
Oleh Rajasedaka.
Dato' Seri Ir Hj Nizar menegaskan, semua ADUN Pakatan Rakyat akan menghadiri sidang DUN pada 7 Mei nanti. Mereka akan mematuhi peraturan dan arahan yang akan di tetapkan oleh Speaker DUN. Pihak polis juga dikhabarkan sedang bersiap menghadapi sebarang kemungkinan. Mereka akan mengetatkan kawalan sepanjang sidang DUN berlangsung. Tahniah!
Penegasan itu menafikan khabar angin bahawa ADUN PR akan memboikot sidang DUN.
Jika usaha UMNO untuk menukarkan Speaker DUN, V.Sivakumar sebelum sidang DUN 7 Mei nanti gagal, mereka akan menghadapi laluan sukar untuk menguasai perbahasan dan meluluskan usul. Pertama sekali sudah tentu Speaker akan menolak usul yang ingin memecatnya. Speaker boleh menolak usul tanpa perlu mencari alsan yang kukuh , sama seperti speaker DUN Melaka yang menolak usul undi tidak percaya kepada MB Melaka yang telah didapati bersalah kerana rasuah oleh Badan Disiplin UMNO. Malah ketua pembangkang dari DAP pula yang dihalau keluar dewan.
Speaker juga boleh menentukan siapa yang boleh bercakap dan siapa yang perlu duduk untuk memberi laluan ketika perbahasan. Jika melawan arahan speaker, ADUN berkenaan boleh dihalau keluar atau digantung dari menyertai sidang DUN mengikut tempoh yang beliau rasa sesuai!
Jika begitu, mengapa BN berusaha juga mengadakan sidang DUN pada 7 Mei nanti?
Nasihat untuk Tuan Speaker, jaga kesihatan dan keselamatan anda. Seminggu lagi sebelum sidang ini berlangsung, macam-macam boleh berlaku.
No comments:
Post a Comment