Ayat

"Dan orang-orang yg beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagi yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf , mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana."
" Allah menjanjikan kepada org-org yg mukmin lelaki dan perempuan akan mendapat syurga yang dibawahnya mengalir sungai2 kekal mereka didalamnya, dan mendapat tempat2 yg bagus di syurga 'Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar. Itu adalah keberuntungan yang besar"....surah At Taubah. Ayat 71 dan 72

05 May 2009

UMNO ketepikan Bahasa Melayu



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau masih belum berpuas hati dengan hasil kajian yang dilakukan termasuk sesi perbincangan meja bulat mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata kerajaan bersedia untuk memberi masa lebih panjang kerana apa jua keputusan kerajaan terhadap isu berkenaan adalah kritikal.

"Kami tidak mahu dilihat sebagai tidak konsisten (flip flop) dalam perkara ini. Kami perlu melihat lebih banyak maklum balas. Tetapi melihat kepada kajiankajian yang dilakukan oleh beberapa badan bebas, hasilnya tidak sama dengan perbincangan meja bulat yang diadakan. (mStar Online)

Nampaknya Timbalan Perdana Menteri berdolak-dalik lagi dalam isu PPSMI. Mekanisme yang digunakan untuk mengukur penerimaan dasar itu tidak diuruskan dengan betul. Apakah penentangan secara terbuka melalui Himpunan Rakyat tempohari tidak menunjukkan apa-apa?

Dasar yang dipaksakan kepada anak-anak kita telah berlangsung lebih 6 tahun. Hasilnya boleh dilihat melalui keputusan UPSR yang lalu. Betapa anak-anak kita dari kampung terus tenggelam dalam arus pendidikan perdana.

Masalah berbahasa Inggeris anak-anak kita perlu diselesaikan melalui kaedah pengajaran bahasa itu. Seperti tuntutan Himpunan Rakyat tempohari, pengajaran bahasa Inggeris perlu diperkasakan.

Jawapan Menteri Pelajaran semalam tentang PPSMI amat mengecewakan. Nampaknya harapan kita kepada kepimpinan baru turut lebur. Itulah rupa wajah sebenar pemimpin UMNO yang kononnya memperjuangkan Bangsa Melayu tetapi menolak bahasanya sendiri. Apa gunanya bangsa jika bahasanya berkubur?

No comments:

Post a Comment