Ahli
jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Subramaniam Pillay berkata pihaknya
menganggap ia satu kejayaan besar kerana menurutnya, perjuangan untuk
pilihan raya yang bersih dan adil, bukanlah boleh dilakukan dalam
perarakan satu hari sahaja.Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar selepas perhimpunan tersebut.
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (kanan) - seorang lagi ahli jawatankuasa tersebut - berkata jumlah kehadiran yang besar sangat penting kerana ia berlaku walaupun banyak halangan dari pihak berkuasa.
Beliau menyifatkannya sebagai sangat berjaya kerana walaupun dua minggu berdepan dengan halangan, "saya terkejut melihat ribuan orang (menyertainya)".
"Dari perspektif ini, rakyat sesungguhnya telah berjaya," kata sasterawan berusia tujuh tahun, yang memakai baju-T BERSIH 2.0 di luar baju lengan panjangnya.
BERSIH
2.0 berkata oleh kerana polis dihalang mereka menyerahkan petisyen
kepada Yang di-Pertuan Agong, maka gabungan itu akan mengemukakan
permohonan untuk buat demikian."Kami akan buat temujanji berasingan untuk menyerahkannya, bila pihak polis kembali tenang," kata seorang lagi anggota jawatankuasa tersebut, Arumugam sambil menambah tidak perlu untuk satu lagi perhimpunan.
Ditanya sama ada BERSIH 2.0 akan mengadakan satu lagi perhimpunan jika tuntutan pembaharuan pilihan raya itu tidak dipenuhi, Subramaniam berkata, jawatankuasanya akan membincangkan perkara itu apabila tiba masanya.
No comments:
Post a Comment