Dengan sayu beliau berkata, "Beliau adalah calon parti, saya sokong. Pendapat peribadi saya tidak perlu diambil kira". Sedih mendengar rintihan Tun itu.
Mungkin orang luar tidak tahu kelebihan Isa Samad. Disamping auranya yang menggetarkan ramai, ia juga popular kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan kerana jasanya menjadi MB selama 25 tahun. Malah Teluk Kemang adalah kubu kuat beliau.
Walaupun ramai melihat najis politik wang yang terpalit di muka Isa Samad dengan pandangan yang jijik, UMNO tetap memilihnya. Pemilihan Isa ini juga membuktikan bahawa transformasi yang mahu dilakukan oleh PM itu adalah janji palsu dan sekadar retorik untuk menyedapkan halwa telinga sahaja.
Ini bermakna, Umno masih lagi mahu membela dan memeliharan pemimpin-pemimpin yang korup dan tidak beramanah. Ketika didapati bersalah kerana melanggar kod etika UMNO, beliau hanya menerima hukuman digantung selama 3 tahun dari UMNO. Beliau hanya berehat menikmati segala emolumen, pencen, dan faedah lain semasa khidmatnya dengan kerajaan. Beliau juga tidak dirujuk kepada BPR atau kini SPRM kerana mengamalkan rasuah.
Betullah, UMNO dulu , kini dan selamanya rasuah!
Terserahlah kepada pengundi pos yang terdiri daripada anggota tentera dan Polis untuk menentukan nasib Isa.
Mungkin ramai yang sudah melupakan kes rasuah beliau .
Di bawah diturunkan kisah itu.
Lembaga Disiplin Umno menggantung keahliannya selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) berhubung amalan politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004 selepas menangi jawatan naib presiden. Lembaga Disiplin UMNO dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau bersalah terhadap lima daripada sembilan pertuduhan politik wang .Antaranya membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.