Ayat

"Dan orang-orang yg beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagi yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf , mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana."
" Allah menjanjikan kepada org-org yg mukmin lelaki dan perempuan akan mendapat syurga yang dibawahnya mengalir sungai2 kekal mereka didalamnya, dan mendapat tempat2 yg bagus di syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar. Itu adalah keberuntungan yang besar"....surah At Taubah. Ayat 71 dan 72

12 November 2010

LIQA' FIKRI AIR KUNING

Assalamualaikum buat sahabat yangdikasihi sekelian. Moga semuanya berada dalam rahmat Allah pemilik sekelian alam. 


Nak kongsi sikit dengan pembaca semua, Baru-baru ini iaitu pada 4 November yang lalu saya berserta keluarga dan muslimat menghadiri liqa' al fikri di Air Kuning. Peserta dalam kalangan muslimin memang ramai. Tapi 7 kawasan tidak hadir walaupun seorang wakil. Dari kalangan Muslimat amat sedikit. Hanya 13 orang sahaja. Yang hairan tu dimana AJK Muslimat Negeri dan AJK Muslimat Kawasan. Bukan semua kena datang. Hanya AJK Harian saja.  Dari sembang-sembang saya dengan muslimat, ada yang datang tu guru PASTI, hanya kerana ikut suami. Ada yang tidak ada jawatan dalam kawasan. Apa dah jadi dengan muslimat ni?? Dah semakin hangat PAKATAN RAKYAT nak bergerak ke Putra Jaya semakin lemah semangat. Yang berdekatan dengan Air Kuning dan sekitarnya pun tak nampak muka.


Kerap juga saya menghadiri Liqa', fenomenanya begitulah. Itulah apa yang berlaku di Kelantan dalam PRK Galas yang lalu. Kerana tidak mantap tarbiah ruhiyah dan dan semangat jihad yang dah semakin luntur maka Allah takdirkan apa yang sepatutnya. Kalau dulu warga Kelantan dan petugas-petugas yang datang tidak berkira sama ada duit, tenaga dan lain-lain, sekarang masing-masing hulurkan tangan minta bantuan. 
Nak ke Air Kuning bukanlah mahal sangat belanjanya. Apalah salahnya yang pegawai kerajaan, yang pencen kerajaan dan bekerja sendiri, saling bekerja sama dan ta'awun untuk menjayakan misi kehadiran kita ke situ. Kalau pergi shopping habis beratus tak heran pun. Ini nak klem duit minyak dan tol. Itulah sedeekah kita. Jangan pandai cakap saja. Berjuang pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga. Tapi kedekut sebenarnya. 
 
Kata Ustaz yang datang pada malam tu  sebagai pembentang kertas kerja apa yang berlaku di Galas semangat ta'wun atau saling membantu untuk makruf dan mencegah mungkar sudah luntur. masing-masing hendakkan upah. Satu lagi yang penting berjuang dengan jamaah Islam ni hanya sebagai sukarelawan sahaja. Kalau ada orang komplen melenting naik ke langit. "Ambiklah kome jawatan ini, aku tak ingin, bukan aku teringain sangat, bila-bila masa pun aku boleh lepaskan jawatan" Begitu mudah ungkapan kita. Sedangkan Allah yang pilih kita untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Misi dan visi yang amat berat ini mestilah dilakukan bersama. Kalau tidak bukan nama Amal Jamaie, tapi amal fardi. 


Jadi bacalagh buku Amal Jamaie yang dijadikan teks untuk kuliah maghrib semasa liqa' fikkri tersebut.
Penglibatan kita kata Ustaz tu lagi bukan sebagai orang yang betul-betul berjuangan kerana Allah atau orang mewakafkan diri hanya untuk mencari keredhoaan Allah, tapi sukarela saja. kalau berjuangan dan melibatkan diri secara bersungguh-sungguh kita tak akan peduli badai atau ribut tsunami yang datang, kita akan tetap bertahan.


Kekalahan di Galas bukan menbunjukkan UMNO BN terlalu amat kuat dengan segala macam rasuah dan salah guna wang dan kuasa. Itu semua orang dah tahu. Muhasabah dan check diri kita selaku amilin dalam Jamaah. adakah ikhlas kita masih di tahap yang rendah. Pedulikah kita hal rakyat bawahan yang saban hari disogok dengan maklumat dari media kerajaan dan media elektronik yang banyak tipu dari betul. 


Perlu kita fikirkan rakyat bawahan di akar umbi yang perlu dijaga dan diberi maklumat yang tepat. PAS sebagai parti dakwah, siasah dan kebajikan tidak boleh abaikan aspek itu. Nak jadi kerajaan, kena dari sekaranglah ambil berat tentang semua rakyat. Jika tidak, bila dah perintah maka kroni kita yang dijaga. 


Tarbiah amat penting. Cubalah Dewan Muslimat perbanyakkan program tarbiah dan penerangan walaupun kehadirannya sedikit. Yang sedikit istiqamah lebih baik dari banyak, yang muncul bila Mat Sabu datang, Datuk Seri datang. Masa lain, kalut dengan anak dan cucu serta suami yang tak memberikan keizinan Mudahkan urusan isteri masing-masing kerana survival Dewan Muslimat bukan terletak kepada Ketua dan AJK sahaja. Kita sedar kita adalah gabungan tenaga tua dan muda. Tapi yang ada dah tua dan sakit walaupun muda. Kumpulan nisak tidak ada di Kampar kerana anak-anak ahli bekerja dan belajar di luar kebanyakannya. kalau ada pun sedikit sangat yang bersama kita.  


Marilah sama-sama dengan Dewan Muslimat untuk semarakkan perjuangan memartabatkan hukum Allah Taala di muka buka bumi. Datanglah mencari dan memberi idea kepada AJK Dewan bagaimana untuk menambahbaik Dewan. Kalau hanya muka itu juga, ke hulu ke hilir kita takut Allah uji lagi. Maka lebih parah ketika itu.  Jadi renung-renugkan lah dipagi yang hening ini. Kut-kut dapat ilham.

2 comments:

  1. Salam Alaik,
    Tahniah ! Kita mahukan muslimat berani menulis artikel begini.Terutama bab tarbiyah.Muslimat hari ini tarbiyah sudah longgar.Ini yang terjadi di PRK Galas.Saya terjumpa blogger PEMUDA PAS semasa di Galas.Mereka juga mempertikaikan bab tarbiyah Ahli...Semoga pimpinan akan ambil perhatian dalam hal ini...Menang pilihan raya atau dakwah ? Mana lebih Awlawiyyat??

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah teguran ini akan membakar semangat muslimat utk lebih lagi berjuang biar apa jua halangan. InsyaAllah Takbir!!!

    ReplyDelete