Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry supaya diisytiharkan sebagai MB yang sah. Keputusan itu dibuat oleh kelima-lima hakim. Dalam penghakiman tersebut, mereka sebulat suara berpendapat kes itu perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bukan Mahkamah Persekutuan.
Dalam kes yang difailkan oleh Zambry pada beberapa hari yang lepas, beliau menuntut Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir: 1) Samada Sultan Azlan Shah mempunyai kuasa menolak permohonan Nizar untuk membubarkan DUN apabila beliau hilang kepercayaan DUN.
2) Apabila Sultan tidak mempersetujui permintaan Nizar, adalah dianggap Nizar dan EXCOnya telah meletak jawatan.
3) Apabila Nizar tidak mahu meletak jawatan, Sultan mempunyai hak untuk melantik Zambry berdasarkan Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas Sultan berpuas hati Zambry mendapat kepercayaan DUN.
Zambry mahu Mahkamah Persekutuan membuat pengiktirafan bahawa beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah dari tarikh perlantikannya iaitu 6 Februari 2009. Zambry membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Nampaknya Zambry gagal mendapat jalan pintas untuk meneruskan Sidang DUN pada 7 Mei nanti. Jika mahkamah Persekutuan enggan mengakui beliau sebagai MB yang sah , Zambry patut menyedari bahaya yang menanti beliau. Jalan melalui mahkamah semakin berliku. Beliau mempunyai jalan keluar yang mudah. Jalan itu juga telah berkali-kali dinyatakan oleh Ir Hj Nizar...BUBARKAN DUN!
Serahkan kepada rakyat untuk menentukan kerajaan pilihan mereka. Jika anda benar kenapa harus takut?
No comments:
Post a Comment