Alhamdulillah Lajnah Penerangan DMPK dapat turun bersama dengan
beberapa muslimat yang lain bergabung dengan Dewan Pemuda Pas Kampar
untuk mengedar risalah di Pekan Hari Malim Nawar. Walaupun ramai
muslimat yang tidak dapat hadir untuk bersama dalam program ini
disebabkan oleh beberapa masalah namun perjuangan tetap diteruskan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Pemuda yang banyak
membantu Lajnah Penerangan DMPK untuk terus menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
|
Mesyuarat atas motor..".kat mana lagi kita nak edar ni kak?" |
|
Ketua Lajnah ICT juga tidak ketinggalan membantu dalam mengedar risalah walaupun wajahnya merah padam dipanah matahari pagi. |
|
Ramah mesra muslimat dengan penduduk setempat |
|
Semangat Timbalan DMPK untuk mengedar risalah walaupun ada juga yang tidak mengendahkan risalah yang kami berikan |
|
Ketua Penerangan DMPK mengedar risalah bersama anak yang didukung. |
No comments:
Post a Comment