Ayat

"Dan orang-orang yg beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagi yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf , mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana."
" Allah menjanjikan kepada org-org yg mukmin lelaki dan perempuan akan mendapat syurga yang dibawahnya mengalir sungai2 kekal mereka didalamnya, dan mendapat tempat2 yg bagus di syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar. Itu adalah keberuntungan yang besar"....surah At Taubah. Ayat 71 dan 72

24 April 2009

Arahan Kabinet. Anak kekal agama asal.

Kerajaan memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.
Keputusan itu, yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet kelmarin, adalah langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Nazri Aziz, berkata Kabinet membuat keputusan itu bagi mengelak individu yang tidak bersalah, terutama anak-anak, menjadi mangsa dan dilayan dengan tidak adil.
-berita harian online

Mengapa kabinet memandang kanak-kanak yang mengikut bapanya menukar agama, kepada agama Islam contohnya sebagai mangsa dan dilayan dengan tidak adil?

Mengapa kabinet memutuskan sesuatu yang melibatkan perundangan dan peruntukan perlembagaan hanya dalam mesyuarat sehari? Adakah mereka telah mendapat nasihat yang betul dari pakar undang-undang?

Isu yang diperbesar-besarkan adalah tentang hak menukar agama anak bawah umur daripada bukan Islam kepada Islam oleh mana-mana ibu bapa yang memilih memeluk agama Islam.
Sebenarnya isu ini telah pun dijawab dengan jelas oleh Mahkamah Persekutuan didalam kes Subashini dimana Mahkamah menyatakan bahawa isu ini tertakluk kepada Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Artikel 12 (4) memperuntukkan bahawa "ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada 18 tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya"..
Mahkamah Persekutuan menafsirkan bahawa hak menentukan agama seseorang kanak-kanak bergantung kepada mana-mana salah seorang daripada mereka iaitu ibu, bapa atau penjaga. Bermakna salah seorang daripada mereka berhak untuk menentukan agama yang boleh di anuti oleh anak-anak mereka.

Oleh itu tidak timbul isu dalam kes Pethmanaban @ Mohd. Ridhuan yang menentukan agama anak beliau sebagai Islam sesuai dengan agama yang beliau anuti sekarang.

Akhbar-akhbar melaporkan MCA menyambut baik tindakan kerajaan itu.

Penyelesaian yang sedia ada adalah mencukupi. Tidak perlu arahan kabinet. Apabila timbul isu hadhanah atau hak penjagaan kanak-kanak, maka Mahkamah Syariah, sebagaimana Mahkamah Sivil akan membicarakan kes tersebut berdasarkan prinsip kebajikan kanak-kanak itu yang diutamakan. Tanggapan menyatakan bahawa si bapa akan mendapat hak jagaan otomatik daripada Mahkamah Syariah adalah tidak benar sama-sekali. Apatah lagi tohmahan yang menyatakan kalau si ibu (yang bukan Islam itu) pergi ke Mahkamah Syariah, sudah pasti dia akan kalah kerana Mahkamah Syariah pasti akan menyebelahi si bapa yang sudah memeluk Islam. Tohmahan itu datang dari mereka yang jahil tentang keadilan undang-undang Islam.

Kita tunggu respon dari ulama-ulama kerajaan.....


1 comment:

  1. Akibatnya, Islam juga yang rugi. Dalam kes ini, 3 orang anak Sdr Riduan yang berpeluang memeluk agama suci Islam telah terbatal kerana kabinet telah membuat keputusan agar mereka dikembalikan kepada agama asal mereka.
    Sapa yang menanggung dosa memadam cahaya aqidah itu? Sapa pulak yang memilih pimpinan yang langsung tidak berusaha mempertahankan aqidah umatnya?

    ReplyDelete