
Selepas apa yang berlaku di DUN Perak pada 7 Mei yang lalu, tidak banyak yang boleh diharapkan dari keputusan Mahkamah Tinggi besok tentang siapa MB Perak yang sah.
Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim akan mengumumkan pada 2.30 petang keputusan mengenai permohonan Mohammad Nizar pada 13 Februari lepas agar mahkamah mengisytiharkan beliaulah Menteri Besar yang sah dan Dr Zambry tidak berhak memegang jawatan itu.
Mohammad Nizar, 52, dilantik pada 17 Mac tahun lepas setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum pada 8 Mac tetapi setelah tiga Anggota Dewan Undangan Negeri Perak daripada pakatan itu keluar parti masing-masing untuk menyokong Barisan Nasional awal tahun ini, Sultan Perak Sultan Azlan Shah melantik Dr Zambry sebagai Menteri Besar setelah mendapati Mohammad Nizar telah kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan kerana Barisan Nasional pula menguasai 31 kerusi.
Dalam afidavitnya, Mohammad Nizar berkata beliau masih Menteri Besar kerana antara lainnya, tidak ada undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam Dewan Undangan Negeri dan beliau tidak meletak jawatan.
Semoga mahkamah tetap dengan prinsip menegakkan keadilan seperti mana mahkamah Tanjung Malim yang membebaskan Hj Mohammad Sabu yang dipohon reman oleh polis pada 8 Mei lepas.
ReplyDeleteMarilah kita doakan kemenangan kepada Hj Nizar, sekaligus memberi harapan cahaya di hujung terowong demokrasi yang gelap.