Puluhan
penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing
berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Perdana
Menteri Malaysia itu yang dijadual mengadakan pertemuan dengan tokoh
perniagaan Britain.Mereka memakai baju kuning, dan membawa poster serta sepanduk mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menangani peserta himpunan Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu yang berhimpun secara aman menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya.
Dalam tulisan yang terpapar pada sepanduk yang dibawa itu, mereka juga mendesak Najib supaya
membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM) yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.
Daripada
gambar-gambar yang disebar di internet, Najib dilihat sempat menoleh ke
arah kumpulan penunjuk perasaan itu yang hanya berjarak kira-kira 50
meter dari tempat turun kereta yang dinaikinya.Sebuah van dan dua anggota polis juga dilihat berkawal di hadapan peserta himpunan itu.
Semalam, Ratu Elizabeth memakai gaun berwarna kuning ketika menerima mengadap Najib dan Rosmah di Istana Buckingham, London.
Setiausaha Pengangkutan Negeri, Philip Hammond bertali leher kuning ketika mengiringi Najib melawat Stesyen Kereta Api London.
Amnesty International sebelum ini mendesak Kerajaan UK agar memberi signal protes terhadap layanan zalim Kerajaan Malaysia kepada peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
No comments:
Post a Comment