Jawapan
1) Setiap muslim/muslimah wajib menyertai Jamaah Islam
2) Tidak bersama jamaah adalah kesalahan besar disisi Allah
3) PAS adalah jamaah Islam
4) Dasar dan praktik PAS menepati ciri-ciri Jamaah ISlam seperti yang dijelaskan dalam Al-quran dan Hadith
" Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru ( berdakwah ) kepada kebajikan ( mengembangkan Islam dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah ( buruk dan keji ), dan mereka yang bersifat demikian itu adalah golongan yang berjaya" ( Ali Imran : ayat 104 )
Keterangan Ayat :
Ayat ini merupakan perintah utama tentang kewajipan membentuk atau menubuhkan Jamaah. Perkataan yang bererti : "( hendaklah ada satu ummah dikalangan kamu )" membawa maksud umat Islam mestilah atau wajiblah membentuk jamaah dimana sahaja mereka berada.
Perkataan "( ummah )" bermaksud jamaah. Definasi semua perkataan ini adalah satu organisasi yang jelas strukturnya seperti sebuah persatuan, pertubuhan atau parti yang wujud dimana-mana pun hari ini.
Ayat
"Dan orang-orang yg beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagi yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf , mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana."
" Allah menjanjikan kepada org-org yg mukmin lelaki dan perempuan akan mendapat syurga yang dibawahnya mengalir sungai2 kekal mereka didalamnya, dan mendapat tempat2 yg bagus di syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar. Itu adalah keberuntungan yang besar"....surah At Taubah. Ayat 71 dan 72
" Allah menjanjikan kepada org-org yg mukmin lelaki dan perempuan akan mendapat syurga yang dibawahnya mengalir sungai2 kekal mereka didalamnya, dan mendapat tempat2 yg bagus di syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar. Itu adalah keberuntungan yang besar"....surah At Taubah. Ayat 71 dan 72
No comments:
Post a Comment