Ayat

"Dan orang-orang yg beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagi yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf , mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana."
" Allah menjanjikan kepada org-org yg mukmin lelaki dan perempuan akan mendapat syurga yang dibawahnya mengalir sungai2 kekal mereka didalamnya, dan mendapat tempat2 yg bagus di syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar. Itu adalah keberuntungan yang besar"....surah At Taubah. Ayat 71 dan 72

17 August 2011

Suara Demokrasi sudah hilang…

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) bertindak keluar dewan setelah mendakwa hak mereka untuk bersuara disekat kira-kira jam 12.20 tengah hari pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Ke-12, di sini, semalam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, bergerak keluar bersama Adun PR yang lain sebelum mengadakan sidang media di tingkat dua Bangunan Perak Darul Ridzuan.


Menurutnya, mereka mengambil keputusan untuk keluar dewan apabila pembesar suara yang dipasang di dalam dewan seperti dikawal kerana setiap kali pembangkang mahu bersuara ia (pembesar suara) akan ditutup.

“Adun kami terpaksa menjerit tetapi apabila Barisan Nasional (BN) bangun untuk bersuara pada bila-bila masa masalah pembesar suara tidak timbul.

“Kami (PR) datang secara baik untuk berbahas pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) dengan menyuarakan soalan yang dikemukakan rakyat namun dihalang untuk berbuat demikian,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohammad Nizar kecewa sidang Dun yang sepatutnya diadakan selama dua hari hanya berlangsung tiga jam sahaja.

“Bagaimana soalan 59 Adun dapat dijawab dalam masa yang singkat. Oleh itu, masalah rakyat gagal untuk diselesaikan,” katanya.

Katanya, persidangan pada kali ini bertujuan untuk menceritakan prestasi dan pencapaian Kerajaan Negeri sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.

“Namun bukan itu yang terjadi malahan soalan bertulis yang dikemukakan turut ditolak. Sebagai contoh perbelanjaan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di luar negara tidak dijawab, sebaliknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jawab soalan itu di Parlimen.

“Perkara ini perlu diberitahu kepada rakyat supaya mereka tahu ke mana wang dibelanjakan,” katanya.

Beliau berkata, persidangan kali ini lebih kepada keputusan speaker Dun, Datuk R Ganesan yang bersifat seperti diktator.

“Suara demokrasi hilang, pembesar suara kami ditutup menyebabkan kami mengambil keputusan untuk keluar dewan kerana keadilan tidak menyebelahi kami,” katanya

No comments:

Post a Comment