pernah mengaku dirinya ulama berkata berdasarkan ilmu beliau. Ciri-ciri seseorang itu ahli neraka memang boleh dilihat dari cara hidup dan amal ibadat yang dilakukan. Itu secara luaran sahaja. Kalau seseorang itu ikhlas amalkan cara hidup Islam tentulah mereka tidak akan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan ajaran agama.
Kalau kita membaca buku 20 perkara yang menyebabkan iman seseorang terbatal kita akan faham. Mufti Perak pun turut membaca media arus perdana milik UMNO yang sudah tentu tidak akan menulis berita yang benar. Banyak sangat berita yang dimuatkan di dalam akhbar mereka yang salah atau sengaja diputarbelitkan. Bahkan akhbar yang berkenaan telah pun memohon maaf dari Tuan Guru. Takkanlah seorang mufti hanya mengambil sikap "tabayyun" atau mengenalpasti kesahihan berita dari akhbar yang begitu? Rujuklah tuan punya tubuh untuk mendapatkan kepastiaan. Bukankah Allah telah mengajar kita bahawa
ان جاءكم فاسق بنبأ فتبينوا أن تصيبوا قوما بجهالة فتصبحوا علي ما فعلتم نادمين .
Begitu juga dengan jawapan Menteri Agama Datuk Zahid Hamidi,"... hanya mereka yang beriman dan bertaqwa sahaja yang akan masuk syurga". Apakah erti iman itu dan apakah maksud taqwa itu. Bukankah iman itu pengakuan dengan hati, ikrar dengan lidah dan beramal dengan perbuatan? Amal dengan perbuatan itu cukupkah dengan rukun Islam yang lima? Islam dibina di atas asas lima perkara. Maknanya banyak lagi cabang-cabang amalan yang berada di bawah lima perkara tadi.
Saya minta Datuk belajar dan bertanyalah dari Datuk Dr.Mashitah Ibrahim house mate saya semasa di Mesir dulu. Saya masih ingat lagi diantara kata-kata beliau semasa kami sama-sama bermunaqasyah untuk peperiksaan di Uni. Al Azhar bahawa ,..."tanda-tanda ilmu yang tidak diberkati Allah ialah kita tidak mengamalkan ilmu kita untuk kebaikan dunia dan akhirat. Masa tu terjadilah fitnah ilmu. Beliau menambah lagi dengan membahasakan dirinya Kak Shitah, bahawa dia takut kerana "kitmanulilmi syaitaon akhros". Sembunyi ilmu yang benar jadi syaitan bisu nanti.
TAQWA
Taqwa kepada Allah dengan melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang dalam semua aspek kehidupan. Dalam politik, ekonomi, pendidikan, sosio - budaya dan lain-lain. Adakah dasar parti UMNO mengikut dasar Islam. Kalau kita sebagai kerajaan, mengaku Malaysia sebagai Daulah Malizia seperti yang disebut semasa Musabaqah Tilawah al Quran baru-baru ini. Sepatutnya sebagai kerajaan, berilah kefahaman kepada semua parti yang dianggotai oleh semua bangsa bahawa Islam itu cantik. Islam itu tertinggi dan tidak ada yang lebih tinggi dan mulia darinya. Apa yang pemimpin Malaysia lakukan 50 tahun yang lalu untuk memahamkan rakyat-rakyat sama ada Melayu atau bukan Melayu.
Nabi Mohammad SAW berbangsa arab dan nabi sayang bangsa Arab, tetapi Baginda tidak berjuang di atas dasar bangsa Arab dan Baginda memusuhi ideologi dan pegangan bapa saudaranya Abu Talib bukan kerana bangsa, tetapi kerana aqidah. Abu Talib merupakan bangsa Arab yang engkarkan Allah kerana tidak menerima ajaran Islam hingga ke akhir hayat. Adakah Nabi Mohammad seorang yang khianat bangsa Arab?
Wahai rakan-rakan seagama sekelian ! Allah menyuruh kita berpegang teguh dengan tali Allah iaitu agama Islam yang dditurunkan oleh Allah kepada Nabi Mohammad, sekarang kitab mana yang orang UMNO pakai untuk mengatakan dasar dan amalan mereka tidak bercanggah dengan agama.
Tengoklah cara membendung H1N1, sepatutnya kalau mengikut hadis, penyakit yang berjangkit seperti taun cara membendungnya ialah "ika kamu berada di bumi yang terkena wabak jangan kamu keluar darinya, jika kamu berada di negeri yang belum dijangkiti jangan kamu pergi ke negeri tersebut". Begitulah mafhumnya lebih kurang.
Rasulullah meninggalkan dua harta pesaka yang amat bernilai iaitu al Quran dan SunnahNya. Sesiapa yang berpegang teguh dengan kedua-duanya tidak akan sesat selama-lamanya.
Apa rahsia nabi menggunakan "Lan Tadhillu abada". Perkataan "Lan" dalam Bahasa Arab menunjukkan bahawa nafi selama-lamanya. Selamanya tidak akan tersesat. Saya yakin bahawa
Ustaz Jamil Khir Baharum cukup arif dengan bab ini. InsyaAllah beliau tidak akan menyanggah fakta ini.

16 August 2009

PERJUMPAAN BLOGGERS - KEM HANIFA, GOPENG

Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah menganjurkan satu perjumpaan bloggers PAS negeri Perak bertempat di Kem Hanifa (dulu dikenali sebagai Dusun Pak Kholil) . Himpunan santai itu diadakan pada 15 Ogos, 2009 jam 3 petang. Turut hadir ialah ADUN Titi Serong, Drs. Kahlil Idham Lim dan Dr.Khairudin Datuk Abdul Malik, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri. Program tersebut dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Ustaz Abu Bakar. Al Fadhil Ustaz antara lain menyebut bahawa bloggers merupakan pada pendakwah. Oleh itu, berita yang ditulis mestilah tepat dan benar. Jangan sekali-kali berbohong. Jangan jadi seperti pemimpin UMNO, tiap-tiap hari berita yang dimuatkan dalam media cetak dan elektronik milik mereka tidak boleh dipercayai. Semua kenyataan pimpinan kita diputarbelit.

Dua malam lepas semasa sedang menonton TV sepintas lalu, Muhyidin Yasin mengumumkan yang UMNO akan menggunakan taktik dan strategi yang sama di Permatang Pasir seperti yang pernah mereka lakukan di Manik Urai.

Nanti berbondong-bondonglah kaum wanita ke kedai-kedai emas dan anak-anak muda ke kedai telefon bimbit selepas hari mengundi. Ini kerana UMNO ingin memenuhi janji mereka kerana mengundi UMNO dalam PRK Manik Urai. Hairan juga kita ya, kenapa masa depan Islam dan negara digadai demi habuan duniawi seperti emas dan telefon bimbit yang hanya akan lenyap tidak berapa lama. Rasuah pilihanraya akan berkumandanglah di mana-mana. Entah jambatan apa pula akan diberikan kepada pengundi di sana.

Sambung Ustaz Abu Bakar lagi bahawa para blogger perlu mendapat berita yang benar dan sahih dari sumber yang boleh dipercayai. Kerana apa yang kita tulis tidak hanya terhenti di dalam blog sahaja tetapi akan dinilai oleh Allah Taala di akhirat.

Elakkan dari menghina dan menghentam membuta tuli. Bercakaplah dengan nada yang baik dan penuh hikmah kerana Allah memerintah Nabi Allah Musa dan Harun untuk menyampaikan dakwah kepadanya, Allah berfirman :
اذهبا الي فرعون انه طغي
dan dihujung ayat Allah mengarahkan kedua-dua nabi ini agar berkata dengan kata-kata yang lunak. Walaupun kita perlu menggunakan kata-kata yang baik semasa menyampaikan mesej dakwah tetapi tidak bererti jika kita dihina kita tidak boleh mempertahankan diri. Inilah gunanya jika para blogger mempunyai ilmu. Tahu untuk berhujah dan berdebat dengan cara profesional dan ilmiah. Inilah yang diutarakan oleh Dr.Kahirudin bahawa para blogger PAS perlu menguasai pelbagai bahasa asing seperti Inggeris, Cina dan Tamil untuk menyebarkan maklumat kepada semua melalui media alternatif ini.

Perjumpaan ini dihadiri oleh 27 orang bloggers yang mewakili tiap-tiap kawasan. Diakhir sesi para blogger diminta memperkenalkan diri masing-masing. Program tamat pada jam 5 petang dan para hadirin dijemput menikmati buah durian yang dibawa oleh YB Khalil Idham Lim dari Parit. Semoga perjumpaan ini membuka minda dan jiwa kita untuk terus menyebarkan dakwah, fahaman dan dasar perjuangan PAS kepada semua sama ada ahli dan para penyokong.

15 August 2009

Hina Islam?



Kenapa Datuk Shahrizat begitu marah dengan Tuan Guru? Selama 50 tahun orang bukan Islam di Malaysia berada di bawah naungan kerajaan BN mengapa mereka tidak memberi memahamkan orang non Muslim tentang Islam secara keseluruhannya? Kononnya Tuan Guru tidak peka dan tidak marah dengan kenyataan orang yang menghina Islam. Kalau non Muslim tak faham tak janggal kerana dalam era Pakatan Rakyatlah mereka mula memahami ajaran dan ciri-ciri agama Islam.

Wahai Datuk Shahrizat, tidak mengamalkan hukum hakam dan peraturan yang Islam gariskan iti juga menghina Islam. Yang bercakap tu tudung separuh kepala saja. Sedangkan ayat mengenai kewajipan bertudung dan menutup aurat ada dalam surah an Nur. Itu tak hina Islam namanya.

Tidak memberi royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sedangkan dah sah telaga minyak tu berada hanya 150 km dari Pengkalan Kubur. Apakah itu tidak zalim. Iti hak rakyat. Seperti mana rakyat Terengganu, Sarawak dan Sabah boleh menikmati hasil mahsul negeri maka begitu juga Kelantan. Kenapa dinafikan hak mereka. Bila Kelantan tak maju seperti negeri lain walaupun Kelantan bukan negeri yang termiskin, dikatakan Tuan Guru tak pandai memerintah.
Berlaku adillah wahai pimpina BN.
اعدلوا هو أقرب للتقوي
Allah berfirman : berlaku adillah kerana adil itu lebih hampir kepada taqwa.

Kalau ada pula non Muslim baca ayat ini seperti yang berlaku dulu marahkan mereka. Tetapi apa sumbangan kita, orang Islam untuk memahamkan mereka tentang norma-norma dan tuntutan Islam, kalau bukan kita?. Kalau pimpinan BN pun tak faham maka pergilah menuntut ilmu dari mana-mana guru yang muktabar dan ulama' baik. Insya Allah mudah-mudahan Allah beri kefahaman kepada kita semua.

02 August 2009

SEKELUMIT UJIAN

Alhamdulillah, himpunan mansuhkan ISA telah berlalu. Kerajaan sedang memerhatikan impak dari peristiwa bersejarah ini. Kalau ikut para peniaga semuanya tidak menguntungkan. Mereka masih belum menyedari bahawa perjuangan orang ramai dari pelbagai lapisan umur dan datang dari ceruk rantauhanya dengan satu tujuan iaitu untuk sama-sama menunjukkan perasaan tidak suka dan tidak puas hati terhadap akta yang hampir 50 tahun bertapak di Malaysia.
Apa yang mereka lakukan wahai para peniaga dan usahawan adalah sesuatu yang tidak bercanggah dengan perlembagaan dan agama. Bahkan anggota keselamatan sepatutnya melindungi orang awam dari dicabul dan diperlakukan dengan ganas. Ledakan manusia yang datang tanpa senjata tetapi hanya membawa kain rentang, air, baju hitam atau merah, topi dan lain-lain yang sama sekali tidak membahayakan sesiapa. Dalam masa yang sama pihak keselamatan berhadapan dengan golongan Ah Long, Mat Rempit, peragut, perogol, penyamun pecah rumah, penyeldup dadah, pembunuh tetapi atas arahan maka tumpuan mereka kepada golongan yang tidak melakukan kesalahan. Inilah negara Malaysia yang dikatakan aman dan damai.

Apayang menyedihkan ada remaja berumur 16 tahun ditahan reman 4 hari. 2 remaja lain pula masing-masing berumur 13 tahun bukan setakat bermalam di lokap tetapi tidak diberi makan. Apakah tujuan pihak keselamatan berbuat demikian. Inikah slogan 'One Malaysia' yang dilaungkan oleh PM dan semua pimpinan Barisan Nasional. Inikah tandanya rakyat didahulukan atau hanya kroni didahulukan? Suami antara mereka yang ditahan di Jalan Kinabalu berdekatan dengan Bank Negara. Mereka ditangkap bersama dengan Dr.Mujahid dan beberapa orang piminan lain.
Sudahlah mata pedih dengan gas pemedih mata, badan pula panas dan pedih dengan semburan air dari water canon yang mengandungi asid. Bayangkan apa yang berlaku kepada golongan warga emas dan kaum wanita. Menggelupur kesakitan. Suami melihat di depan mata bagaimana seorang budak lelaki seusia 11 tahun lebih kurang disepak oleh polis. Berguling-guling remaja berkenaan.
Semasa berada di Kem Tahanan FRU Cheras mereka disergah oleh pihak berkuasa. Ada yang bercakap dengan nada yang sombong dan keras. Beginikah profesionalismanya pihak keselamatan wahai Datuk Hishamuddin ? Jika tidak ada kesalahan, lepaskan sahaja orang ramai yang ditahan itu. Akhir sekali setelah ditanya maklumat peribadi, masing-masing dilepaskan pada waktu maghrib kecuali 63 orang yang dihantar ke pelbagai lokasi yang tertentu.
Begitulah sekelumit ujian Allah untuk hambaNya yang terpilih. Allah menguji hambaNya yang Dia suka. Mudah-mudahan ujian yang sekelumit ini mampu memberi daya tahan dan daya juang lebih kental di masa akan datang.

01 August 2009

ISA - AKTA ZALIM

Alhamdulilah, hari ini seperti yang telah dirancang setahun yang lalu Himpunan Mansuhkan ISA(GMI) berjaya diadakan. Walaupun perhimpunan secara aman, dijamin oleh perlembagaan kita tetapi nampaknya perhimpunan ini bertukar menjadi ganas. Berpuluh-puluh NGO dan parti-parti politik serta indivitu turut serta. Diberitakan hampir 100 ribu hadir dengan pelbagai cara dan saluran untuk sama-sama melahirkan perasaan tidak puas hati kepada pemerintah bahawa akta ISA ini adalah akta yang amat zalim dan sudah tidak sesuai lagi kini. Yang membanggakan kita pimpinan Gerakan pun sama-sama menolak akta zalim ini. Cuma mereka tidak sempat menghantar memorandum mereka kepada pihak Istana Negara. FRU dan pihak SB berpusu-pusu mengepung, menangkap, menyembur gas pemedih mata dan tidak kurang mereka yang terlibat, dipukul untuk meleraikan himpunan. Apa pun yang dilakukan, semangat para mujahid ini cukup kental. Bukan semua mereka yang hadir berdemontrasi ini mempunyai sanak saudara yang di 'ISA'kan, tetapi atas kesedaran mereka yang tinggi, bahawa akta yang zalim ini mesti sama-sama dihapuskan. "Toiong menolonglah kamu untuk kebaikan ..."
Allah berpesan kepada kita lagi bahawa : "janganlah kamu cenderung kepada mereka yang melakukan kezaliman, kelak kamu akan disambar api neraka."

Kata Datuk Zahid Hamid, dia pun pernah kena tahun 1998 dulu. Mereka yang ditahan dalam ISA cuma untuk disoal siasat sebelum dibawa ke mahkamah. Adakah tempoh tahanan reman untuk disoal siasat menjangkau 8 tahun? Itu yang berlaku kepada salah seorang ahli PAS Mat Sah yang masih ditahan kini di Kamunting. Bercakaplah berdasarkan fakta. Jangan cuba mengabui mata orang ramai dan rakyat Malaysia. Dalam undang-undang Islam kesalahan dibuktikan di mahkamah dengan bukti-bukti yang nyata dan saksi yang boleh dipercayai atau adil. Jika tidak ada bukti nyata tentang kesalahan seseorang, mereka wajar sangat dibebaskan. Jadi undang-undang apa yang digunakan di dalam ISA ini wahai Datuk? Untuk menjamin kestabilan ekonomi dan politik katanya. Fikirkanlah sama-sama. Berilah sokongan kepada mereka yang ditahan pada hari ini. Doakanlah supaya mereka ditetapkan pendirian dan diteguhkan iman. Hapuskan ISA !!

30 July 2009

HUJAH 28 JULAI

Meremang bulu roma saya apabila mendengar dua panelis yang dijemput dalam rancangan HUJAH di TV malam Selasa lepas. Kedua-dua ahli panel merumuskan antara lain ialah :
- undang-undang di Malaysia masih menggunakan undang-undang British sebelum dari merdeka
- mengapa tidak ada common law yang berwajah Malaysia(pada tafsiran penulis ialah undang- undang yang dibuat mengikut acuan Malaysia mengambil kira hak dan kepentingan orang Melayu yang bergama Islam)

- mengapa zaman Natrah dulu orang Melayu yang beragama Islam amat mengambil berat tentang isu murtad ? Kenapa sekarang orang Melayu merelakan diri untuk dimurtadkan contohnya Lina Joy. Itu kata Datin Fatini Yaakub.

- Apa yang jelas rumusan mereka ialah apakah peranan kerajaan yang ada pada hari ini lakukan untuk menghalang umat Islam dari dimurtadkan.

- Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamarudin Dekan Kulliyyah Undang-undang UIA menegaskan bahawa kita ingin melihat Malaysia dipimpin oleh syariah. Kita banyak bijak pandai dalam pelbagai bidang khususnya bidang syariah dan undang-undang. Rujuklah kepada mereka kerana kita tidak akan sesat jalan jika ulama' yang inginkan kebenaran dijadikan pembimbing dan penunjuk jalan.

- Oleh itu, marilah bersatu atas dasar Islam kerana agama yang diredoi di sisi Allah ialah Islam.

BEZA DUA KEMATIAN

Salam buat rakan yang budiman! Dikedinginan malam, tak dapat ku lelapkan mata. Terkenangkan pelbagai peristiwa pelik bin ajaib sejak akhir-akhir ini. 16 Julai yang lalu kita dikejutkan dengan satu insiden yang cukup memilukan. Mendiang Teoh ditemui mati. Ada kata membunuh diri, ada kata kena bunuh. Ada yang kata dah mati baru dicampak ke bawah. Macam-macam andaian. Tetapi selagi pihak suruhanjaya diraja yang menyiasat kes ini tidak mengumumkan dapatannya, maka andaian itu tinggal andaian. Apa matlamat hidup Teoh dan apakah niat beliau bersama Pakatan Rakyat ? Kematian beliau akan disanjung dan dikenang jika perjuangannya untuk memberi kebaikan dan keadilan kepada rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Tanggal 26 Julai, jam 11.25 malam pula kita dikejutkan dengan kembali ke rahmatullah Al Marhumah Yasmin Ahmad. Seorang pengarah filem terkenal. Tersohor bukan saja di bumi Malaysia, tetapi sampai keluar negara. Setiap yang bernafas pasti menemui ajalnya.

كل نفس ذائقة الموت dan
فاذا جاء أجلهم لا يستأخرون ساعة ولا يستقدمون
Apabila sampai ajal seseorang itu maka tidak akan terlewat atau tercepat walau sesaat.
Sebagai insan Muslim, semua perkara yang dilakukan mesti berlandaskan dan berpandukan agama. Nak berkarya, berlakun, mengarah, menari, menyanyi semuanya mesti berlandaskan agama. Kalau menyimpang dari landasan agama maka akan ditolak. Atas dunia bila ditolak tak menang anugerah. Di akhirat kalau ditolak oleh Allah amalan kita, maka tahulah di mana tempatnya. Oleh itu marilah kita sama-sama bermuhasabah dan saling ingat mengingati kerana fitrah manusia seringkali lalai dan alpa. Nasihat buat insan seni yang masih lagi berada dipuncak agar rujuklah pakar-pakar agama agar apa yang kalian lakukan tidak menyimpang dari hukum Allah Taala dan peraturanNya. Rasulullah telah tinggalkan kita dengan dua khazanah yang amat penting . Hayatilah hadis ini :
تركت فيكم أمرين ما ان تمسكتم بهما لن تضلوا أبدا كتاب الله وسنة نبيه

26 July 2009

BN semakin goyang.

Oleh Raja Sedaka.

Kedudukan BN sebagai parti pemerintah semakin goyang menjelang PRU 13. Jika bekas naib presiden MCA Datuk Chua Ju Meng telah menyertai Pakatan Rakyat, semalam Datuk S.S Subramaniam, bekas Naib presiden MIC pula telah menyertai PKR, bersama-sama sejumlah pengikutnya.

Masa yang akan menentukan giliran naib presiden Gerakan Huan Cheng Guan pula menyertai PKR setelah beliau yang kini digantung 3 tahun oleh partinya telah berjinak-jinak dengan pimpinan PKR.

Beberapa isu yang semakin menjerut BN seperti kes kematian misteri TBH (Teoh Beng Hock), kenaikan harga tambang pengangkutan awam, ISA, PPSMI dan kes-kes rasuah pimpinan BN telah membuatkan rakyat mula mengintai kelebihan menyertai Pakatan Rakyat.

Kerajaan BN Perak juga berada di ambang kehancuran. Disamping pening dengan kelincahan YB Jamaludin bermain politik dengan BN kerana beliau menjadi penentu hidup mati BN di Perak, kerajaan BN Perak juga menyaksi pertingkahan antara MB UMNO dan Mantan MB UMNO.

14 July 2009

SYUKUR KEPADAMU YA ALLAH!

Alhamdulillah , hanya pujian bagi Allah tuhan semesta alam. Sudah ditakdirkan bahawa PAS akan memenangi Pilihanraya Manik Urai kali ini. Allah maha mengetahui mengapa PAS diberi kemenangan dan mengapa PAS hanya menang dengan majoriti tipis. Kemenangan merupakan ujian Allah Taala kepada setiap hambaNya. Apa tujuan Allah jadikan kehidupan kita kalau bukan untuk menguji sejauh mana ketaatan kita kepada Nya?

Jangan leka lagi wahai muslimat sekelian. Bangun dan bekerjalah bersungguh-sungguh kerana kejayaan tidak akan datang bergolek. Hadirilah program yang dirancang sama ada di peringkat cawangan, kawasan atau negeri. Jangan muslimat hanya berminat dengan qiamulail sahaja. Kerja pengurusan dalam jamaah, kerja pilihanraya semuanya sama penting.

Tak sempurna satu perkara walau kurang penting, maka semua perkara yang penting tidak akan sempurna. Bagi yang sudah agak lanjut usia atau warga emas bangunlah untuk solat malam dan bermunajat. Yang agak muda bukan setakat bangun malam tetapi hadirkan diri dalam pelbagai program sama ada berkaitan pilihanraya, tarbiah, penerangan dan makmurkan aktiviti kebajikan di semua peringkat. Ingat muslimat semua, perjuangan mendaulatkan agama Allah di muka bumi wajib dan dituntut. Jika kamu membantu menyebarkembangkan agama Allah di muka bumi Allah akan membantu kamu dalam apa jua perkara dan mengukuhkan pendirian kamu.

Pendirian yang kukuh amat penting dalam perjuangan kita. Jangan bila dah pegang jawatan dalam kerajaan, dah digula-gulakan oleh pangkat dan segala imbuhan maka pendirian kita goyang bak lalang dipuput angin. Tetapkan pendirian anda semua. Tahu matlamat yang hendak dituju. Selalulah bermuhasabah diri.Jinakkan diri dengan al Quran dan ilmu pengetahuan berkaitan dan juga tak kurang penting memahami isu semasa supaya kita boleh memberi info kepada sahabat kita walau berlainan fahaman tentang visi dan misi perjuangan Islam melalui PAS.

Bangun wahai muslimat semua. Hadirkan diri anda ke IJTIMAKAMILIN di Markas Air Kuning Taiping pada 19 Julai, 2009. Jam 8 - 12.30 tengahari. Sebelah petang pula sesi Ketua muslimat-ketua muslimat dengan setiusah kawasan-kawasan. Terus mara untuk menghadapi pelbagai kemungkinan di negeri Perak khususnya.

13 July 2009

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

Sejak Muktamar Pusat sampai sekarang blog ini tak sempat diupdate. Maap banyak-banyak. Itulah muslimat semua, masa ibarat pedang. Tak pandai kita uruskan masa berlalu begitu sahaja. Mudah-mudahan masa yang berlalu terisi dengan aktiviti yang berfaedah untuk semua. Masa cuti lepas sempat buat satu saja program Muslimat iaitu takloimat HPA. Baru-baru ini buat program Motivasi Muslimat under Lajnah Penerangan iaitu pada 5 Julai yang lalu. Penceramah yang diundang ialah Puan Suhaiza Shuib Pengarah Pilihanraya Negeri. Betullah apa yang dikatakan oleh beliau ziarah mengukuhkan ukhuwwah dalam kalangan ahli di cawangan amat penting. Kalau mereka tidak aktif maka kawasan dipersalahkan kerana kawasanlah mentornya. Kalau kawasan tidak aktif pula, Muslimat Negeri kena pandang-pandang le apa sebabnya. Kadang-kadang silap teknik mendekati ahli cawangan ni pun menyebabkan cawangan bukan semakin berkembang tetapi semakin menguncup. Kami di Kampar dah mula untuk menziarahi cawangan. Petang semalam sempat ziarah rumah Ketua Cawangan Tg Tualang dan Batu 7. Dapat berjumpa dengan isteri masing-masing. Insya Allah akan disusuli dengan ziarah ukhuwwah dalam masa yang terdekat ini. UntukMuslimat Kampar, jemputan untuk menghadiri Program Lajnah Tarbiah iaitu Qiamullail di Markas Taman Melayu Jaya bermula petang Jumaat 17 Julai. Jemputlah datang . Makmurkanlah aktiviti yang menjana minda dan rohani yang cemerlang... Mudah-mudahan segala dosa kita diampun oleh Allah.

14 June 2009

ZIARAH LAJNAH KEBAJIKAN

Hari ini, 14 Jun 2009 Ketua Muslimat ditemani beberapa AJK Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Kampar telah menzirahi satu keluarga saudara baru yang telah memeluk Islam 16 tahun yang lalu. Beliau tinggal di Kg Batu Berangkai, Kampar. Beliau ialah Puan Siti Fatimah bt Abdullah yang memeluk Islam 16 tahun yang lalu. Inilah kunjungan kedua Muslimat ke kediaman beliau selepas kunjungan pertama pada bulan puasa tahun lalu. Kehidupannya yang serba kekurangan di pondok yang kecil bersama seorang anak perempuannya yang masih belum menganut Islam. Anak perempuan tersebut yang menjaga beliau dengan pendapatan tidak tetap sebagai penoreh getah. Beliau memiliki 2 lagi anak iaitu Pn Nurulhuda Abdullah yang telah berkahwin dan tinggal di Pondok Pak Teh Grik. Seorang anak lelaki beliau juga tinggal di Batu Berangkai. Kepada para Muslimat yang berada di Kampar atau di mana saja, hayatilah hadis Rasulullah SAW :

من لم يهتم بأمور المؤمنين فليس منهم

Dan sabda Baginda lagi : المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بغضهم بعضا

Mereka yang beriman di antara satu sama lain saling bantu membantu , seolah-olah satu binaan yang kukuh. Macam mana binaan nak kukuh jika kita tidak pernah mengambil berat hal orang Islam lain atau jarang-jarang pedulikan mereka.

Kita sepatutnya mengambil berat dengan saudara baru sama ada yang baru memeluk Islam atau yang sudah lama. Nak diharapkan Majlis Agama Islam kadang-kadang sudah 'lost contact'. Mak Cik ini pun sudah bertahun tidak mendapat apa-apa bantuan dari Majlis Agama Islam. Ini peluang kita untuk pulihkan hubungan ukhuwwah sesama Islam. Sesuai dengan gagasan yang dibawa dalam muktamar PAS ke 55 yang lalu supaya semua ahli PAS dari pimpinan hingga ke akar umbi disarankan agar merperkasakan urusan berkaitan tarbiah dan dakwah. Malah ukhuwwah di kalangan kita ahli PAS pun mesti diperkukuhkankan. Lipatgandakan ziarah kebajikan, tarbiah dan dakwah di kawasan masing-masing. Inilah medium yang berkesan untuk mengajak sesiapa sahaja mendekati Islam. Carilah peluang untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara kita agar matlamat perjuangan kita sentiasa dalam peliharaan Allah.

LAJNAH EKONOMI MUSLIMAT KAMPAR

Baru-baru ini iaitu pada 9 Jun 2009 bertempat di Markaz TAman Melayu Jaya, Lajnah Ekonomi Muslimat PAS Kampar telah mengadakan satu taklimat usahawan berkaitan produk HPA. Taklimat berkenaan disampaikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Tanjung MalimPuan Harisah Sidek. Seramai 25 orang ahli PAS dalam kalangan AJK kawasan dan cawangan hadir dalam taklimat tersebut. Penceramah yang merupakan aktivis PAS di Kawasan Tg Malim, juga bergiat cergas dalam bidang ekonomi khususnya di sekitar Tg.Malim dan Sim River. Beliau yang telah memiliki sebuah premis menjual produk HPA, rangkaian kedai emas dan Hub Halalnya, menegaskan bahawa amat perlu bagi Muslimat khususnya untuk menjana sumber ekonomi sendiri disamping sumbangan dari individu yang menyokong perjuangan ini. Pelbagai maklumat dan input telah disampaikan pada taklimat tersebut. Majlis berkenaan diakhiri dengan sesi soal jawab berkaitan produk HPA dan barangan HALAL. Dewan Muslimat PAS Kampar telah memutuskan untuk menjadikan SU Muslimat Kawasan sebagai peneraju kepada program mencari dana ini. Bagi AJK Muslimat Kawasan dan cawangan serta ahli2PAS dialu-alukan untuk sama-sama mengembangkan perniagaan ini dengan menjadi ahli HPA. Setiap keuntungan dari belian kita akan disumbangkan secara langsung kepada Dewan Muslimat. Bersama menyumbang ke arah kegemilangan jamaah PAS melalui bidang ekonomi. Sabda Rasulullah SAW : 9 par 10 sumber rezeki daripada perniagaan. Ayuh bersama-sama menggerakkan ekonomi ummah.

13 June 2009

BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT

Alhamdulillah, muktamar tahunan PAS kali ke55 telah berlalu. Mereka yang telah dicalonkan untuk memegang jawatan dalam saf kepimpinan telah pun terlantik. Tahniah dan syabas kepada yang menang. Yang tidak menang bermakna Allah belum perkenan untuk memegang jawatan. Tetapi tanggungjawab perlu dan wajib dilaksanakan. Ingatlah para pimpinan dalam semua peringkat bahawa amanah yang mesti dipikul amat berat. Oleh itu bekerjalah bersungguh-sungguh kerana kerja yang luar biasa oleh insan yang biaa akan menjanjikan kejayaan yang luar biasa. Bagi pemegang jawatan dalam kawasan atau di peringkat negeri dan Pusat, rancanglah aktiviti dengan teliti mengambil kira pandangan ahli dari akar umbi. Kata mantan Ketua Dewan Ulama, Ustaz Daud Iraqi : قل كل يعمل علي شاكلته >Setiap orang perlu bekerja mengikut peranan masing-masing. Apabila setiap individu dalam jamaah bekerja dengan peranan masing-masing, kerja berat akan jadi ringan. Kalau banyak bercakap. tak banyak buat kerja yang berat tetap berat. Masalah wujud di mana-mana. Cuma berfikirlah dengan kreatif agar semua yang dirancang dapat direalisasikan. Di samping itu banyakkan berdoa kepada Rabbul Jalil agar pa yang dirancang berjalan dengan baik. Kiambang dalam jamaah PAS bila-bila masa dapat ditautkan balik jika dakwah dan tarbiah dilipatgandakan.

02 June 2009

TENTATIF MUKTAMAR PAS 2009

TENTATIF PENUH MUKTAMAR PAS

  • Muktamar PAS Dewan Ulamak Kali ke-48
Tarikh : 10 Jumada Al-Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)

Tempat : Auditorium Muzium Alam Shah, Shah Alam Selangor Darul Ehsan

Tarikh : 9 Jumada Al-Akhir 1430 / 3 Jun 2009 (Rabu)

Tempat : Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar, Gombak Selangor Darul Ehsan

Tarikh : 10 Jumada Al-Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)

Tempat : Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tarikh : 11,12 dan 13 Jumada Al-Akhir 1430 / 5, 6 dan 7 Jun 2008
Tempat : Stadium Malawati Shah Alam Selangor Darul Ehsan

Mogok lapar : Pandangan Ust Zaharuddin

.....Demikian juga di dalam bab pendekatan politik, seperti ‘mogok lapar' yang heboh baru-baru ini, jika ia merujuk kepada mogok lapar yang sehingga boleh ‘membunuh diri', sudah tentu ia tergolong dalam cara yang dilarang. Namun sekiranya ia adalah satu jenis mogok lapar versi Malaysia iaitu berpuasa sunat bagi yang Islam, dan boleh minum setiap beberapa jam bagi bukan Islam, tentulah ia tidak tergolong dalam ‘cara yang putus hukum haramnya'. Kerana ia tidak memudarat malah tidak membunuh diri.

Perlu diingat, bab politik adalah satu ilmu dan displin yang terlalu banyak flexibilitinya di dalam Islam namun ia diikat oleh pelbagai restriction juga. Hasilnya TIDAKLAH TEPAT untuk dianggap sesuatu pihak atau kumpulan telah menggadai prinsip atau dasar selagi mana tiada tindakan haram secara putus dilakukan.

Artikel penuh , sila ke blog Ust Zaharuddin.net


31 May 2009

PRK Penanti Aman Tanpa BN


Seawal 8.00 pagi, pengundi mula berbaris untuk mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti. Mereka akan mengajar UMNO erti demokrasi.

Kempen pelihanraya kali ini aman tanpa penyertaan UMNO dan Barisan Nasional. Tiada juga kedengaran isu pengundi hantu atau jurukempen parti makan angin jam 4.00 pagi sepertimana yang berlaku di Bukit Gantang tempohari.

Pilihan raya kecil DUN Penanti menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman, 59; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; Bekas Ketua Cawangan Parti Gerakan, Nai Khan Ari, 41 dan Bekas Calon Bebas Bukit Gantang, Kamarul Ramizu Idris, 42.

Barisan Nasional tidak meletakkan calon kerana menjangkakan akan kalah dan menanggung malu. Alasan standard yang diberikan ialah menjimatkan kos.

Terdapat sembilan buah pusat mengundi dengan 32 saluran.

Proses penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan pilihan raya kecil DUN Penanti akan diketahui selewat-lewatnya pukul 8.30 malam ini.


28 May 2009

Panas!: Kisah Rumahtangga Artis

Sejak sebulan dua ini, akhbar arus perdana menjaja berita rumahtangga artis-artis tempatan untuk melariskan jualan akhbar mereka. Peluang ini terhidang kerana mentalilti masyarakat Melayu yang sukakan hiburan dan menyanjung tinggi cara hidup golongan artis.
Bila berkahwin, berita perkahwinan mendapat liputan TV dan majalah hiburan, sejak zaman sebagai sepasang kekasih lagi.

Seorang sahabat kita yang juga bekas artis rock, bertukar karier sebagai pendakwah bebas dan kemudian menjadi artis nasyid dan pengacara di sebuah stesyen TV berbayar juga turut terperangkap dalam hidup glamour artis. Kisah rumahtangganya menjadi tatapan rakyat Malaysia sejak meletup seminggu yang lalu.

Saya juga mendapat sms daripada kawan-kawan yang bertanyakan kisah ustaz rock ini. Maklumlah, rumah keluarganya di Gopeng sahaja. Jawapan saya, tunggulah Ustaz Rock itu muncul membuat kenyataan atau sidang akhbar . Kalau tiada, tunggulah siaran terjah di Melodi TV3!!

Saya menyukai pendekatan Ustaz Rock ini yang berjaya menarik ramai anak muda ke majlis ceramah. Setiap ucapan beliau tentunya menjadi panduan anak muda. Apakah nasihat dan titipan motivasi beliau akan kembali menyentap perasaan mereka jika akhlaknya sendiri dipertikai umum?

27 May 2009

Renungan: Dakwa isteri tidak cantik satu kesalahan

KOTA KINABALU: Seorang suami yang memberitahu isterinya tidak lagi cantik kerana mahu memalukan si isteri boleh dikategorikan sebagai kesalahan keganasan emosi jika pindaan dibuat terhadap Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Perancangan untuk meminda akta tersebut kini sedang dirangka dengan memasukkan fasal berhubung keganasan emosi terhadap wanita.

Ketika ini, golongan itu hanya dilindungi daripada penderaan fizikal di bawah akta tersebut, kata Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur.

Katanya, tujuan cadangan pindaan itu adalah bagi memastikan keselamatan wanita dari segi fizikal dan emosi.

Dr Noorul berkata, keganasan emosi adalah satu bentuk penderaan yang memberi kesan mendalam terhadap wanita yang boleh merendahkan harga diri, maruah serta keyakinan diri.

"Ia boleh menjadi kes apabila seorang suami memberitahu isterinya yang dia hodoh atau memalukannya sehingga membawa kepada tekanan emosi," katanya pada penghujung seminar tentang bagaimana untuk mengawal keganasan terhadap wanita di Wisma Wanita, di sini.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang dalam proses membawa cadangan pindaan itu ke Parlimen.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd Dun hari ini menutup seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah itu.

Azizah dalam ucapannya berkata, wujud keperluan undang-undang untuk melindungi wanita daripada keganasan emosi.

Beliau berkata, terdapat 99 kes keganasan terhadap wanita di Sabah pada suku tahun pertama 2009 berbanding 220 kes pada tempoh yang sama tahun lalu yang dilaporkan kepada pihak polis. ( mStar Online)


Ucaptama Konvensyen PAS Perak ke 14

...Hari ini kita berkonvensyen, ketika kerajaan pilihan rakyat telah dirampas oleh UMNO/BN dengan begitu rakus tanpa memperdulikan undang-undang dan perlembagaan. Namun disebalik peristiwa yang sangat mencabar itu, terdapat hikmah yang besar, kerana kita dapat menyaksikan bahawa sokongan dan dokongan rakan Pakatan Rakyat dari rakan non-muslim semakin mantap dan menyakinkan kerana mereka melihat Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS memberikan jaminan atau saham semua rakyat dengan adil dan saksama. Ini bukan kerana slogan kita PAS untuk semua tetapi lebih daripada itu mereka mendapati bahwa ajaran Islam menjamin keadilan dan kebajikan untuk semua. Antara mereka sudah mula merujuk kepada nas-nas Al-Quran dan cuba memahaminya.

Teks Ucapan Sepenuhnya

Mogok Lapar: Penjelasan Ust. Ahmad Awang

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan keputusan Badan Perhubungan PAS Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan munajat sewaktu berhadapan dengan kemelut politik di negeri Perak adalah selaras dengan Islam.

Dalam kenyataannya sebentar tadi, Ustaz Ahmad berkata, hikmah berpuasa juga bertepatan dengan sunnah apabila umat Islam digalakkan berpuasa sunat tiga hari setiap awal bulan hijrah iaitu 1 Jamadil Akhir (esok).

Katanya, keputusan PAS selaras dengan hasrat parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang mahu menganjurkan mogok lapar tiga hari mulai esok sebagai membantah kezaliman Barisan Nasional terhadap rakyat di negeri itu.

"Saya sudah bertanya kepada rakan-rakan bukan Islam daripada DAP dan KeADILan, mereka mengatakan mogok lapar yang dianjurkan tidak dibuat sehingga menyeksa diri.

"Lagi pun mereka menyediakan khidmat doktor yang akan sentiasa memantau keadaan," katanya.

Sekaligus Ustaz Ahmad menolak kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria yang mengatakan umat Islam haram melakukan mogok lapar.

"Jangan kita terperangkap dengan mainan media, kita orang Islam, sudah tentu kita faham beza antara mogok lapar dengan berpuasa sunat.

"Oleh itu kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan dalam sebuah akhbar harian hari ini yang menolak mogok lapar, saya fikir tidak sesuai," tegasnya.

Ustaz Ahmad memberitahu, beliau sudah mengarahkan PAS Kawasan-kawasan seluruh Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan pada Khamis (hari ketiga berpuasa) malamnya diadakan solat hajat dan munajat.

Tegasnya, matlamat utama berpuasa sunat dan munajat diadakan ialah untuk memohon kepada Allah agar digerakkan hati pihak yang berkuasa bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.

"Kita tidak mahu terlalu hampa dengan kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan, kita masih ada peluang di Mahkamah Persekutuan, apa yang kita mahu, sebagai orang Islam, kita mesti sentiasa dekat kepada Allah dan memohon pertolongan dari-Nya," tegas beliau.

Sehubungan itu beliau mempelawa umat Islam yang berpuasa di Perak untuk menyertai majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak selama tiga hari berturut-turut mulai esok.

24 May 2009

Minggu Peperiksaan PASTI Kampar




Sepanjang minggu ini dan minggu hadapan, anak-anak PASTI akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Semoga ibubapa membimbing anak-anak PASTI menghadapi ujian ini dengan tenang.

22 May 2009

MB Perak : Zambry menang Rayuan

Mahkamah Rayuan hari ini mengenepikan keputusan Nizar sebagai MB Perak yang sah yang dibuat Mahkamah Tinggi dengan kesemua 3 panel hakim menerima hujah barisan peguam Zambry.

Dengan itu, Zambry diisytiharkan MB Perak yang sah.

Harap semua penyokong Pakatan bersabar dan bertenang. Kita tunggu langkah berikutnya yang akan dibuat oleh Hj .Nizar dan barisan peguamnya.

ADUN PAS Meninggal Dunia


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Ismail Yaacob dari PAS meninggal dunia awal pagi tadi kerana komplikasi sakit kencing manis yang dihadapinya.

Ismail, 60, meninggal dunia kira-kira pukul 5.55 pagi tadi.

Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Jummat.

Ia disahkan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali.

PAS dijadual mengadakan sidang media khas pukul 11 pagi ini.

Ismail telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II akhir bulan lalu.

Dalam pilihan raya umum lalu beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohamed Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

sumber: mStar Online

Rajasedaka :

Marilah kita sama-sama hadiahkan AlFatihah kepada beliau. Kepada keluarga dan sahabat, semoga banyak bersabar, dan doakan Allahyarham akan ditempatkan di kalangan orang yang bertaqwa.


21 May 2009

Kes Siapa MB Perak : Mahkamah mula bersidang

Mahkamah Rayuan pagi ini mula mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan mahkamah itu yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Mahkamah mula bersidang pada pukul 9.40 pagi tadi dan kini sedang mendengar hujah daripada peguam kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Datuk Cecil Abraham.

Dr Zambry telah membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei lalu dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga rayuan Dr Zambry terhadap keputusan itu selesai.

Barisan peguam kedua-dua pihak mula memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi tadi.

Mohammad Nizar tiba kira-kira 15 minit kemudian bersama isteri dan beberapa penyokongnya.

Pasukan polis kelihatan mula melakukan kawalan sejak awal pagi.

Isu perundangan melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar telah bermula sejak Februari lalu apabila Dr Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohammad Nizar selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan Perak daripada Pakatan Rakyat.

Berikutan itu, pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Kemudiannya pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

sumber : mStar Online

Kalut betul MB Perak yang tak sah. Pagi ni dah berucap di padang Bandar Baru Kampar dalam majlis pengishtiharan Kampar sebagai Daerah yang ke sepuluh dalam negeri Perak. Tapi ikut logiknya, MB Nizar tak pernah kosongkan kerusinya sebagai MB. Itu orang undang-undang kata. Kes yang sepatutnya selesai dalam DUN sahaja, tetapi diambil alih oleh mahkamah. Itulah dunia. Hadis nabi ada menyatakan bahawa (terjemahan) : sesungguhnya dunia ini penuh dengan kemanisan, keindahan dan menyegarkan... Mudah-mudahan yang hak akan terserlah juga, yang batil akan lenyap sampai perut bumi yang ketujuh. Teruskan perjungan wahai DS Nizar yang kami kasihi. Kami menyokong dan sentiasa mendoakan kejayaanmu. Insyaallah Allah bersama mereka yang benar dan bersungguh-sungguh. Adakah kafir Quraish yang menang semasa berperang dengan Rasulullah membuktikan mereka berada di landasan yang benar? Adakah Israel Mal'unah itu berada di pihak yang benar kerana menguasai bumi .Palastin hingga kini... Banyak belum tetntu benar, sikit belum tentu salah.

Cerita sebelum Mahkamah Rayuan bersidang...

Oleh : Rajasedaka

Mahkamah Rayuan akan bersidang mulai 9.30 pagi ini untuk menentukan MB yang benar-benar sah . Walaupun Mahkamah Tinggi telah memutuskan Ir Hj Nizar adalah MB yang sah, Dr Zamry berjaya mendapat perintah penangguhan perlaksanaan keputusan sehingga ia merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Seorang sahabat yang tengin UMNO juga pening dan bertanya teman apa yang menjadi isu di mahkamah hari ini? Teman pun cerita ler mengikut kronologi peristiwa. Tak puashati beliau kerana penegasan teman yang Ir Hj. Nizar masih MB kerana keputusan Mahkamah Tinggi yang lalu memutuskan Nizar sebagai MB yang sah belum terbatal, cuma ditangguhkan perlaksanaan. Sekaligus mahkamah rayuan memberi kuasa kepada MB yang tak sah sehingga rayuan Zamry didengar di Mahkamah rayuan pada hari ini.

Dia kata saya bias dalam memberikan maklumat. Terpaksa saya buat analogi.

Ada sepasang suami-isteri nama Mat dan Leha. Hidup bahagia. Tetiba ada seorang lelaki, Zam melarikan Leha, isteri Mat. Kemudian Zam ni mengaku Leha isterinya. Bapa Mertua Mat pun join sekali dengan Zam. Malah memashyurkan Zam sebagai suami baru Leha.
Mat bawa kes kemahkamah. Hakim memutuskan Mat sebagai suami Leha yng sah. Kata hakim, bapa mertua tidak boleh membuang menantunya jika menantunya itu enggan melepaskan Leha.
Zam dengan cepat merayu kepada mahkamah rayuan. Rayuan diluluskan. Kata hakim rayuan, biar ler si Zam dan si Leha tu bersama. Mat enggan mengalah, dia merayu pulak supaya perintah hakim rayuan itu diketepikan. Zam pulak berjuang untuk mengenepikan perintah mahkamah yang menyatakan Mat adalah suami Leha yang sah...

Terdiam sekejap sahabat UMNO tu. Kemudian dia menjawab. "Analogi hang tak betul, mana sama kes nikah kahwin dalam kes perebutan kuasa di Perak ini. Nizar kena terima kuasa ADUN yang majoriti! ......bla, bla...."

Saya membiarkan dia menyambung hujah-hujah yang dipetiknya dari surat khabar .

"Kita tunggu sahaja keputusan mahkamah Rayuan ." gesa saya meringkaskan cerita.
"Kul berapa boleh tahu keputusan? tanyanya. Macam ler teman nih orang Ghani Patail.
"Kalau rayuan Nizar tu lambat ler sikit...tapi kalau rayuan Zambry, macam hari tu ler kut, ekpres, pantas dan cepat!!"
Dia tersengih lagi.

20 May 2009

Wanita mula bangkit

Apabila kemarahan rakyat tidak dapat dibendung , mereka tidak takut untuk kehadapan. terkini, satu demonstrasi menyalakan lilin dipercayai sebagai bantahan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak telah di adakan di Siputeh.

Difahamkan dua wakil rakyat iaitu anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Chin dan ADUN Teratai Jenice Lee telah ditahan polis.

Nyalaan lilin itu diadakan di luar pejabat anggota Parlimen DAP, Teresa Kok dan disertai berpuluh puluh mereka yang memakai bajuT hitam.

Menurut penganjur, nyalaan lilin itu sebagai menandakan apa yang mereka dakwa "pembunuhan demokrasi di Perak".

Sukaneka PASTI Kampar 2009


Sukaneka PASTI Kampar telah diadakan pada 3 Mei yang lalu. Saya baru sahaja menerima gambar untuk tatapan pengunjung budiman.

Jika ingin melihat lebih banyak aksi anak-anak pasti bersama guru dan ibubapa mereka , sila lawati blog PASTI Kampar di http://pastikampar.wordpress.com


19 May 2009

SAF KEPIMPINAN MUSLIMAT NEGERI

Tanggal hari Ahad 17 Mei, DMP Negeri bermesyuarat di Air Kuning, Taiping. Pelbagai isu ditimbulkan dalam mesyuarat tersebut. Di mana-mana mesyuarat atau muktamar yang selalu ditimbulkan ialah program yang telah dijalankan. Kalau saf pimpinan dahulu masih banyak lagi program tertunggak elokah diteruskan oleh pimpinan baru. Tapi dengar khabar tak banyak sangat muka baru. Ketua DMPN pun masih kekal. Menang tak bertanding. Tak mengapa. Apa yang penting semangat dan daya juang esti diperbaharui. Buat penambahbaikan dalam strategi memperkasakan DMPN. Kita dah jadi kerajaan, kalau diizinkan Allah Taala kita akan teruskan perjuangan bagi menerajui negeri Perak tercinta. Kalau kita masih ditakuk lama, tidak ada pembaharuan dalam perancangan dan pengurusan, bagaimana kita akan berhadapan dengan cabaran dan halangan yang mendatang sama ada dari dalam jamaah kita atau dari luar. Sebaik lepas Muktamar Pusat nanti sama-samalah kita menyusun strategi dan perancangan untuk bekerja dengan lebih efektif bagi mendekati ahli-ahli yang masih belum memahami hakikat perjungan PAS dan mereka yang menyokong kita. Anyway, congrate kepada semua saf kepimpinan DMPN yang terpilih pada mesyuarat agung yang lepas. Allahu Akbar

16 May 2009

SELAMAT HARI GURU

Hari ini, tanggal 16 Mei, 2009 adalah hari guru. Setiap tahun kita merayakan hari guru sama ada di peringkat sekolahdan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Tahukah saudara saudari muslimin muslimat sekelian bahawa tugas guru kini amat mencabar. Bermula sebagai guru yang mengajar untuk menghabiskan sukatan pelajaran, mendidik, membentuk, membimbing dan pelbagai lagi sehinggalah guru sebagai kaunselor, sebagai guru disiplin, sebagai kerani dan PAR dan pelbagai jawatan lain yang tidak ada dalam senarai tugas guru. Hari Sabtu kalau dikira hampir setiap Sabtu mesti ke sekolah malaksanakan tugas dan tanggungjawab sama ada berkaitan pelajar atau profesyen sendiri. Bukan 66 jam seminggu seperti yang dilapurkan oleh NUTP, tetapi melebihi 80 jam. Apa tidaknya, buku latihan pelajar yang tidak sempat dihabiskan di sekolah dibawa ke rumah. Soalan-soalan latihan dan ujian juga dibina di rumah. Perancangan pengajaran juga di rumah. Bila sekolah cuti, guru akan menjinjing kertas soalan peperiksaan tengah tahun atau akhir tahun ke rumah untuk disemak. Kadang-kadang guru wajib berkursus untuk peningkatan profesionalismanya. Kena juga menghantar pelajar untuk aktiviti kokurikulum mereka. Pelajar di sekolah terabai jika terlalu benyak tugas luar yang perlu dibuat. Pelajar bukan perlukan nota dan latihan sahaja. Bahkan mereka inginkan bimbingan dan tunjuk ajar dari para guru. Wahai guru, kerja kalian semua amat mulia. Teruskan usaha murni kalian. Kepada para ibu bapa dan penjaga semua, jangan salahkan guru jika anak-anak tidak mencapai prestasi yang diinginkan. Sama-samalah membantu agar anak tuan-tuan cemerlang di dunia dan akhirat. Menjadi penyejuk hati dan penenang jantung. SELAMAT HARI GURU

15 May 2009

ULAMAK - PROFESIONAL

Pelbagai komen dilontarkan sama ada oleh media sama ada cetak atau elektronik dan media alternatif, berkaitan Muktamar PAS Pusat yang akan di adakan di negeri Selangor. Persoalan berkisar tentang saf pimpinan sama ada ulamak atau profesional. Insyaallah setakat ini ahli-ahli PAS matang dalam membuat pilihan mereka. Ulamak juga perlu profesional dalam pengurusan dan pentadbiran mana-mana organisasi yang diterajuinya. Begitu juga golongan profesional. Meraka sepatutnya menjadikan hukum hakam agama sebagai panduan dan kayu ukur dalam semua situasi. Jadi tidak timbul siapa yang layak kerana kedua-dua golongan ini saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain. Cuma, harus diingatkan kepada para perwakilan semua agar berhati-hati dengan mereka yang melobi dan meminta jawatan. Kenalilah mereka melalui pimpinan di kawasan masing-masing. Berlaku adillah kerana adil lebih hampir kepada ketaqwaan. Selamat bermuktamar!

13 May 2009

Semakin bercelaru apa yang berlaku di Perak. Satu pihak mahu supaya DUN dibubarkan, satu lagi pula nak pertahankan agar dapat memerintah Perak tanpa perlu membubarkan DUN. Denyut nadi dan jantung rakyat inginkan DUN segera dibubarkan. Seruan kepada semua pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat dari semua bangsa dan agama, sama-sama kita memohon agar diperkenankan oleh Paduka Seri Sultan Pedak supaya DUN dibubarkan. Jika BN mengaku mereka tidak merasa takut untuk menghadapi pilihanraya satu Perak, ayuh kita turun ke gelanggang sebagai anak jantan. Pakatan Rakyat dapat menerima kebenaran dan suara ramai, andaikata majoriti rakyat tidak memihak kepada mereka. Diharap Datuk Seri Najib berlapang dada dalam situasi ini. Kembalilah ke pangkal jalan sebelum jauh tersesat.

12 May 2009

Gerakkan Persiapan Pilihanraya!!

Jika mendapat perkenan Sultan, Perak akan menghadapi piliharaya kecil di seluruh negeri apabila DUN dibubarkan.

Hanya pemimpin yang berani dan memikirkan kepentingan rakyat sahaja yang sanggup mengambil risiko kehilangan jawatan dan kuasa dengan momohon pembubaran DUN. MB Perak yang sah, Dato' seri Ir Hj Nizar memberi contoh pemimpin yang berjiwa besar. Beliau berjuang sekian lama, berceramah hampir setiap hari dan menggerakkan kempen agar DUN segera dibubarkan agar kemelut politik dapat dileraikan.


UMNO tidak perlu takut atau risau. Jika mereka mendakwa mendapat sokongan rakyat, ayuh kita ke gelanggang rakyat. Biar rakyat yang menentukan kerajaan yang mereka mahu. Itulah makna demokrasi. Jika PM6 sering mengeluh pilihanraya kecil melibatkan kos yang tinggi, elakkanlah menggunakan wang untuk membeli undi. Juga membuat projek mee segera!

Jika pilihanraya diadakan, peranan muslimat sangat penting kerana peratus pengundi wanita adalah tinggi. Kerja-kerja pilihanraya yang mencabar dan penuh dengan muslihat, perlu dihadapi dengan jiwa yang kental, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan BN yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menang .Jadikan pengalaman di PRK Bkt Gantang sebagai panduan. Muslimat PAS dan wanita dalam Pakatan Rakyat perlu mengembeling tenaga dan kekuatan untuk menggerakkan jentera pilihanraya semaksima mungkin.

11 May 2009

Nizar MB Perak yang sah! TAHNIAH!!



Oleh: Rajasedaka

Mahkamah Tinggi hari ini mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang. Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Hakim memberi alasan penghakiman yang panjang. Antara lain beliau menyebut, Ir Nizar tidak pernah menghadapi undi tidak percaya dalam DUN Perak. Benarlah kata Che Det, kerajaan BN agak gopoh dalam usaha merebut kuasa!

Dengan pengisytiharan yang bersejarah itu, Dr Zambry terlucut segala hak dan gelaran YAB MB. Beliau tidak boleh lagi menjalankan apa-apa tugas dan urusan yang melibatkan tugas MB. Segala keputusan dan perancangan MB haram sebelum ini terbatal dan tidak laku lagi. Beliau juga perlu mengosongkan pejabat MB dengan segera. Harap Sdr Amran pantau sikit malam ini bangunan SUK tu.... bimbang nanti ada fail dan harta kerajaan yang hilang!!

Tentu sekali orang yang paling menggigil sekarang ialah Datok SUK yang begitu ligat mengatur rencana menekan, menghalau dan mengganggu MB Nizar dan barisan exconya. Mungkin mereka menyangka kuasa bersama mereka selama-lamanya. Tetapi berkat doa dan munajat rakyat, akhirnya Allah mentaqdirkan kemenangan kepada rakyat.

Talian hayat mereka yang terakhir ialah memohon rayuan di Mahkamah Persekutuan.


SELAMAT HARI IBU

Saya memohon maaf kerana lambat mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu. Selamat Hari Ibu kepada semua ibu yang berada di seluruh pelusuk negara. Tanpa pengorbanan ibu, kita tidak menjadi manusia yang berguna kepada masyarakt pada hari ini. Tepatlah syaer Arab menyatakan :
Ibu merupakan sekolah yang pertama... Sekalung tahniah kepada para Muslimat di seluruh Malaysia dan di Kampar khususnya kerana keprihatinan kalian dan komitmen yang ditunjukkan , kita dapat meneruskan agenda perjuangan sehingga kini. Sesungguhnya tugas sebagai ibu, suri rumah, ahli profesional, isteri, mujahidah, penasihat rumahtangga dan sebagainya menuntut pelbagai pengorbanan. Pengurusan masa amat penting agar perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya. Insya Allah ibu-ibu di Kampar akan mengadakan Ceramah Usahawan dalam cuti sekolah nanti. Tarikh belum ditentukan lagi. Program ini akan dikendalikan oleh Lajnah Ekonomi. Minta datang ramai-ramai dan kempen rakan, jiran dan sanak saudara untuk datang. Tempat di Markas TMJ. Kampar.

10 May 2009

Mahkamah Tinggi putuskan siapa MB sebenar esok



Selepas apa yang berlaku di DUN Perak pada 7 Mei yang lalu, tidak banyak yang boleh diharapkan dari keputusan Mahkamah Tinggi besok tentang siapa MB Perak yang sah.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim akan mengumumkan pada 2.30 petang keputusan mengenai permohonan Mohammad Nizar pada 13 Februari lepas agar mahkamah mengisytiharkan beliaulah Menteri Besar yang sah dan Dr Zambry tidak berhak memegang jawatan itu.

Mohammad Nizar, 52, dilantik pada 17 Mac tahun lepas setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum pada 8 Mac tetapi setelah tiga Anggota Dewan Undangan Negeri Perak daripada pakatan itu keluar parti masing-masing untuk menyokong Barisan Nasional awal tahun ini, Sultan Perak Sultan Azlan Shah melantik Dr Zambry sebagai Menteri Besar setelah mendapati Mohammad Nizar telah kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan kerana Barisan Nasional pula menguasai 31 kerusi.

Dalam afidavitnya, Mohammad Nizar berkata beliau masih Menteri Besar kerana antara lainnya, tidak ada undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam Dewan Undangan Negeri dan beliau tidak meletak jawatan.

09 May 2009

MUHASABAH SEJENAK

Malik Imtiaz Sarwar

Peguam dan juga Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Malik Imtaz Sarwar tidak bersetuju dengan pandangan Dato' Hafarizam Harun dan Dato' Muhammad Shafee Abdullah, yang dilaporkan berkata bahawa usul yang diluluskan 7 Mei adalah sah. "Polis tidak sama sekali mempunyai kuasa dalam kamar dewan," kata Imtaz, dan merujuk kepada kenyataan terdahulu oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Negara pada Mac lalu selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Karpal Singh dikasari di Parlimen.

(Sumber : Harakah Daily oleh Debra Chong)

Anggota Polis merupakan sekumpulan orang yang menjaga keamanan sesebuah negara dan penghuninya daripada sebarang bentuk ancaman atau gangguan. Selama ini kita amat menyanjung tinggi kerjaya sebagai seorang anggota keselamatan. Tetapi dengan insiden yang berlaku semasa sidang DUN berlangsung pada 7 Mei lalu, amat mengecewakan dan menjijikkan. Sesiapa sahaja akan merasakan bahawa tindakan mereka itu kejam dan tidak berperikemanusiaan. Bayangkan Speaker Sivakumar yang masih sah sebagai speaker nak disingkirkan dengan cara mengheret beliau keluar seperti binatang ternakan. Siapa yang terlibat? Kalau bukan 'lampu hijau 'dari mereka yang berkenaan, siapa lagi?? Saya amat simpati dengan anggota keselamatan yang terpaksa menurut perintah 'orang atas'. Dalam konteks taat dan patuh kepada arahan atasan, kita kena ada pendirian berpandukan agama Islam dan berpandukan undang-undang dan perlembagaan yang diterima pakai. Apa tujuan undang-undang dibuat kalau bukan untuk dipatuhi. Oleh itu, kembalilah kepada nilai-nilai murni dari al Quran dan Hadis dalam apa jua tindakan kita. Moga apa yang kita buat sentiasa dalam rahmat Allah dan lindunganNya. Siapa pun kita di dunia ini, kita adalah sama di akhirat nanti. Mahkamah Agung di Mahsyar menunggu kita . Jadi kembalilah...

08 May 2009

Tragedi memalukan!!

Sedih dan memalukan. Itu sahaja kalimah yang sesuai untuk menggambarkan perjalananan sidang DUN Perak semalam.

06 May 2009

Kes Ragut membimbangkan...

Berita kematian mangsa ragut Jamilah Selamat dari Ayer Hitam Johor amat menyedihkan kita. Mangsa ragut yang sedang mengandung 2 bulan ,yang akan menyambut hari jadi ke32, Isnin ini koma apabila terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya setelah diragut dua lelaki yang menaiki motosikal.

Peragut sekarang sudah jadi pembunuh.

Seorang kawan menumpang kancil sahabatnya dan duduk di sebelah pemandu. Bila kancil tu berhenti dekat traffic light, sempat lagi mamat motor meragut beg tangan yang berada di atas ribanya. Pantang ada peluang!

Seorang lagi sahabat yang bertugas sebagai guru di kampar ini mulai risau untuk mengambil wang di Mesin ATM. Beliau telah bersuami tetapi suaminya bekerja di negeri lain.
"Takut saya nak ke ATM, duit dah nak abis ni"
"Akak jangan bawa handbag...bawa purse je ler" Cadang seorang kawan.
"Akak balik tukar pakai seluar je lah..Tak payah bawak handbag!" Cadang sorang lagi sahabat.
"Takper ler akak..jom saya temankan" seorang lagi sahabat menghulur bantuan.

Keselamatan diri merupakan hak asasi setiap Rakyat Malaysia, tetapi kaum wanita masih lagi dilihat sebagai lemah dan mudah untuk dibuli atau dikacau. Penjenayah, terutama kes ragut memandang wanita sebagai sasaran utama.

Tema Hari Wanita Antarabangsa tahun ini ialah Wanita dan Lelaki Bersama-sama Menghentikan Keganasan Terhadap Wanita dan Anak Gadis. Penyelesaian isu ini bukan tanggungjawab satu pihak semata-mata. Setiap hari ada kes wanita menjadi mangsa keganasan domestic, kes ragut dan pelbagai gangguan dan jenayah seksual di dalam atau di luar tempat kerja. Justeru, wanita perlu melindungi diri sendiri dan dilindungi . Isu keselamatan wanita merupakan isu sosial yang mesti diambil berat oleh semua pihak sama ada wanita atau lelaki, kerajaan atau orang awam.

Perlantikan Zambry tidak mengikut perlembagaan.

Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu bahawa pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb lepas, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, adalah tidak mengikut perlembagaan.

Peguam Sulaiman Abdullah, untuk Mohammad Nizar, berkata bahawa Zambry tidak boleh menuntut pejabat Menteri Besar kerana Mohammad Nizar belum meletak jawatan dan pejabat Menteri Besar tidak pernah dikosongkan.

"Pelantikan seseorang ke pejabat Menteri Besar mungkin hanya sah jika pejabat itu dikosongkan.

"Jika pejabat itu tidak dikosongkan, tidak ada pelantikan yang sah dalam undang-undang untuk menduduki pejabat itu, kerana tidak boleh ada dua orang memegang satu jawatan Menteri Besar," kata Sulaiman dalam hujah dua jamnya.

Pada 13 Februari, Mohammad Nizar, 52, yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 17 Mac, tahun lepas, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa Khas) bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau pada ketika mana adalah Menteri Besar Perak.

Dalam afidavit untuk menyokong permohonan itu, Mohammad Nizar mengukuhkan bahawa:

* Beliau telah menasihat dan memohoan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengelakkan berlaku sebarang kebuntuan dalam pentadbiran hal ehwal negeri itu memandangkan tiga anggota DUN tersebut telah meletak jawatan;

* Tidak ada pembubaran DUN;

* Tidak ada usul tidak percaya dibentangkan terhadap beliau di DUN;

* Beliau belum meletak jawatan daripada pejabat Menteri Besar.

Sulaiman, dalam hujah beliau juga mempertikaikan bahawa Menteri Besar Perak tidak boleh dilucutkan jawatan oleh Sultan Perak.

"Menteri Besar mungkin hanya boleh dilucutkan jawatan setelah undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota DUN itu," kata beliau.

Ini kerana, kata Sulaiman, Menteri Besar itu tidak memegang jawatan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia tetapi memegang jawatan tertakluk kepada keyakinan anggota DUN yang mana (Menteri Besar) bertanggungjawab.

"Peranan Duli Yang Maha Mulia di bawah Artikel 16(6) hanya memutuskan sama ada atau tidak untuk membubarkan DUN, jika Menteri Besar telah hilang undi tidak percaya," kata Sulaiman.

Sulaiman yang sebelum ini tidak bersetuju dengan hujah pencelah, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata bahawa pembubaran DUN tidak hanya tertakluk pada keadaan di mana Menteri Besar telah hilang keyakinan majoritinya.

"Apabila Menteri Besar menghadap Sultan memohon perkenan untuk membubarkan DUN, ia bukan satu pengakuan bahawa beliau telah hilang keyakinan majoriti. Pembubaran boleh dipohon pada bilabila masa, untuk sebarang sebab, dan bukan terhad pada hilang keyakinan majoriti," katanya.

Sulaiman juga berkata mahkamah hendaklah mematuhi dan mengaplikasikan keputusan Stephen Kalong Ningkan menentang Tun Abang Openg dan kes Tawi Sli, yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Sarawak pada 1966, pada kes ini.

Pada kes itu yang memutuskan bahawa Gabenor tersebut tidak boleh melucutkan Ketua Menteri tersebut dan tidak boleh melantik seorang Ketua Menteri kedua sementara ada seorang lagi memegang jawatan berkenaan, dan bahawa hanya satu jalan untuk Ketua Menteri untuk melucutkan jawatan dengan cara undi tidak percaya dalam Majlis Negeri.

Perlembagaan Sarawak, Perlembagaan Perak sangat jelas bahawa ia tidak ada kuasa untuk melucutkan jawatan Menteri Besar itu dan budibicara untuk melantik dua orang memegang jawatan Menteri Besar itu.

"Peruntukan Artikel 7(1) Perlembagaan Sarawak sama dengan Artikel 16(6) Perlembagaan Perak dan keputusan kes itu masih merupakan satu undang-undang yang baik," kata beliau.

Penghujahan di hadapan Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim disambung hari ini.

BERNAMA