Ayat

"Dan orang-orang yg beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagi yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf , mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana."
" Allah menjanjikan kepada org-org yg mukmin lelaki dan perempuan akan mendapat syurga yang dibawahnya mengalir sungai2 kekal mereka didalamnya, dan mendapat tempat2 yg bagus di syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar. Itu adalah keberuntungan yang besar"....surah At Taubah. Ayat 71 dan 72

03 August 2010

HAMIL DIKALANGAN PELAJAR,PEMIMPIN KERAJAAN ABAIKAN KAEDAH ISLAM

Tuesday, 27 July 2010 21:30 Editor

E-mail Print PDF
http://buletinonline.net/images/stories/berita30/bahana%20nafsu.jpgKenyataan Ketua Menteri Melaka Dato' Seri Ali Rustam berkaitan Sekolah Untuk Pelajar Hamil Tetap diTubuhkan,  menunjukkan betapa sangat seriusnya isu pelajar perempuan mengandung disebabkan perzinaan dan pengguguran bayi berlaku secara berleluasa di negara ini.


Jarang berlaku pertembungan kenyataan di antara Menteri / Timbalan di Peringkat pusat dengan Menteri Besar atau Ketua Menteri. Tetapi dalam kes ini Ketua Menteri Melaka bertegas untuk menubuhkan sekolah khas walaupun disanggah oleh Timbalan Menteri Pelajaran.

Adalah amat malang bagi Umat Islam apabila berhadapan dengan isu pembuangan bayi dan mengandung kerana perzinaan tidak ditangani sewajarnya berdasarkan sebab-sebab asal berlakunya masalah ini; seperti pergaulan bebas, hiburan liar dan wujudnya pusat-pusat maksiat di segenap pelusuk negara.

Alangkah baiknya jika langkah-langkah pencegahan dilakukan di samping langkah pemulihan dilakukan.

Perlu diingatkan bahawa  undang-undang Islam dan feqah Islam mampu bagi menangani isu-isu sebegini. Di mana kejujuran mereka yang memimpin negara dan ulama dalam kerajaan yang mengabaikan keperluan menyelesaikan masalah secara Islam.

PAS menggesa masyarakat agar mengambil langkah-langkah bagi melaksanakan perintah Amar Maaruf dan Nahi Mungkar dengan sebaiknya dan menggesa rakyat, khususnya  Umat Islam menunaikan amanah dengan memilih kerajaan yang jujur dalam menegakkan kesejahteraan dan keadilan rakyat.

Isu pelajar mengandung, penguguran dan pembuangan bayi telah meresahkan keharmonian masyarakat dan menunjukkan musnahnya institusi kekeluargaan negara.

Dato’ Ustaz Abu Bakar bin Chik
Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat

27 Julai 2010/ Kuala Terengganu

No comments:

Post a Comment