Ayat

"Dan orang-orang yg beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagi yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf , mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana."
" Allah menjanjikan kepada org-org yg mukmin lelaki dan perempuan akan mendapat syurga yang dibawahnya mengalir sungai2 kekal mereka didalamnya, dan mendapat tempat2 yg bagus di syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar. Itu adalah keberuntungan yang besar"....surah At Taubah. Ayat 71 dan 72

30 April 2009

Sambutan Ceramah Pakatan Rakyat di Kampar

Gambar dipetik dari blog Perakini

Masyarakat pelbagai kaum memeriahkan majlis ceramah penerangan Pakatan Rakyat di Mambang Diawan, Kampar. Desakan supaya DUN segera dibubarkan menjadi intipati penceramah jemputan pada malam itu. Antara penceramah itu ialah YB DS Ir Hj Nizar, Nga Kor Ming dan Chen Fock Chai, Khalil Idham Lim, Khesvinder Singh dan Chan Ming Kai.

DS Ir Hj Nizar menegaskan kuasa untuk menentukan siapa yang perlu menerajui Kerajaan Negeri Perak perlu diserahkan kepada rakyat, bukan mahkamah. Mahkamah Persekutuan juga mendapati banyak fakta dan isu yang bercanggah hingga kes dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi.

Kemenangan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang adalah isyarat yang jelas dari rakyat. Ini membuatkan PM6, DS Najib takut untuk menghadapi Pilihan Raya kecil yang akan datang.

Kehadiran ribuan penyokong Pakatan Rakyat hingga menimbulkan kesesakan di Pekan Kecil Mambang Diawan adalah fenomena baru di sini. Ramai penyokong UMNO tertanya-tanya dari mana mereka datang...Barangkali mereka tidak menyangka masyarakat pelbagai kaum di sini telah menerima Pakatan rakyat . Suasana paling menarik ialah apabila kaum Cina turut menggantung Bendera Bulan di sepanjang jalan ke tempat ceramah.

ADUN PAKATAN MENANTI SIDANG DUN 7 MEI


Oleh Rajasedaka.

Dato' Seri Ir Hj Nizar menegaskan, semua ADUN Pakatan Rakyat akan menghadiri sidang DUN pada 7 Mei nanti. Mereka akan mematuhi peraturan dan arahan yang akan di tetapkan oleh Speaker DUN. Pihak polis juga dikhabarkan sedang bersiap menghadapi sebarang kemungkinan. Mereka akan mengetatkan kawalan sepanjang sidang DUN berlangsung. Tahniah!

Penegasan itu menafikan khabar angin bahawa ADUN PR akan memboikot sidang DUN.

Jika usaha UMNO untuk menukarkan Speaker DUN, V.Sivakumar sebelum sidang DUN 7 Mei nanti gagal, mereka akan menghadapi laluan sukar untuk menguasai perbahasan dan meluluskan usul. Pertama sekali sudah tentu Speaker akan menolak usul yang ingin memecatnya. Speaker boleh menolak usul tanpa perlu mencari alsan yang kukuh , sama seperti speaker DUN Melaka yang menolak usul undi tidak percaya kepada MB Melaka yang telah didapati bersalah kerana rasuah oleh Badan Disiplin UMNO. Malah ketua pembangkang dari DAP pula yang dihalau keluar dewan.

Speaker juga boleh menentukan siapa yang boleh bercakap dan siapa yang perlu duduk untuk memberi laluan ketika perbahasan. Jika melawan arahan speaker, ADUN berkenaan boleh dihalau keluar atau digantung dari menyertai sidang DUN mengikut tempoh yang beliau rasa sesuai!

Jika begitu, mengapa BN berusaha juga mengadakan sidang DUN pada 7 Mei nanti?

Nasihat untuk Tuan Speaker, jaga kesihatan dan keselamatan anda. Seminggu lagi sebelum sidang ini berlangsung, macam-macam boleh berlaku.

28 April 2009

Mahkamah Enggan akui permohonan Zambry



Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry supaya diisytiharkan sebagai MB yang sah. Keputusan itu dibuat oleh kelima-lima hakim. Dalam penghakiman tersebut, mereka sebulat suara berpendapat kes itu perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bukan Mahkamah Persekutuan.

Dalam kes yang difailkan oleh Zambry pada beberapa hari yang lepas, beliau menuntut Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir:
1) Samada Sultan Azlan Shah mempunyai kuasa menolak permohonan Nizar untuk membubarkan DUN apabila beliau hilang kepercayaan DUN.

2) Apabila Sultan tidak mempersetujui permintaan Nizar, adalah dianggap Nizar dan EXCOnya telah meletak jawatan.

3) Apabila Nizar tidak mahu meletak jawatan, Sultan mempunyai hak untuk melantik Zambry berdasarkan Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas Sultan berpuas hati Zambry mendapat kepercayaan DUN.

Zambry mahu Mahkamah Persekutuan membuat pengiktirafan bahawa beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah dari tarikh perlantikannya iaitu 6 Februari 2009. Zambry membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.


Nampaknya Zambry gagal mendapat jalan pintas untuk meneruskan Sidang DUN pada 7 Mei nanti. Jika mahkamah Persekutuan enggan mengakui beliau sebagai MB yang sah , Zambry patut menyedari bahaya yang menanti beliau. Jalan melalui mahkamah semakin berliku. Beliau mempunyai jalan keluar yang mudah. Jalan itu juga telah berkali-kali dinyatakan oleh Ir Hj Nizar...BUBARKAN DUN!

Serahkan kepada rakyat untuk menentukan kerajaan pilihan mereka. Jika anda benar kenapa harus takut?

25 April 2009

Konsert Jom Heboh TV3 di Perak.

Jom Heboh kembali ke Perak.
Inilah wajah sebenar UMNO yang gemarkan hiburan melampau. Mereka tidak peduli dengan keruntuhan akhlak anak muda kita. Mereka tidak peduli dengan dosa dan pahala. Mereka tidak peduli dengan arahan Dato' Seri Mufti yang menyatakan penganjuran Konsert Jom Heboh TV3 adalah haram.

Konsert yang bakal diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada 25 dan 26 April ini amat dikesali kerana Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sepatutnya mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussani Zakaria berhubung perkara tersebut.Beliau juga boleh merujuk kepada keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert "Sure Heboh" (sebelum ditukar nama Jom Heboh) TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Jangan pulak wanita dan putri dari Kampar turut menyesakkan diri ke sana!!

24 April 2009

Arahan Kabinet. Anak kekal agama asal.

Kerajaan memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.
Keputusan itu, yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet kelmarin, adalah langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Nazri Aziz, berkata Kabinet membuat keputusan itu bagi mengelak individu yang tidak bersalah, terutama anak-anak, menjadi mangsa dan dilayan dengan tidak adil.
-berita harian online

Mengapa kabinet memandang kanak-kanak yang mengikut bapanya menukar agama, kepada agama Islam contohnya sebagai mangsa dan dilayan dengan tidak adil?

Mengapa kabinet memutuskan sesuatu yang melibatkan perundangan dan peruntukan perlembagaan hanya dalam mesyuarat sehari? Adakah mereka telah mendapat nasihat yang betul dari pakar undang-undang?

Isu yang diperbesar-besarkan adalah tentang hak menukar agama anak bawah umur daripada bukan Islam kepada Islam oleh mana-mana ibu bapa yang memilih memeluk agama Islam.
Sebenarnya isu ini telah pun dijawab dengan jelas oleh Mahkamah Persekutuan didalam kes Subashini dimana Mahkamah menyatakan bahawa isu ini tertakluk kepada Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Artikel 12 (4) memperuntukkan bahawa "ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada 18 tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya"..
Mahkamah Persekutuan menafsirkan bahawa hak menentukan agama seseorang kanak-kanak bergantung kepada mana-mana salah seorang daripada mereka iaitu ibu, bapa atau penjaga. Bermakna salah seorang daripada mereka berhak untuk menentukan agama yang boleh di anuti oleh anak-anak mereka.

Oleh itu tidak timbul isu dalam kes Pethmanaban @ Mohd. Ridhuan yang menentukan agama anak beliau sebagai Islam sesuai dengan agama yang beliau anuti sekarang.

Akhbar-akhbar melaporkan MCA menyambut baik tindakan kerajaan itu.

Penyelesaian yang sedia ada adalah mencukupi. Tidak perlu arahan kabinet. Apabila timbul isu hadhanah atau hak penjagaan kanak-kanak, maka Mahkamah Syariah, sebagaimana Mahkamah Sivil akan membicarakan kes tersebut berdasarkan prinsip kebajikan kanak-kanak itu yang diutamakan. Tanggapan menyatakan bahawa si bapa akan mendapat hak jagaan otomatik daripada Mahkamah Syariah adalah tidak benar sama-sekali. Apatah lagi tohmahan yang menyatakan kalau si ibu (yang bukan Islam itu) pergi ke Mahkamah Syariah, sudah pasti dia akan kalah kerana Mahkamah Syariah pasti akan menyebelahi si bapa yang sudah memeluk Islam. Tohmahan itu datang dari mereka yang jahil tentang keadilan undang-undang Islam.

Kita tunggu respon dari ulama-ulama kerajaan.....


23 April 2009

Wanita berjilbab dalam arena politik Denmark



Asmaa Abdul Hamid, 27, ahli politik di Denmark kelahiran Palestine menjadi pusat perhatian dalam perhimpunan dewan kota Odense. Asma adalah muslimah pertama berjilbab yang ikut serta dalam rapat dewan kota yang berlangsung hari Rabu kemarin.

Asmaa yang bergabung dalam parti Unity List di Denmark, hadir dalam perhimpunan tersebut menggantikan rakannya yang tidak dapat hadir. Sosok Asma menjadi perhatian dalam rapat dewan kota, bukan hanya karena ia mengenakan jilbab, tapi ia juga menolak bersalaman bersentuhan tangan dengan lelaki.

"Saya ingin dinilai dari apa yang ada di kepala saya, bukan dari apa yang saya kenakan di kepala saya. Saya ingin orang menilai dari sikap politik saya, pendapat-pendapat saya," kata Asmaa yang pernah menjadi calon dalam pilihanraya umum tempatan tahun 2005.

Akademis dari Universitas Odense, Peter Seeberg berpendapat, penglibatan Asmaa dalam rapat dewan kota menjadi peristiwa yang istimewa dalam sejarah politik Denmark. "Ia akan memberi pengaruh pada perdebatan tentang jilbab, karena sekarang kita melihat seorang muslimah berjilbab ikut berperanan di dewan kota. Ini menunjukkan adanya evolusi di tengah masyarakat Denmark," kata Seeberg pada akhabar Fyens Stifstidende edisi online.

Kemunculan Asmaa di panggung politik bermula pada pilihanraya umum di Denmark tahun 2007 dimana ia diamanahkan untuk menjadi salah satu anggota parlimen yang menggerakkan perdebatan politik di Denmark khususnya di kalangan kelompok kanan.

Asmaa Abdul Hamid menjadi bukti bahwa muslimah berjilbab mampu memainkan peranan penting di tengah masyarakat negara non-Muslim. Awal minggu ini, seorang muslimah berjilbab kelahiran Mesir, Dalia Mugahed ditunjuk sebagai salah satu penasihat Presiden Obama di bidang hubungan antara umat beragama di AS.

Di adaptasi dari http://www.eramuslim.com

Kouta 30% Bumiputra di Sektor Perkhidmatan dihapuskan.

Kerajaan hari ini memutuskan untuk meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta tanpa sebarang syarat ekuiti dikenakan.

Ini bermakna syarat peruntukan ekuiti 30 peratus Bumiputra untuk subsektor berkenaan tidak lagi terpakai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, subsektor yang diliberalisasikan itu adalah dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan.

Sektor perkhidmatan merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

Sektor ini juga mewakili 57 peratus dari jumlah pekerjaan di Malaysia.


Kita tunggu respon pejuang-pejuang UMNO yang pernah berarak di jalanan ketika MB Selangor dari Pakatan Rakyat mencadangkan dihapuskan kouta Bumiputera di UITM. Di mana Prowaris? Di mana pula Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?

Retorik One Malaysia gagasan Najib mula menunjukkan taring. Kementerian Pembangunan Usahawan yang dahulu telah banyak membantu usahawan Melayu telah dimansuhkan. Kini Kouta 30% Bumiputera dalam perkhidmatan pula dihapuskan. Jika Perjuangan UMNO adalah untuk mempertahankan Melayu, mereka patut melangkah gagah menyanggah langkah Presiden UMNO ini...

Saf pimpinan baru

Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kampar yang baru telah mengorak langkah melantik AJK tambahan dari kalangan aktivis muda muslimah. Harapan dewan, mereka akan memberi wajah baru kepada gerakan dan aktiviti muslimat yang kini berdepan dengan cabaran baru era globalisasi. Pengetahuan dan kepintaran dalam teknologi maklumat perlu dikuasai untuk berdepan dengan cabaran itu.

Langkah awal yang dirangka ialah kursus ICT yang akan memberi kesempatan kepada semua AJK supaya celik komputer dan dapat melayari internet.

Blog ini juga adalah permulaan kepada era baru itu.