Ayat

"Dan orang-orang yg beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagi yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf , mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana."
" Allah menjanjikan kepada org-org yg mukmin lelaki dan perempuan akan mendapat syurga yang dibawahnya mengalir sungai2 kekal mereka didalamnya, dan mendapat tempat2 yg bagus di syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar. Itu adalah keberuntungan yang besar"....surah At Taubah. Ayat 71 dan 72

12 December 2010

Tiga parah bas terbabas di Gua Tempurung


Anggota bomba dan penyelamat membantu mangsa-mangsa kemalangan sebuah bas di KM 304.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Gua Tempurung petang Sabtu. Dalam kejadian tersebut, bas yang membawa 41 penumpang dan dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Jasin, Melaka terhumban ke dalam longkang besar di tepi lebuhraya tersebut. Foto BERNAMA

IPOH 11 Dis 10. — Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Jasin, Melaka parah apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Km 304.5 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Gopeng hari ini.

Ketiga-tiga pelajar berusia antara 19 dan 23 tahun itu kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.

Kejadian pada pukul 6 petang itu membabitkan bas yang dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas menghadiri majlis makan tengah hari Jawatankuasa Perwakilan Pejalar (JPP) di Cameron Highlands.

Bas terbabit membawa 41 penumpang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan anggota keluarga mereka serta lima pemandu.

Kesemua mereka hanya mengalami luka ringan, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Mohd Aminuddin Abdul Rahim ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, bas itu dipercayai terbabas ketika mengelak sebuah bas lain ketika menuruni kawasan Gua Tempurung dalam keadaan hujan lebat.

"Kemungkinan brek yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan pemandu bas gagal mengawal kenderaan itu menyebabkannya terbabas ke dalam longkang dan terbalik,” katanya.

No comments:

Post a Comment