KUALA LUMPUR, 5 Jan: Tindakan kerajaan menaikkan
harga minyak RON 97 sebanyak 10 sen bermula tengah malam tadi dilihat
untuk membela korporat dengan membiarkan rakyat hidup semakin melarat.
Sehubungan itu, PAS merakamkan perasaan sedih yang menimpa kepada
rakyat Malaysia kerana terpaksa membayar kos hidup yang mahal dengan
kenaikan harga minyak RON 97 sebanyak sepuluh sen menjadikan sekarang
harga RM2.40 sen seliter bermula tengah malam 4 Januari 2011.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, sebelum
pilihan raya kecil (PRK) Galas, minyak RON 97 naik 15 sen, selepas BN
menang pilihanraya kecil RON 95 pula naik 5 sen.
Katanya, senario yang sama juga akan berlaku sebelum dan selepas PRK Tenang pada 30 Januari 2011 jika BN menang.
Menurutnyas, menjadi kelaziman biasa, ketika minyak naik kerajaan
memberi alasan untuk mengurangkan subsidi petrol untuk 27 juta rakyat
sebanyak RM11 bilion, tetapi untuk penjana bebas (IPP) milik kroni tidak
dikurangkan subsidi sebanyak RM19 bilion.
Rakyat Malaysia, ujarnya tidak dengar sepatah perkataan daripada
pemimpin yang kononnya rakyat didahulukan akan menarik balik subsidi
untuk IPP.
“Apa yang kita kedengaran ialah subsidi untuk rakyat ditarik setiap
bulan dengan kenaikan harga minyak,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya, kerajaan yang ada tidak pernah memikirkan penderitaan dan
keperitan rakyat sehingga berkerut dahi membayar yuran sekolah anak di
awal pengajian.
Baginya, belum sempat bernafas, datang pula berita kenaikan harga minyak RON 97.
“Layaklah singkatan BN, ialah barang naik, bila naik baru naik, berapa naik, banyak naik dan BN - Bala Nanti,” ujarnya.
Ayat
"Dan orang-orang yg beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagi yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf , mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana."
" Allah menjanjikan kepada org-org yg mukmin lelaki dan perempuan akan mendapat syurga yang dibawahnya mengalir sungai2 kekal mereka didalamnya, dan mendapat tempat2 yg bagus di syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar. Itu adalah keberuntungan yang besar"....surah At Taubah. Ayat 71 dan 72
" Allah menjanjikan kepada org-org yg mukmin lelaki dan perempuan akan mendapat syurga yang dibawahnya mengalir sungai2 kekal mereka didalamnya, dan mendapat tempat2 yg bagus di syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar. Itu adalah keberuntungan yang besar"....surah At Taubah. Ayat 71 dan 72
No comments:
Post a Comment