Ayat

"Dan orang-orang yg beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagi yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf , mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana."
" Allah menjanjikan kepada org-org yg mukmin lelaki dan perempuan akan mendapat syurga yang dibawahnya mengalir sungai2 kekal mereka didalamnya, dan mendapat tempat2 yg bagus di syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar. Itu adalah keberuntungan yang besar"....surah At Taubah. Ayat 71 dan 72

23 April 2009

Saf pimpinan baru

Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kampar yang baru telah mengorak langkah melantik AJK tambahan dari kalangan aktivis muda muslimah. Harapan dewan, mereka akan memberi wajah baru kepada gerakan dan aktiviti muslimat yang kini berdepan dengan cabaran baru era globalisasi. Pengetahuan dan kepintaran dalam teknologi maklumat perlu dikuasai untuk berdepan dengan cabaran itu.

Langkah awal yang dirangka ialah kursus ICT yang akan memberi kesempatan kepada semua AJK supaya celik komputer dan dapat melayari internet.

Blog ini juga adalah permulaan kepada era baru itu.

1 comment:

  1. Tahniah!
    Teruskan usaha pihak anda. Saluran media alternatif ini menjadi media terkini yang mampu merobek musuh dan mengukuhkan ketahanan pejuang kebenaran.
    Jika sebelum ini mereka menguasai dan menyalah- gunakan segala jentera penerangan kerajaan dan media arus perdana untuk mengaburi dan membohongi rakyat, kini, maklumat yang tepat dn terkini menjadi buruan golongan yang muak dengan berita propaganda murah itu.
    Itulah ruang dan peluang ...

    ReplyDelete